PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 :
Kegiatan Ekonomi
PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 : Kegiatan Ekonomi
Sebaik pelajar PT3 selesai mendengar taklimat ynag disampaikan oleh Encik Mohd Fairus, Guru S/U Peperiksaan Tingkatan 3 di Dewan Bestari, terdapat bebera orang pelajar 3 Maju melangkah masuk ke bilik saya. Wajah masing-masing nampak agak keliru dan bimbang. Sebagai guru, saya cuba membantu pelajar bertenang. InshaAllah anak-anak pelajar boleh menyelesaikan tugasan ini dengan baik.
Pastinya
bermula semalam lagi hingga 3 Julai 2015 adalah tempoh paling sibuk
bagi pelajar Tingkatan 3 bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi PT3 2015
kali ini.
Bagi memudahan lagi
kerja-kerja menyiapkan Kerja Kursus Geografi Kegiatan Ekonomi PT3 kali
ini, blog http://cgkaunseling.blogspot.com/ telah cuba untuk membantu anda untuk berkongsi contoh jadual
kerja Geografi PT3 yang merupakan salah satu elemen yang perlu anda
sediakan dalam Kerja Kursus Geografi PT3.
Walaubagaimanapun
contoh jadual kerja Geografi yang kami berikan dan kongsikan seperti di
bawah ini boleh anda ubahsuaikan mengikut cara dan mekanisme hasil
kajian tugasan Geografi PT3 2015 anda. Dan anda juga perlu letakkan
ruang catatan bersesuaian dengan aktiviti anda pada hari tersebut.
Jadual Kerja Geografi PT3 Kerja Kursus Geografi 2015
Hari 1 (Isnin) 22 Jun 2015Tentatif :
Hari 2 (Selasa) 23 Jun 2015
- Menerima soalan dan panduan rubrik pelaksanaan kajian
- Tajuk : Kegiatan ekonomi di kawasan kajian
- Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang hendak dilakukan
- Taklimat tentang kajian
- Membuat catatan hasil penerangan guru
Hari 3 (Rabu) 24 Jun 2015
Hari 4 (Khamis) 25 Jun 2015
- Mula mengumpul maklumat dalam internet mengenai konsep di makmal komputer dengan bimbingan guru
- Berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh
Hari 5 (Jumaat) 26 Jun 2015
- Menyediakan borang temubual atau borang soal selidik dengan bimbingan guru
- Waktu petang membuat soal selidik dengan jiran-jiran dan penduduk setempat mengenai kegiatan ekonomi di kawasan kajian
- Waktu petang membuat temubual atau soal selidik dengan jiran dan penduduk mengenai kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian
Hari 6 (Sabtu) 27 Jun 2015
- Meneruskan lagi aktiviti soal selidik dengan komuniti dan penduduk dengan pekerjaan dan kegiatan ekonomi yang mereka jalankan dan diusahakan di kawasan kajian
Hari 7 (Isnin) 28 Jun 2015
Hari 8 (Selasa) 30 Jun 2015
- Membuat analisis daripada temubual atau soal selidik dengan 10 responden yang diperoleh
- Menghasilkan bahan grafik yang sesuai
- Menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan guru
Hari 9 (Rabu) 1 Julai 2015
- Menulis laporan daripada hasil kajian yang dijalankan di hadapan guru
- Menyemak laporan kajian dan bahan grafik
Hari 10 (Khamis) 2 Julai 2015
- Membuat penambaikan
- Menghantar hasil kajian dan tugasan Geografi PT3 kepada guru
2 hingga 9 Julai 2015
Adalah tempoh yang mana guru akan mula membuat pentaksiran
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen