Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) Pekan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di SMK Lepar Hilir, (di sini ada 3 orang kaunselor dan saya salah seorang daripanya), halatuju kerjaya sering saya terapkan dalam sesi kaunseling individu mahupun kelompok saya. Pendekatan kaunselor bukanlah hanya bercakap kosong sahaja. Selain didokong oleh teori ilmu psikologi, teori kaunseling kerjaya dan ilmu tebat diri serta informasi terkini sering saya terapkan dalam setiap sesi kaunseling saya. Oleh itu web blog ini sebagai medium buku skrap online saya berkaitan Klinik Kerjaya yang saya jalankan sepanjang saya berada di arena pendidikan ini.
ICAM yang terletak di Pekan, Pahang menambahkan lagi mercu tanda Pekan yang dikenali sebagai Pekan Bandar Diraja kini mungkin boleh dikatakan juga sebagai bandar ilmu. Selain ICAM, di Pekan juga terdapat UMP Kampus Pekan, IKM Pekan dan Institut Latihan Kemahiran Pekan. Semasa SEMINAR IPT PERHATI (Program Anak Yatim Permata Hati) KUANTAN 2013, Klik di sini. dan di sini,saya berkesempatan bertemu dengan Puan Noraini Pegawai ICAM yang sangat peramah dan baik hati. Beliau ada menawarkan jika sekolah saya hendak mengadakan akwatan ke ICAM namun mungkin waktu tidak sesuai pada penghujung September tahun lalau, lawatan ke ICAM terpaksa dibatalkan. Oh iya para pelajar boleh rujuk entry saya sebelum ini. Entry saya sebelum ini, UPNM Bekerjasama dengan ICAM, klik di sini.
Kursus di ICAM Pekan
Engineering & Technology
Diploma in Automotive Management Systems (KPT/JPS(A11452)05/15)
Diploma in Vehicle Assembly Management (KPT/JPS(A11453)05/15)
Diploma in Vehicle Inspection (KPT/JPS(A11454)05/15)
Diploma in Automotive Service Technology (N/535/4/0004(MQA/FA0297)02/16)
B.Eng. (Hons)Manufacturing Systems Engineering (N/521/6/0042(MQA/PA2372)10/17)Diploma in Automotive Parts Management (N/525/4/0003(MQA/FA0441)02/16) Diploma in Automotive Retail Management (N/341/4/0008(MQA/FA0442)02/16) Diploma in Procurement Management (N/341/4/0015(MQA/PA1232)02/17) Diploma in Enterprise Resource Planning (N/341/4/0016(MQA/PA1233)03/17)
Muat turun program ICAM klik di sini
boleh mohon secara atas talian di http://www.icam.edu.my atau hubungi hotline: 1300884226 untuk keterangan lanjut.
Petikan akhbar berkaitan ICAM:
ICAM akan jadi sebuah universiti
ICAM jadikan Pekan hab ilmiah automotif serantau
Sedia kemudahan pengajaran lahirkan modal insan pakar
KOLEJ Antarabangsa Automotif (ICAM) DRB-Hicom Bhd yang baru
ditubuhkan akan menjadikan Pekan, Pahang, sebagai sebuah hab ilmiah
automotif serantau dengan kemudahan pengajaran bagi melahirkan modal
insan pakar dalam bidang berkenaan.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata bagi mencapai matlamat itu, ICAM yang ditubuhkan pada April lalu akan memiliki tenaga pengajar pakar dan berpengalaman dalam industri automotif global yang jelas amat agresif dan berdaya saing tinggi.
"Disebabkan itu, kita tidak boleh bertolak ansur dalam kemahiran dan pengetahuan terutama iklim perniagaan semasa yang sering berubah.
"Kemudahan perkilangan bertaraf dunia perlu dilengkapi tenaga kerja mahir dan berilmu supaya dapat menarik minat pengeluar kereta antarabangsa ke Pekan, yang sudah dikenal pasti sebagai hab Automotif Nasional di bawah Pelan Induk Ekonomi Pantai Timur," katanya pada sidang media di Shah Alam, semalam.
ICAM bukan saja menawarkan kursus teknikal dan kejuruteraan automotif, tetapi semua jenis kursus pengurusan dan perniagaan berkaitan bidang berkenaan.
Buat masa ini, kampus sementara ICAM adalah dalam kawasan Kompleks Automotif Bersepadu di Pekan yang menjadi pusat operasi pembuatan dan pemasangan kenderaan DRB-Hicom.
Kampus tetapnya pula bakal di bina di sebelah tapak sama, merangkumi kawasan seluas 14.8 hektar yang dilengkapi kemudahan dan bengkel bagi memenuhi keperluan pelajar.
Ketika ini, ICAM menawarkan tiga program diploma iaitu 'Diploma in Automotive Management Systems (DMS)', 'Diploma in Vehicle Assembly Management (DVA) dan 'Diploma in Vehicle Inspection (DVI)' yang mengambil masa tiga tahun.
Kini, ICAM mempunyai 75 pelajar untuk sesi kemasukan pertama Mac lalu dan bertambah untuk kemasukan keduanya, September ini.
ICAM tawar kursus profesional bidang automotif serantau
DRB-HICOM Berhad yakin dapat mengubah wajah bandar Pekan, Pahang kepada
hab ilmiah automotif serantau menerusi penubuhan Kolej Automotif
Antarabangsa (ICAM) yang memulakan operasi April lalu.
ICAM dilengkapi kemudahan pengajaran dan pembelajaran canggih itu
dikendalikan tenaga pengajar berpengalaman dan berkelayakan dalam
usahanya menjana modal insan bagi memenuhi keperluan industri automotif.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Sri Mohd Khamil Jamil, berkata
industri automotif yang semakin berdaya saing memerlukan tenaga
profesional terutama dalam kalangan generasi muda.
Penyediaan tenaga kerja itu kata beliau, penting bagi membolehkan syarikat terus berdaya saing dalam berhadapan cabaran pesaing lain.
Teknologi pembuatan bertaraf dunia dengan dilengkapi tenaga profesional diharap menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke sini yang diiktiraf sebagai hub automotif di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), katanya.
Mengulas kursus yang ditawarkan ICAM, Mohd Khamil, berkata peringkat awal, pihaknya memberi tumpuan kepada beberapa program teras antaranya, kejuruteraan, teknikal, pengurusan dan perniagaan automotif.
Selain teori, katanya, pelajar didedahkan dengan latihan amali dengan syarikat milik DRB-HICOM termasuk rakan kerjasama dari luar.
Saya yakin penubuhan kolej ini mampu meningkatkan tahap industri automotif negara setanding produk luar serta menyediakan modal insan yang lebih kompetitif bagi memenuhi keperluan industri, katanya.
ICAM turut program peringkat diploma iaitu Diploma Sistem Pengurusan Automotif, Diploma Pemeriksaan Kenderaan dan Diploma Pengurusan Pemasangan Kenderaan. Keterangan lanjut boleh hubungi pihak pengurusan menerusi talian 09-4242400.
2010/08/18
ICAM akan jadi sebuah universiti
PEKAN – Syarikat konglomerat DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) yakin Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) akan mendapat status kolej universiti pada hujung tahun ini.Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pihaknya positif hasrat itu dapat dicapai berikutan pelbagai kejayaan dihasilkan warganya serta melahirkan graduan yang pakar dalam bidang automotif.
Menurutnya, sejak ICAM ditubuhkan pada 2 April 2010, kolej itu telah membuktikan kemampuan apabila merangkul sembilan pingat emas dalam pelbagai pameran inovasi kejuruteraan termasuk anugerah khas dari Poland Invention Society dan tiga pingat emas di Brussels Innova 2013.
“Walaupun ICAM baru berusia tiga tahun, pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara bagi pasukan penyelidik ICAM, kita yakin status universiti ini akan diperoleh.
“Permohonan status itu telah dihantar ke kementerian baru-baru ini dan menjelang hujung tahun ini, sekiranya kami memenuhi segala kriteria yang ditetapkan, ICAM akan menjadi sebuah universiti,” katanya kepada pemberita pada majlis konvokesyen pertama ICAM di sini hari semalam.
28/1/2014
jangan masuk ICAM!!!!
ReplyDeleteKnpe?
ReplyDelete