Pages - Menu

Pages - Menu

Tahniah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dapat Pengerusi dan Ahli-ahli Baru

Tahniah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dapat Pengerusi dan Ahli-ahli Baru

Dr. Halil dilantik Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengumumkan pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

 

Beliau berkata, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dari Sarawak yang juga bekas Rektor Institut Pendidikan Guru, Datuk Dr. Halil Dolhan dilantik sebagai Pengerusi, sementara bekas Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim sebagai Timbalan Pengerusi SPP.
 
Ahli-ahli SPP terdiri daripada bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Abdul Halim Abdul Razak; bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Dr. Imran Idris; bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Jamaluddin Yahaya.


Yang turut dilantik sebagai ahli ialah bekas Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Azmi Che Mat.


Pelantikan itu mengikut Fasal (2) Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan.


"Pelantikan-pelantikan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun bermula tarikh mereka mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia.


"Dengan pelantikan ini, saya bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan percaya bahawa mereka akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai anggota SPP mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sumber; Utusan Malaysia, di PUTRAJAYA pada 27 Nov. 2013

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen