Pages - Menu

Pages - Menu

3 Disember Banjir di Pahang makin buruk, lebih 5,000 dipindah

3 Disember Banjir di Pahang makin buruk, lebih 5,000 dipindah

 Gambar kredit kepada SUMBER







Keadaan air yang melimpah Gugusan Felda Bukit Sagu
[Credit : Azdri Bahtiar Abdul Aziz]

BANJIR UJIAN ALLAH BUAT KITA, MAKA MOGA KITA BERSABAR HADAPI DUGAAN INI

Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para ahlul bait serta para sahabat as sabiqul awwalun wal akhirun.


 

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl:53)
 

Hidup di dunia adalah penuh dengan ujian. Kaya atau miskin, senang atau susah, kenyang atau lapar, sihat atau sakit, suka atau gembira adalah termasuk ujian-ujian Allah. Ujian-ujian ini, yang diberikan oleh Allah perlu kita hadapi dan terima sama ada dengan bersyukur (berterima kasih) atau dengan sabar. Kita bersyukur di saat diberi kaya, senang, sihat dan kegembiraan. 

Sebaliknya kita hendaklah bersabar jika diuji miskin, sakit, lapar dan kesusahan-kesusahan yang lain. Hidup ini adalah gabungan antara ada masa kita bergembira lalu bersyukur atau ada ketika kita bersedih lalu bersabar. 

Di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan, di sini.
Mengucup Ujian Allah, di sini.

BANJIR UJIAN ALLAH BUAT KITA, MAKA MOGA KITA BERSABAR HADAPI DUGAAN INI

 سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ
 
ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
 
(١٥٦)   أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)  
 
 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut  dan  kelaparan dan  kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)

DARI FB JPS KUANTAN:
 Bacaan aras air sungai sehingga 11pg, 3/12/2013...Sg Kuantan di Pasir Kemudi(8.28m-lepasi paras bahaya) & SgBelat (5.45m-lepas paras amaran)


Dari FB Polis Pahang:

UTAMAKAN KESELAMATAN:

Berikutan musim tengkujuh sekarang, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati semasa memandu di jalanraya.

Buatlah persiapan perlu bagi menghadapi situasi kediaman anda dinaiki air terutama di kawasan yang mudah dinaiki air

Beri peringatan kepada anak-anak supaya tidak bermain air yang boleh mengundang padah.

 Berikut pihak kami senaraikan jalan raya yang terlibat dengan banjir di sekitar negeri Pahang :

DAERAH KUANTAN

1- Jln Sg. Lembing / Sg. Charu KM28 (tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan)

2- Jln Kuantan – Gambang Batu 3 (kenderaan ringan diminta berhati-hati)

3- Hadapan Wisma Belia (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

4- Jln Tok Sira hadapan Jabatan Kimia (boleh dilalui oleh semua kenderaan)


Berikut pihak kami senaraikan jalan raya yang terlibat dengan banjir di sekitar negeri Pahang :

DAERAH PEKAN

1- Jln Pekan – Nenasi KM16 (air melimpah & boleh dilalui oleh semua kenderaan)

2- Jln Pekan – Nenasi KM9 (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)



DAERAH MARAN

1- Jln Kg Bak-Bak (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

2- Jln Ulu Luit (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

3- Jln Kg Baru Jara, hadapan Kuil Marathandavar (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

4- Jln Kg Baru Jara KM 68.5 (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

5-Jln Maran – Jerantut KM 64 Kubur Cina (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

6- Jln Maran – Jerantut KM 61.5 Simpang Lyana Tomyam (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)


DAERAH ROMPIN

1- Jalan Kg Mentelong (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

2- Jalan Kg Denai (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

3- Jalan Kg But Lepas (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

4- Jalan Sg Mok (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

5- Jalan Mersing – Kota Tinggi (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

6- Jalan Mersing – Kluang (masih boleh dilalui oleh semua kenderaan)

7- Jalan Kg Jubau, Bukit Ibam (boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

8- Jalan Kg Lubuk Batu – Tun Razak (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

9- Kota Bahagia – Kg Meripoh (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)


Pihak polis menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga, berhati-hati dan bersedia sebarang kemungkinan dan mengikuti arahan pihak berkuasa utk berpindah sekiranya di minta berbuat demikian.

Anda boleh mendapatkan info terkini dengan mendail 09-5151999, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.    
 

 PETIKAN AKHBAR SINAR HARIAN:
banjir di Pahang makin buruk, lebih 5,000 dipindah


KUANTAN - Banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.
 
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.
 
"Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
 
Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
 
Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.
 
Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter.
- Bernama


Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat

KUANTAN 3 Dis. - Gelombang pertama banjir di Pahang bermula semalam dengan 5,393 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan melibatkan empat daerah di negeri ini.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Pahang, setakat pukul 6 pagi ini sebanyak 47 pusat pemindahan
dibuka di Kuantan, Rompin, Maran dan Pekan berikutan 61 kawasan terlibat dinaiki air.
Katanya, Rompin mencatatkan jumlah tertinggi mangsa iaitu 2,552 orang
diikuti Kuantan (1,824 orang), Maran (664 orang) dan Pekan (341 orang).
"Tiga laluan ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air iaitu Kilometer 28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Kilometer 31 Jalan Gambang-Maran dan Batu 9, Nenasi Pekan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN










No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen