Permohonan JPA PIDN
Program Ijazah Dalam Negara 2016
PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2016
Assalamualaikum dan selamat petang. Kepada anak-anak lepasan Matrikulasi KPM
khususnya dan Lepasan STPM , diharap entry ini boleh dijadikan rujukan anak-anak.
PENGENALAN
Program Ijazah Dalam Negara merupakan
penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah
Pertama di Universiti Awam,klik di sini, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)klik di sini, Universiti
Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan
International Institute of Technology (MJIIT).
Bidang pengajian yang ditaja
adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan
dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.
Penajaan pelajar
di bawah Program
ini adalah dalam
bentuk
Pinjaman Boleh Ubah.
PERMOHONAN
Permohonan akan dibuka secara atas talian di http://esilaV2.jpa.gov.my
mulai 23 Mei 2016. Permohonan
dibuka kepada pelajar tahun pertama yang
telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester pengajian.
SYARAT PERMOHONAN
a)
Warganegara
Malaysia,
b)
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak
mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan
sebagainya;
c)
Memiliki
Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d)
Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai
hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
e)
Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari
mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
f)
Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh
permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
g)
Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan
telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian; dan
h)
Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai
Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat
Ijazah Pertama.
Artikel lain di dalam blog ini:
1) Kerjaya Jurutera, klik di sini.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen