Pages - Menu

Pages - Menu

Anak Pasangan Malaysia ditahan di Sweden selamat tiba di Kota Bharu

Anak Pasangan Malaysia ditahan di Sweden selamat tiba di Kota Bharu

Anak Pasangan Malaysia ditahan di Sweden selamat tiba di tanah air


EMPAT anak Pengarah Tourism, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, yang ditahan bagi membantu siasatan kes memukul anaknya di Sweden tiba di tanah air kira-kira jam 7.04 pagi tadi. Foto NSTP 

 Mari kita terus berdoa kepada Allah SWT agar pasangan suami isteri Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal segera dibebaskan...Amin Ya Allah.

Empat beradik selamat tiba ke Kota Bharu

KOTA BHARU - Empat anak kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8.15 malam ini.
Mereka tiba dengan penerbangan Firefly dan disambut oleh kira-kira 12 ahli keluarga. - KOSMO!

4 anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden tiba di tanah air

Sepang: "Kami gembira tiba di sini", itu reaksi ringkas anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweden, Aisyah Azizul Raheem, 14, selepas tiba di tanah air kira-kira jam 7.04 pagi tadi.

Aisyah dan tiga adiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat MAS dari Stockholm, diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin. 

Ketibaan mereka disambut oleh lebih 10 ahli keluarga yang menanti sejak jam 6 pagi.


Anak pasangan Pengarah Tourism, Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal, yang ditahan bagi membantu siasatan kes memukul anaknya itu akan dibawa bertemu dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, Kuala Lumpur pagi ini.

 




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen