APA ITU SENI KULINARI Mungkin harini masih ramai orang tidak mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan Seni Kulinari. Seni Kulinari adalah satu kursus dalam
bidang masakan, penyediaan makanan, membuat pastri atau kek dan banyak
lagi terutamanya ia tertumpu melakukan aktiviti di dapur. Kursus Seni
Kulinari memberi ruang kepada sesiapa yang benar-benar berminat dalam
bidang masakan, membuat kek dan penyediaan makanan untuk menigkatkan
lagi kemahiran seseorang individu itu.
Kursus Seni Kulinari melahirkan golongan professional dalam bidang
masakan seperti seorang chef, pengusaha katering dan usahawan yang
berjaya dalam bidang seni kulinari. Dalam bidang ini sahaja, terdapat
beberapa institusi-institusi telah membuka kursus ini seperti menawarkan
sijil, diploma dan ijazah. Pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang
ini, akan diajar dengan teliti untuk meningkatkan lagi mutu kemahiran
memasak, membuat kek dan penyediaan makanan secara professional.
HALATUJU KERJAYA SENARAI PUSAT KEMAHIRAN BERTAULIAH
Halatuju Selepas
PT3. Sehingga ke minggu terakhir Februari 2015, masih terdapat pelajar
Tingkatan 4 di sekolah saya yang ingin mengambil bidang kemahiran tetapi
tidak berjaya lagi. Saya akan cuba updatekan dari semasa ke semasa
senarai pusat kemahiran bertauliah khusus untuk remaja berusia 16 tahun
ke atas.
[01]
GEMILANG MOTOR
ACADEMY
No.22A,
24A & 26A, Jalan Ronggeng 3, Taman Skudai
Baru, 81300
Skudai Johor Bahru Johor
Tel No.: 07-5545488