Pages - Menu

Pages - Menu

Orang muda perlu belajar mandi jenazah

Orang muda perlu belajar mandi jenazah


Sumber gambar; klik di sini.

Golongan muda yang beragama Islam perlu mengetahui kaedah atau cara yang betul dalam memandikan jenazah biasa atau berpenyakit seperti HIV AIDS kerana ini merupakan fardhu kifayah dan sesuatu kemahiran yang setiap umat Islam perlu tahu.

Begitulah reaksi salah seorang peserta kursus memandikan jenazah, Mohd Isyam Fazuan Samsul Bahari, 30, yang juga menyarankan supaya golongan muda perlu ke hadapan terutama mempelajari ilmu berkaitan agama Islam termasuk kaedah memandikan jenazah.

 


“Pembabitan belia dalam proses memandikan jenazah agak kurang memberangsangkan kerana selalu dilihat golongan yang tua selalu diminta untuk melakukannya.




“Justeru, saya lihat program seperti ini sangat baik kerana dapat memperlihatkan golongan muda mengenao ilmu menguruskan jenazah ini terutama dalam kes seperti kematian pesakit HIV,” katanya ketika ditemui di Kursus Mandian Jenazah Biasa dan Berpenyakit anjuran Jabatan Kesihatan Rompin dengan kerjasama Pekida Rompin di Puteri Inn, semalam.



Menurutnya, selain jenazah biasa, setiap orang Islam juga perlu tahu kaedah untuk menguruskan jenazah cara islam khususnya kes istimewa seperti pesakit HIV.

Katanya, jenazah pesakit HIV tidak boleh dipinggirkan atau diasingkan dan perlu dilaksanakan seperti jenazah normal lain.




“Saya berharap agar program seperti ini selalu dibuat dan orang muda mesti menyertainya kerana ia bagus untuk menambah  pengetahuan. Selain itu, ia juga dapat mengislahkan diri dan sentiasa mengingatkan diri kita terhadap kematian.

“BIla kita sudah mahir, jika berlaku kematian yang melibatkan keluarga atau jiran, kita terutama golongan muda tidak perlu elakkan diri sebaliknya libatkan diri,” katanya.



Sementara itu, Ketua Penerangan Pekida Rompin, Ahmad Kassim, berkata, kursus sebegini amat penting memandangkan gejala dadah masih wujud di malaysia.

Menurutnya, ia amat sesuai bagi umat Islam kerana merupakan sebuah majlis perkongsian ilmu memandikan jenazah biasa dan berpenyakit.




“Kemahiran ini tidak ramai orang yang tahu dan kadang-kadang ada juga kes pengedali mandi jenazah takut untuk memandikan jenazah HIV.



“Sudah tentu kursus ini dapat mengikis persepsi bahawa virus HIV boleh berjangkit sewaktu proses memandikan jenazah sedang dijalankan,” katanya.


Sumber; Sinar Harian , Tempat : KUALA ROMPIN.




Kelengkapan Pengurusan Jenazah Kifayah

 


RM 165.00, BERAT  3,000.00 Grams

 Pengurusan Jenazah.

 Segala kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:

 
1) Kain Kapan 3 Helai
2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8   Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set

Rasulullah SAW  bersabda “Agama itu mudah oleh itu permudahkanlah jangan memayahkan, gembirakanlah, jangan meliarkan (menakutkan)' Untuk mendapatkan set kelengkapan jenazah ini boleh hubungi
Encik Sulaiman 019 9851773







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen