Pages - Menu

Pages - Menu

Permohonan Ke NATC ATPIS Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan Januari 2014

Permohonan Ke NATC ATPIS Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan Januari 2014




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para lepasan SPM 2012, lepasan PMR, Calon SPM 2013 yang ada kelulusan PMR Dan lepasan SKM yang hendak naik tahap, Permohonan Ke Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Januari 2014 Secara Online sedang dibuka sekarang.

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) badan peneraju industri latihan pertanian negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuka permohonan kemasukan ke Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan, (sila klik di sini) bagi Sesi Januari 2014.



Pengambilan online ini diuruskan sendiri oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC). Permohonan secara online ini adalah secara percuma. Jadi kepada lepasan SPM 2012 khususnya lepasan SPM SMK Lepar Hilir dan SMK Jengka Pusat 2 yang mengambil jurusan MPV dan lepasan SPM SMK Jengka Pusat 2 Sains Pertanian, anda digalakkan memohon.

Bagi saya, peluang untuk para pelajar sekarang melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam semakin meluas. Bahkan ada institusi tidak memerlukan anda membuat pinjaman pelajaran. Jadi Cepat ya. Bagi lepasan SPM yang berminat, boleh mohon sekarang. Tarikh tutup pada 30 nOVEMBER 20143.

 PENGINAPAN, ELAUN BULANAN, MAKAN MINUM 
DAN YURAN PENGAJIAN DIBIAYAI 
OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

Jadi, anda rebutlah peluang keemasan ini. 
 
Maaf walaupun sekarang saya bukan lagi di SMK Jengka Pusat 2 tetapi ada bekas pelajar saya yang mengikuti blog ini melalui mesej-mesej dan telefon. Oleh itu saya tuliskan jua nama SMKJP2 berkenaan.

Oh iya entry entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA dan  ke IPTS di blog ini, adalah tiada bayaran daripada mana-mana pihak. Oleh itu sebarang pengiklanan samada di blog ini mestilah mendapat keizinan penulis blog cikgukaunseling.com. 

Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya dan pelajar-pelajar memilih halatuju kerjaya minat kerjaya pelajar berdasarkan personaliti dan keputusan peperiksaan yang mereka perolahi.
 
Pengambilan ke NATC turut dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU dan juga Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) bergantung kepada program latihan.
Apakah kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?


 
Mulai tahun 2008, syarat dan kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia adalah:

Syarat wajib bagi kemasukan untuk Tahap 1 ialah:

  • Warganegara Malaysia 
  • Sihat tubuh badan 
  • Bujang/belum berkahwin 
  • Minimum SPM dengan lulus Bahasa Melayu 
  • Berumur antara 20 hingga 23 tahun 

Program ini khusus memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat atau tidak minat meneruskan pengajian akademik masing-masing tetapi mempunyai komitmen/kesungguhan/kudrat untuk mengikuti latihan kemahiran (competency based training) dalam bidang pertanian.

 

Tempoh latihan bagi Tahap 1 ialah selama 6 bulan. Tujuan program latihan ini ialah untuk melatih calon menjadi pekerja mahir agar boleh memulakan sesuatu perusahaan atau menjadi usahawan, bukan untuk memohon kerja di jabatan/agensi kerajaan.  

BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Sebanyak 7 kursus latihan kemahiran disediakan:
 
  1. Ternakan (Ruminan)
  2. Tanaman
  3. Akuakultur
  4. Teknologi Perikanan Tangkapan
  5. Pengedaran Makanan (Pemasaran)
  6. Pemprosesan Makanan
      7. Pemasaran Syarat kemasukan adalah sama untuk semua kursus yang memerlukan pemohon mesti mempunyai minima SPM. Perikanan Tangkapan (Pukat Jerut) menerima hanya kepada calon lelaki sahaja.
 
Bagaimanakah cara memohon untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?
 
Iklan mempelawa permohonan menyertai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan ini akan disiarkan di akhbar-akhbar utama untuk pengambilan dua kali setahun, biasanya pada bulan Mac dan November. Kaedah permohonan telah dipermudahkan. 
Calon hanya perlu hadir sesi Ujian Kelayakan pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan. Jika calon berjaya melepasi Ujian Kelayakan, calon akan dikehendaki menjalankan program Suaikenal dan Kemampuan Teras. Jika terpilih, calon akan memulakan latihan di pusat-pusat bertauliah.


PENGINAPAN, MAKAN MINUM DAN YURAN PENGAJIAN DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

Prospek Kerjaya
 
Graduan Institut Pertanian boleh memilih untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang  pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

  •     Landskap
  •     Nurseri Tanaman
  •     Perladangan
  •     Perhotelan
  •     Rekreasi
  •     Pemprosesan
  •     Perusahaan Pertanian


Borang Permohonan Kemasukan Ke Pusat Bertauliah di Bawah MOA Sesi Julai 2013, SILA KLIK DI SINI



Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah 
  • Sijil Pekerja Ladang Pertanian
  • Sijil Juruteknik Tanaman
  • Sijil Penyelia Tanaman
  • Diploma Eksekutif Tanaman
  • Diploma Penolong Pegawai Teknologi (Fertigasi)


 PENUBUHAN Kolej Pertanian Malaysia (KPM) telah memperlihatkan bahawa kerajaan bertindak serius untuk menyediakan pasaran tenaga mahir dan profesional bagi menjana sektor pertanian negara yang bertaraf global.

Langkah itu juga adalah bagi membuktikan bahawa Malaysia mampu kekal sebagai negara pertanian yang seiring dengan pembangunan sektor industri berat perkilangan.


Satu ketika dahulu sejak awal merdeka pada tahun 1957 hingga 1970-an, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang berasaskan pertanian, tetapi menjelang tahun 1980 hingga kini ia lebih dikenali pula dalam sektor perindustrian berat perkilangan dan elektronik.



Antara kemuncak daripada penumpuan terhadap sektor perindustrian berat serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga telah mendorong nama Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, Selangor telah ditukar menjadi Universiti Putra Malaysia.
 


Mengikut sejarahnya, UPM bermula sebagai Kolej Pertanian Malaya sehinggalah dinaik taraf menjadi universiti.
 


Sejajar dengan tuntutan semasa, maka keperluan kolej pertanian seperti itu perlu diwujudkan semula dengan nama ringkasnya KPM.
 


KPM yang baru ini bermula pada April 2003 itu memulakan dengan pengambilan 52 penuntut diploma daripada kalangan kakitangan agensi di bawah Kementerian Pertanian ditempatkan di kampus sementara Kilometer 4, Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.
 



Para penuntut itu telah dikenal pasti oleh jabatan dan agensi masing-masing sebagai bakal tenaga pengajar Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) di institut serta pusat latihan jabatan dan agensi Kementerian Pertanian.
 



Pelancaran bersama kampus sementara KPM di Jalan Langgar, Alor Star itu akan disempurnakan oleh Menteri Pertanian, Datuk Mohd. Effendi Norwawi dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain pada pagi 28 April 2003 ini.
 


Bagi projek kampus tetapnya pula dicadang untuk dibangunkan di tapak tanah seluas 300 hektar yang strategik di Bukit Tangga, Kedah berhampiran dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan stesen MARDI itu dijangka akan dapat dibangunkan menjelang 2005.


Kementerian Pertanian telah membuat permohonan tapak KPM itu kepada Pejabat Tanah dan Galian Kedah melalui Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
Jika semuanya berjalan lancar, kampus tetap KPM yang menelan kos dianggarkan tidak kurang dari pada RM200 juta itu dijangka akan dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007 berupaya melatih sehingga 7,200 penuntut dalam satu-satu masa dengan 1,800 orang adalah pelatih sepenuh masa.
 


Kewujudan semula kolej pertanian itu adalah kerana menyedari kepentingan sektor pertanian amat penting dipelihara kerana ia berperanan besar untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan sebagai penyambung nyawa manusia.
 



Justeru sektor pertanian tidak boleh dipandang sepi kerana pertanian juga boleh menjadi industri besar sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi negara jika diusahakan secara besar-besaran dan menggunakan kaedah moden.


 


Menteri Pertanian, Mohd. Effendi berkata, penubuhan KPM itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk mendirikan sebuah institusi khusus bagi menawarkan pengajian dan latihan dalam bidang pertanian.
 


Menurutnya, kurikulum di KPM itu bukan sahaja menggunakan tenaga pengajar tempatan, malah akan mendapat kerjasama daripada universiti dan kolej pertanian luar negara seperti dari Belanda, Australia dan United Kingdom.
 


``Pengurusan serta pentadbiran KPM adalah di bawah Kementerian Pertanian yang menawarkan pengajian hingga peringkat diploma itu mempunyai objektif menghasilkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing,'' katanya.
 


Pusat latihan
 


Bagaimanapun KPM didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan sebagai sebuah pusat latihan bagi memenuhi keperluan di bawah Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996.
Tegas beliau, usaha itu juga bertepatan dengan persiapan untuk meletakkan Malaysia dalam era pertanian moden ke arah memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi eksport industri berkenaan.






Menurutnya, penubuhan KPM itu adalah bertitik tolak daripada kertas cadangan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) oleh Kementerian Pertanian bagi memenuhi aspirasi Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).




Katanya, DPN3 mendapati satu bentuk latihan kemahiran bersepadu perlu diwujudkan bagi menyediakan sekumpulan tenaga kerja mahir dan separa mahir bagi sektor pertanian.



Sementara itu Ketua Pasukan Projek Pusat Latihan Pertanian, Dr. Ahmad Suhaimi Omar dan Pengarah Pembangunan Kurikulum Pusat Latihan Pertanian Negara, Kementerian Pertanian, Dr. Kamaruzaman Salim berkata, struktur KPM akan diketuai oleh seorang pengarah dan dibantu oleh beberapa orang penolong pengarah yang bertanggungjawab ke atas perjalanan satu-satu sekolah secara berperingkat.





``Penubuhan sekolah-sekolah teknikal adalah bergantung kepada permintaan pasaran buruh di samping pembangunan kurikulum pembelajaran dan untuk permulaan di KPM terdapat lima sekolah teknikal serta sebuah sekolah keusahawanan teras kolej,'' kata mereka.




Kesemua lima buah sekolah itu ialah Sekolah Pertanian, Sekolah Perikanan, Sekolah Ternakan, Sekolah Pemasaran Hasil Pertanian, Sekolah Pemprosesan Pertanian dan Sekolah Keusahawanan/Teras Kolej.




Latihan yang diberikan adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia bagi menjamin graduan KPM mudah mendapat pekerjaan di sektor industri.




Kelayakan syarat kemasukan ke KPM untuk pengajian diploma ialah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau daripada kalangan kakitangan agensi di bawah Kementerian Pertanian.




KPM memberi pendekatan pembelajaran `dua dalam satu' yang berupaya untuk menawarkan dua diploma dalam satu pengajian menerusi akademik dan kemahiran.
Berdasarkan kurikulum pendidikan akademik, graduan KPM yang layak akan memperoleh Diploma Sains Pengurusan (DSP) dalam bidang teknikal.




Manakala pembelajaran berasaskan SKPK pula layak menerima Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) daripada MLVK, Kementerian Sumber Manusia.




Secara umumnya program latihan kemahiran pertanian peringkat diploma akan mengambil masa selama tiga tahun dengan dua tahun pertama akan dilaksanakan di institut, pusat latihan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian yang menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Sains Pengurusan (SSP).






Lulusan sijil-sijil tersebut boleh menyambung setahun lagi bagi pengajian diploma di KPM.
Di samping itu pemegang DSP secara automatik akan memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) kerana kurikulum DSP mencakupi kurikulum DKM. 


Sumber; Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen