Pages - Menu

Pages - Menu

Takziah CEO TV AlHijrah Bukhari Che Muda meninggal dunia

Takziah CEO TV AlHijrah Bukhari Che Muda meninggal dunia


Salam takziah buat keluarga, sahabat dan kakitangan TV Al Hijrah. Al Fatihah dihadiakan kepada Allahyarham Datuk Bukhari Che Muda.



Bukhari Che Muda Shah Alam: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV Alhijrah, Datuk Bukhari Che Muda, 57, meninggal dunia akibat penyakit barah di Subang Jaya Medical Center (SJMC), pada jam 6.08 pagi tadi.

Allahyarham yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, meninggalkan seorang isteri, Datin Suriyati Daud, 52 serta tiga anak perempuan berumur 17 tahun, 16, 14 dan seorang anak lelaki berumur 12 tahun.

Jenazah yang tiba di pekarangan rumahnya di Jalan Hablur 7/6A, Seksyen 7, di sini tepat jam 8.10 pagi ini, dimandikan di rumahnya sebelum dibawa ke masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk disembahyangkan selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Seksyen 21, di sini.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen