Pages - Menu

Pages - Menu

Contoh Kerja Kursus Geografi PT3 Pencemaran Alam

Contoh Kerja Kursus Geografi PT3 Pencemaran Alam



Tugasan melibatkan mata pelajaran Geografi bagi pentaksiran tingkatan 3 adalah wajib dilaksanakan oleh semua calon terbabit mulai tahun 2014.

Sebagaimana yang telah diberitahu kepada pelajar, tugasan PT3 Geografi perlu diselesaikan calon dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Berikut adalah panduan lengkap dan tips untuk menjayakan tugasan Geografi PT3. Bagaimanapun tajuk terkini kerja Kursus Geografi akan cuba saya update segera,

 

Berikut adalah pautan (link) lampiran arahan perlaksanan tugasan Geografi PT3 2014 kepada yang terlibat
[Klik] Geografi (Arahan Guru) [Klik] Geografi (Arahan Calon/ Pelajar)

Contoh Soalan Tugasan Geo PT3


Senarai Semak Tugasan
 
 
 
 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3
 
Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan Geografi PT3 2014 yang tertera dibawah. Haruslah menghuraikan isi penting dibawah dengan menggunakan idea dan kreativiti calon

Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur

Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur
Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual
1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji (Tajuk kajian: Pencemaran udara)
Pencemaran Udara : Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan
Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan


2. Faktor dan Punca Pencemaran Udara
Antara penyebab utama pencemaran udara adalah
  • Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan
  • Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta
  • Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku
  • Penyemburan racun makhluk perosak
  • Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen