PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015.
Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara. Murid-murid calon UPSR Tahun 2015 boleh memohon Program Asrama 1 Malaysia ini.
Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:
BIL
|
ASRAMA 1MALAYSIA
|
NAMA SEKOLAH
| |
1
|
A1M KUALA LUMPUR
|
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
|
LELAKI SAHAJA
|
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
|
LELAKI SAHAJA
| ||
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
|
LELAKI SAHAJA
| ||
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR
|
LELAKI SAHAJA
| ||
2
|
A1M JOHOR
|
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR
|
PEREMPUAN SAHAJA
|
3
|
A1M SABAH
|
SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
|
LELAKI & PEREMPUAN
|
4
|
A1M SARAWAK
|
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK
|
LELAKI & PEREMPUAN
|
Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2016 sahaja.
II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
V. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam
pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak
menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
VI. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
a Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
b. Sijil Berhenti Sekolah
c. Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
d. Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan)
e. Salinan Keputusan UPSR 2015
e. Salinan Keputusan UPSR 2015
f. Salinan Keputusan Ujian Aptitude 2015
g. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
VII. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD
Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 3 Januari 2016.
Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015.
Pautan khas : http://www.moe.gov.my/my/Asrama-1Malaysia-AH
Sila muat turun borang dan brosur seperti lampiran di bawah :-
1) Borang Permohonan, sila muat turun dengan klik di link ini.
2) Brosur Asrama 1 Malaysia, sila klik link di sini.
HUBUNGI:
Tuan Haji Bahrin Bin Haji Masduki
| |||||||||||
Ketua Unit Asrama | |||||||||||
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen