Pages - Menu

Pages - Menu

Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM

Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM


Buat semua calon SPM 2013.
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.




MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.

2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.

3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.

5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.

2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.

3.Lihat semua soalan.

4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).

5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.

6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.


Artikel sebelum ini, Menjelang Peperiksaan, sila klik di sini.


SEDIKIT PERKONGSIAN DOA JIKA TERLUPA

Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan.





Doa apabila terlupa

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -


Doa ketika terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
 Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
 
Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
   

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen