PENGAMBILAN BARU PELAJAR KOLEJ YAYASAN FELDA
Sesi pengambilan pelajar-pelajar baru Kolej Yayasan Felda telah ditawarkan oleh semua kolej anjuran Yayasan Felda.Tawaran masih dibuka kepada Anak-anak atau Cucu Peneroka dan Anak Kakitangan Felda yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran.
KURSUS YANG DIANJURKAN SEPERTI INTENSIF BAHASA INGGERIS, BIDANG KOMPUTER, KULINARI, BAKERI, PEMBUAT PAKAIAN,PENDANDAN RAMBUT, PENGURUSAN PEJABAT DLL LAGI... segala kos ditanggung oleh FELDA.. Terbuka kepada Warga Felda dan luar Felda..
Yayasan Felda mengendalikan kursus dan latihan kemahiran di empat buah Kolej Yayasan Felda (KYF):
i) Kampus Kelana Jaya, Selangor
ii) Kampus Mempaga, Pahang
iii) Kampus Trolak, Perak
iv) Kampus Raja Alias, Negeri Sembilan
14 jenis kursus disediakan untuk pelajar
lepasan SPM. Pelajar yang menamatkan kursus akan menerima Sijil
Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia.
Latihan Kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS)
Jabatan Kemahiran Malaysia.
Bagi kursus Asas Penjagaan Kesihatan,
Pembuat Pakaian Wanita, Pembuat Pakaian Lelaki, Pendandan Rambut serta
Intensif Bahasa Inggeris, tenaga pengajar dilantik oleh Yayasan Felda.
Yayasan Felda juga melantik Felda Prodata Systems Sdn Bhd bagi
mengendalikan kursus dalam bidang berkaitan komputer manakala kursus
berkaitan penyediaan makanan dan perhotelan pula dijalankan oleh Felda
D’Saji Sdn Bhd.
Semua pelajar yang mengikuti kursus di Yayasan Felda pada masa ini diberikan kemudahan penginapan dan makanan secara percuma.
Entry saya sebelum ini, Kursus Kemahiran Kolej Yayasan FELDA, Klik di sini
Kolej Yayasan Felda Mempaga, sila klik di sini.
OBJEKTIF SERTA PENGENALAN RINGKAS TENTANG KOLEJ YAYASAN FELDA
Senarai Kursus
SENARAI KAMPUS KOLEJ YAYASAN FELDA DAN KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN :-
KOLEJ YAYASAN FELDA, KAMPUS KELANA JAYA
No. 4, Jalan Perbandaran SS6 Kelana Jaya
47310 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Te l : 03-7803 7272/7804 6523 Faks : 03-7804 4679
KURSUS YANG DITAWARKAN :-
- Intensif Bahasa Inggeris
- Asas Penjagaan Kesihatan
- Artis Multimedia Animator Tahap 2
- Intensif Bahasa Inggeris
- Asas Penjagaan Kesihatan
- Artis Multimedia – Animasi
KOLEJ YAYASAN FELDA, KAMPUS TROLAK
Feldajaya Utara Trolak
Jalan Meranti
35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-438 9253 Faks : 05-438 9214
KURSUS YANG DITAWARKAN :-
- Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2
- Juruteknik Sistem Komputer Tahap 3
KOLEJ YAYASAN FELDA, KAMPUS RAJA ALIAS
Feldajaya Selatan Raja Alias
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-458 2981 Faks : 06-458 2986
KURSUS YANG DITAWARKAN :-
- Pembuat Pakaian Lelaki Tahap 1 & 2
- Pembuat Pakaian Wanita Tahap 1 & 2
- Pendandan Rambut Tahap 1 & 2
KOLEJ YAYASAN FELDA, KAMPUS MEMPAGA
Feldajaya Timur Mempaga
28600 Karak, Pahang Darul Makmur
Tel : 09- 223 1596 Faks : 09-223 2596
KURSUS YANG DITAWARKAN :-
- Kulinari (Tahap 1, 2 & 3)
- Pramusaji (Tahap 1, 2 & 3)
- Pastri (Tahap 1 & 2) 6 bulan
- Pembantu Atendan Bilik (Tahap 1 & 2)
- Pembantu Kaunter Hadapan (Tahap 2)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
a) Keutamaan kepada Warga FELDA
b) Warganegara Malaysia berumur 18 - 25 tahun
c) Sekurang-kurangnya lulus SPM
d) Belum Berkahwin
e) Sihat Tubuh Badan dan tiada rekod jenayah
Borang Permohonan:
SESIAPA BERMINAT BOLEHLAH ISI BORANG NI YER...
CARA PERMOHONAN :
Sekiranya berminat boleh menghubungi Ibu Pejabat Yayasan Felda ditalian 03-2693 4224 (Bahagian Latihan & Pendidikan) atau pihak Kolej untuk mendapatkan keterangan lanjut
Borang permohonan boleh dimuat turut dari laman web http://www.yayasanfelda.net.my/ Permohonan boleh dimajukan terus secara faks atau pos kepada alamat kolej yang berkaitan.
Untuk makluman, website Yayasan Felda sudah boleh dilayari di http://www.yayasanfelda.net.my/.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Yayasan Felda di talian 03-26934224.
Belia Felda perlu tingkat ilmu, kemahiran
LABIS 17 April - Golongan belia, terutamanya di tanah rancangan Felda
diingatkan supaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim berkata,
mereka sebagai aset dan benteng negara pada masa depan seharusnya
merebut setiap peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran yang ditawarkan
di kolej komuniti, Pusat Giat Mara dan pusat latihan belia di kawasan
masing- masing.
"Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sehingga 25 peratus daripada
belanjawan negara dalam bidang pendidikan dan rakyat harus memanfaatkan
segala yang disediakan sebaik mungkin.
"Bidang kemahiran diberikan tumpuan khusus oleh kerajaan dan pelbagai
kemudahan yang disediakan seperti Pusat Giat Mara, Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN) dan Kolej Komuniti diwujudkan untuk memberi peluang
kepada rakyat termasuk belia menimba ilmu dan kemahiran," katanya.
Sumber : Utusan Online
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen