Pengambilan Pelajar Bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2015/2016
Pengambilan Pelajar Bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2015/2016
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program
Diploma Tahfiz Al-Quran. Program ini mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) .
PENGAMBILAN PELAJAR BAGI
PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2015/2016
SISTEM PENGAJIAN
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3
tahun ( 6 semester ). Pelajar akan dibimbing oleh
pensyarah-pensyarah yang profesional dan
berpengalaman. Bidang pengkhususan yang ditawarkan
ialah Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis, Muamalat dan
Pengurusan Halal.
Permohonan secara dalam talian (Online) boleh diisi
melalui laman sesawang:
http://www.darulquran.gov.my
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
ii. Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ‘B’ dalam mata
pelajaran berikut :
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Arab
c. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan
Syariah Islamiah, dan
d. LULUS bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan
Sejarah.
Atau
Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengan SPM
( Calon Luar Negara )
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian Diploma Tahfiz
Al-Quran di mana-mana Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri,
adalah tidak layak memohon.
Biasiswa akan diberikan kepada pelajar yang
berkelayakan.
CARA MEMOHON
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan 7 hari selepas keputusan
SPM diumumkan.
Untuk maklumat lanjut, sila
hubungi :
Telefon: 03-60635333/ 03-60635349/ 03-60635323
Faks : 03-60645497 / 03- 60642936
MAKLUMAN
1- Sila semak senarai nama dalam talian dan
bawa borang permohonan yang telah dicetak
semasa temuduga.
2- Calon-calon yang tidak menerima apa-apa
makluman selepas 04 Mei 2015 adalah
dianggap tidak berjaya.
TEMUDUGA
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk
temuduga.
BIASISWA
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Darul Quran Jakim atau klik pada pautan berikut : http://goo.gl/gfWqjl
Pendaftaran untuk sesi 2015/2016, tetapi tempoh pengajian 2015-2018
apa beza pensijilan tahfiz alquran dengan program diploma tahfiz alquran ? boleh bgi penjelasan tak ?
ReplyDelete