Terima Kasih Petugas Kesihatan HSA
We would like to express our sincere condolences to everyone who involved in Sultanah Aminah Hospital fire tragedy.
#PrayforHSA
Terima kasih kepada para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Jasa dan pengorbanan kalian, hingga sanggup menggadai nyawa, hanya Allah yang dapat membalasnya. Buat para doktor,nurse, pembantu kesihatan dan semua petugas kesihatan semoga anda semua diberi kekuatam menempuhi dugaan ini. Marilah kita sama-sama membantu pesakit-pesakit di HSA...
#prayforHSA
Netizen melahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran serta menyelamatkan mangsa di HSA.
PERKATAAN 'hero' tidak hanya untuk watak ‘Superman’ atau ‘Batman’ tetapi boleh digunakan untuk merujuk seseorang yang melakukan pengorbanan demi kebaikan individu, masyarakat ataupun negara.
Semalam, kita dikejutkan dengan berita kebakaran di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bahru.
Kejadian di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut, di mana enam orang terkorban dan seorang berjaya diselamatkan, dipercayai berlaku sekitar jam 8.56 pagi.
Ia sekaligus mencetuskan pelbagai emosi dalam kalangan netizen yang sama-sama berkongsi rasa terkejut dan cemas yang pastinya dirasai mangsa dan keluarga mereka menerusi hashtag #PrayforHSA.
Netizen turut berkongsi rakaman gambar pasukan bomba, penyelamat dan anggota pasukan keselamatan lain yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran serta menyelamatkan mangsa di HSA.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen