Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, statistik blog ini sentiasa mendapat kunjungan
sekurang-kurangnya 1 000 hits/ pengunjung sehari meskipun jarang dapat
saya kemaskini blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua
rakan-rakan guru seluruh Malaysia, bekas-bekas pelajar, dan rakan
followers yang sentiasa memberi sokongan kepada blog pendidikan ini.
Terima kasih di atas sambutan pelayar blog untuk berkongsi pengalaman kehidupan, pertanyaan dan perkongsian masalah. Pelbagai isu kaunseling peribadi , kaunseling trauma, kaunseling keibubapapan, kaunseling remaja, kaunseling kerjaya dan halatuju dikemukakan kepada saya. Ini berdasarkan email-email kepada saya yang meminta bantuan khidmat kaunseling saya.
Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan anda untuk berkongsi kemyuskilan dengan saya.Bagaimanapun, kepada pelayar blog cikgukaunseling yang menghantar soalan dan pertanyaaan samada di kotak komen dan email, saya mohon maaf tidak dapat balas pertanyaan anda secepat mungkin.
Ini kerana internet di tempat saya tidak berapa ada. Selain itu, saya perlu mengutamakan tugas hakiki saya di sekolah. Masa saya agak terhad untuk meninjau blog ini dan memberi jawapan segera. Kepada para pelayar blog ini yang sudi memberikan jawapan kepada pertanyaan pelayar lain di ruangan komen blog ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa anda.
Artikel yang ada telah saya publish pada masa-masa saya berada di kawasan berinternet. Blog ini sebenarnya ibarat Buku Skrap Online saya Berkaitan Skop Tugasan saya di sekolah sebagai Kaunselor Berdaftar ( Cr. ) di sebuah sekolah menengah. Ia mencakupi Halatuju Kerjaya, Kaunseling Peribadi, Kaunseling Individu, Kemahiran Belajar, Pengajaran Pembelajaran dan lain-lain lagi.
Bagi pelayar blog yang menghantar email di kalangan pelajar calon SPM dan STPM...
Kepada calon SPM dan STPM Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA boleh di beli di BSN mulai Januari 2014.
Bagi menjawab persoalan email tentang Pembelian No Pin UPU Melalui Sekolah, secara umumnya Kepada calon SPM dan STPM 2013, yang BAKAL menduduki peperiksaan SPM STPM, ia bergantung kepada surat siaran yang akan pihak sekolah terima daripada UPU, Seterusnya bergantung kepada pihak pengurusan sekolah samada meminta mana-mana guru menguruskan pembelian No Pin secara pukal bagi calon yang telah membuat pembayaran semasa Oktober/ November.
Bagi pelayar blog yang menghantar email di kalangan lepasan PMR 2013 yang berminat memohon sekolah Teknik dan Vokasional 2014, anda sudah boleh mula memohon sekarang. Tidak perlu membeli no pin, terus mohon online ya secara percuma. Program vokasional adalah samada dijalankan di Kolej Vokasional KPM, atau Program kerjasama Bahagian Vokasional KPM di Institut Latihan Perindustrian atau Kolej-kolej swasta terpilih. Contoh kolej swasta yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Kolaj Ranaco terengganu berkaitan maritim dan Kolej Penerbangan MATTA di Kuantan, Pahang (Syarat PMR sekuarang-kurangnya 6A2B). Tarikh akhir permohonan pada 25.12. 2013. Alamat dan senarai sekolah ada di link ini
Bagi anak-anak lepasan PMR 2013 yang meminati bidang kemahiran boleh ikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia di institusi-institusi kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan. Contohnya Pusat Latihan Kemahiran IKIP Skills, Pahang yang sudi menerima Lepasan PMR 2013 yang meminati bidang kemahiran.
Bagi pelayar blog yang menghantar email di kalangan ibubapa yang mengalami masalah dengan anak-anak remaja mereka eloklah bertemu secara bersemuka dengan Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah anak-anak tuan puan atau terus bertemu Kaunselor Berdaftar bagi mendapatkan khidmat kaunseling secara profesional untuk mencari jalan penyelesaian. Selain itu, semoga sebagai ibubapa tidak berputus asa daripada terus berdoa dan memohon bantuan Allah agar melambutkan hati anak-anak.
Bagi pelayar blog yang menghantar email berkaitan masalah rumahtangga yang dihadapi iaitu isu cerai atau kes-kes suami isteri yang lain, saya juga minta maaf belum berkesempatan membalas kesemua email anda. Seeloknya rujuk masalah ini kepada Pejabat Agama daerah anda segera.
Kepada klien-klien yang mengalami keinginan / cubaan membunuh diri, tolong segera berjumpa dengan kaunselor berdaftar atau kaunselor bertauliah terdekat dengan anda. Atau terus berjumpa Pegawai Psikologi Hospital Kerajaan terdekat di tempat anda. InshaAllah setiap masalah ada jalan keluarnya. Sesungguhnya Tuhan Amat Dekat dnegan kita, mendengar tangisan dan remuknya hati kita. Tuhan berikan dugaan yang berat kepada kita kerana kita mampu menghadapi ujian itu.
Terima kasih atas kepercayaan anda untuk berkongsi kemyuskilan dengan saya. Sekian, terima kasih. Wassalam.
Daripada Cikgu Ma.

your blog is great , i would like to invite you for an event
ReplyDeletemy i have your contact ? email me @ gwnwng@live.com TQVM