Pages - Menu

Pages - Menu

KURSUS VTO SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO) DI CIAST

KURSUS VTO SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO) DI CIAST



OBJEKTIF KURSUS :


 
Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan mempunyai kriteria sebagai PP/PPD iaitu :

“ Memiliki sekurang-kurangnya SKM di dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK “

RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
  • Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
  • Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional selama 3 bulan di CIAST dan Latihan Internship selama 6 bulan di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
  • Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL  TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

KELAYAKAN MASUK :

1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun
2. a) Lulus dalam SPM atau setaraf dengannya dengan Lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) ; dan
    b) Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut :
        i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ; atau
        ii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ; atau
        iii. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
PELUANG PEKERJAAN :
Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jalan Petani 19/1
Seksyen 19, 40900 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
 

+603-55438200
+603-55438398

E-mel:  info[at]ciast.gov.my















No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen