Pages - Menu

Pages - Menu

2015 bukan tahun lompat, tetapi ia mempunyai masa bonus tambahan saat

2015 bukan tahun lompat, tetapi ia mempunyai masa bonus tambahan saat




Subhanallah. Alam ini sesungguhnya ada yang menciptakannya. Sesungguhnya Allah ciptakan alam ini tidaklah sia-sia.

 Makna Firman Allah SWT  dal;am Surat Ali Imran: 190-191 :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآَيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (191)
 
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” (QS. Ali Imran: 190-191)

Sejak tahun 1820,menurut NASA, purata hari telah meningkat sebanyak kira-kira sepanjang dua milisaat.

Hari ini, Selasa masa bertambah 1 saat. Ia merupakan peristiwa keempat yang  sejak 2000 dan yang pertama sejak 2012. Disebabkan variasi atmosfera dan bermusim,  setiap hari adalah tidak sama panjang.


Dari tahun 1972 hingga 1999, saat telah ditambah kira-kira sekali setahun, tetapi sejak itu ia belaku pada kadar perlahan. Ahli-ahli sains tidak dapat memastikan punca fenomena ini berlaku.
 
 

 

Menurut Daniel MacMillan dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland, berkata dalam satu kenyataan bahawa  Putaran bumi secara beransur-ansur perlahan sedikit. Oleh itu, keadaan pertambahan saat ini berlaku adalah untuk mengimbangi kadar putaran Bumi yang semakin perlahan.
 

Saintis Barat menjangkakan beberapa laman web akan menerima kesan buruk malah ada yang tidak akan berfungsi apabila waktu pertambahan masa ini berlaku. 


Seperti yang dilaporkan Bloomberg, bonus saat boleh menyebabkan fenomena seumpama mini Y2K, dengan masalah teknikal mengganggu laman web dan sistem kewangan.


Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara Malaysia, Mohd Mohd Zamri berkata bonus satu saat itu akan diperolehi di penghujung hari esok.
Dalam hal ini, beliau berkata International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar.

"Walaupun bertambah cuma satu saat dan ramai yang terlepas pandang, namun pertambahan waktu ini memberi kesan kepada industri yang berorientasikan pemasaan kepersisan tinggi, katanya.




Kali terakhir penduduk Bumi mendapat penambahan waktu satu saat adalah pada tahun 2012.

Berdasarkan pengiraan, pada 30 Jun 2015,Selasa (30 Jun) di 7:59:60 pm EDT (23:59:60 GMT). Bumi akan mempunyai 86,401 saat pada Jam Atom berbanding sekarang hanya 86,400 saat.




Saya bawakan pembaca beberapa potong ayat Al Quran berkaitan Firman Allah SWT tentang masa;

 Dan (Ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima alasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia. (Surah Yunus:45)


Dalam al-Quran, banyak dinyatakan mengenai soal kelajuan dan masa selain menunjukkan bukti bahawa hanya dengan ilmu Allah, segala perkara yang berlaku di alam sarwajagat dapat difahami, bagi membolehkan seseorang itu mengukuhkan imannya.
Kita lihat dalam kisah Nabi Sulaiman bersama Ratu Balqis.
“… Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum mata kamu berkelip…” (Surah an-Naml, ayat 40)
Satu lagi kisah kepantasan dan masa adalah mengenai Isra’ dan Mikraj, Nabi Muhammad.
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa…” (Surah al-Isra’ ayat 1).
Menurut kisah ini, Nabi Muhammad dibawa dari Makkah ke Baitulmaqdis (Aqsa ertinya tempat yang jauh) menggunakan tunggangan yang dikenali sebagai Buraq diiringi Jibril. Buraq dalam bahasa Arab adalah pancaran cahaya.
Hari ini, dunia sains menceritakan bahawa cahaya adalah entiti paling pantas bergerak di dunia dengan kelajuan kira-kira 1,120 kilometer sejam.



1 comment:

  1. Subhanallah, dengan kekuasaan Nya semua itu berlaku. Al-Quran kalam yang terpelihara.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen