Pages - Menu

Pages - Menu

Permohonan ke USM Sesi 2016/2017

Permohonan ke USM Sesi 2016/2017









PERMOHONAN

  • MATRIKULASI / ASASI 2015 : 
    Fasa I      18 Januari - 04 April 2016
    Fasa II      06 Jun - 12 Jun 2016
  • STPM 2015 : 
    Fasa I      18 Januari - 04 April 2016
    Fasa II     03 Mei - 06 Mei 2016
  • DIPLOMA / SETARAF : 
    18 Januari - 04 April 2016

  • PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2016/2017

    Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti berstatuskan APEX) bagi Sidang Akademik 2016/2017.
    Permohonan terbuka kepada :
    1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
    2. Lepasan STPM 2015.
    3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain.

    Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui Pohon@USM dengan kaedah pembelian nombor PIN USM - PERDANAdi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyakRM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

    USM menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2015 dan STPM 2015, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2016/2017 di menu Panduan.
    Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *5 - 15 Mei 2016. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2016 di Pohon@USM.

    Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

    Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 6 - 12 Jun 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).
    Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian.

    Maklumat Tambahan bagi calon STPM :

    Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis - U3). Sistem akan dibuka semula pada 3 - 6 Mei 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).
    Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinianprogram pengajian bukan temuduga sahaja.

    Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/Setaraf :

    Peringatan bagi kategori Diploma/Setaraf, calon dikehendaki memuatnaik sijil-sijil akademik yang berkaitan semasa mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 4 April 2016. Permohonan yang dikemukakan tanpa salinan sijil dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES.
    PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA (IJAZAH PERTAMA PENUH MASA)
    LEPASAN MATRIKULASI DI UNVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
    UNIVERSITI APEX, SIDANG AKADEMIK 2016/2017
     
    Menerajui kecemerlangan dan transformasi pendidikan tinggi negara, Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex yang pertama di Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Matrikulasi yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Secara Penuh Masa), Sidang Akademik 2016/2017.
     
    1.SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
     Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan Matrikulasi Tahun 2015 sahaja.
     
    1.1Syarat Am
     
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan Lulus dalam mata pelajaran Sejarah; dan
  • Lulus Matrikulasi dengan mendapat gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET)
      
    1.2Syarat Khas
     
  • Calon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KEMASUKAN.
      
    1.3Syarat Tambahan Bagi Permohonan Program Pendidikan Untuk Berkhidmat Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
     
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari 2016 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1986.
  • Calon-calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikut program-program yang dirangka untuk kursus ini.
      
    1.4Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)
     
  • Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
  • Sekiranya calon hanya berminat dengan 1  program pengajian di USM sahaja, calon tidak diwajibkan untuk memenuhi lapan (8) pilihan program pengajian di USM.
  • Program pengajian Sains Perubatan, Sains Pergigian, Sains Farmasi,Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetatif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
      
    1.5Permohonan di IPTA lain
     Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi.
      
    1.6Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM
     Calon yang berjaya dan ditawarkan tempat di Universiti Sains Malaysia juga berkemungkinan akan ditawarkan
    tempat di mana-mana Universiti Penyelidikan (RU) lain tertakluk kepada permohonan.
    Calon perlu MENGESAHKAN PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN terhadap tawaran yang dibuat oleh
    USM. Sekiranya calon tidak memberi apa-apa maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon
    dianggap MENOLAK tawaran.
      
    2.TEMUDUGA
     
    2.1Bagi Program Pengajian yang memerlukan temu duga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
    2.2Tarikh temuduga dan semakan keputusan ujian dan temu duga calon yang terpilih akan dimaklumkan pada bulanApril 2015 dan boleh disemak di laman web https://pohon.usm.my.
    2.3Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian temu duga adalah di bawah tanggungan calon.
      
    3.CARA PERMOHONAN MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN
    (Online Application)
     
    3.1Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi Program Pengajian Lepasan Matrikulasi, Sidang Akademik 2015/2016 adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sahaja.
    3.2Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 18 Januari 2016 (Isnin)jam 12.00 tengah hari.
    3.3Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui Pohon@USM dengan kaedah pembelian nombor PIN USM PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM PERDANA dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.
    3.4Sila klik pada butang HANTAR di bahagian enam (6) - PENGESAHAN bagi melengkapkan proses permohonan anda. Sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
      
    4.SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-
     SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
    BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
    JABATAN PENDAFTAR,
    ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
    11800 USM, PULAU PINANG

       1 300 888 876
       04 653 3328
       admissions@usm.my
       Student Admissions USM
      
    5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
     Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 APRIL 2016 (ISNIN)

    Para pemohon dinasihatkan melayari website rasmi Permohonan@USM, sila klik di sini.


    No comments:

    Post a Comment

    Terima Kasih sudi komen