Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014
Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014
Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA Bagi Tahun 2014
>> Semenanjung Malaysia
>> Sabah & Sarawak
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2013 Warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2014.
Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;
- MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
- MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab
ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan
bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata
pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
- MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add)
SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang
berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan
universiti di peringkat antarabangsa.
- MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
SYARAT UMUM KE MRSM
- Warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
- Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
- Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013.
- Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Lulus temuduga.
SYARAT KHAS
MRSM Biasa
- Memenuhi syarat umum.
MRSM Ulul Albab
- Memenuhi syarat umum.
- Pelajar tahun enam yang menuntut di Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
- Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
- Lulus ujian hafazan dan tulisan jawi.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas
sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
MRSM IGCSE
- Memenuhi syarat umum.
- Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
- Lulus ujian comprehension.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak atau MRSM Batu Pahat
atau MRSM Baling atau MRSM Alor Gajah sebagai pilihan pertama semasa
mengisi borang permohonan secara online.
- Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh
ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
MRSM Ulul Albab & IGCSE
- Memenuhi syarat umum.
- Mempunyai minat dalam bidang agama.
- Berkebolehan menguasai bacaan Al-Quran dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Lulus ujian hafazan, tulisan jawi dan comprehension.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
- Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh
ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Pemohon akan menduduki UKKM dalam bulan Disember 2013.
- UKKM Tingkatan 1 mengandungi 3 aspek utama iaitu Matematik, Sains dan Sikap.
Pemilihan
- Selain syarat am dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
- Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
- Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
- Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
- Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
- Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Isi Borang Online
- Permohonan perlu dibuat secara online di website MARA http://www.mara.gov.my(Sila guna Internet Explorer)
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam
borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar
secara online.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
- Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Tarikh tutup permohonan online 27 November 2013
Tarikh akhir borang bercetak 4 Disember 2013.mr
Terima kasih kepada:
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen