Penggunaan Art Therapy (AT) Dalam Kaunseling
Seringkali orang beranggapan Art Therapy ini hanya sesuai digunakan kepada klien yang trauma sahaja dan tidak sesuai digunakan kepada orang yang cerdik atau yang tiada trauma. Sebenarnya, tools art therapy ini boleh dipalikasikan kepada semua kelompok klien.
Apa itu Art Therapy?
Art Therapy (AT) merupakan satu seni persembahan untuk meluahkan perasaan dan jiwa untuk tujuan tertentu. Kadang-kadang verbal dan non verbal berbeza dengan apa yang diluahkan dalam diri. Contoh pertanyaan “apa kabar” dan client menjawab “khabar baik” tetapi terdapat perbezaan jawapan mulut dan pergerakan badan .
Apa itu Art Therapy (AT)?. AT merupakan salah satu kaedah kaunseling pada masa kini. Walaubagaimana pun, pengetahuan yang luas sangat diperlukan untuk membantu client mengenali dan menyelesaikan masalah. Ada beberapa jenis AT iaitu:
a)Lukisan (Drawing)
b)Permainan (Play Therapy)
c)Music Therapy
d)Pshchodrama
e)Photo Therapy
f)Dance/Movement Therapy
g)Bibliotherapy
h)Expresive Art Therapy
Apa yang kita hendak bagi tahu kepada klien kita?
Sebagai seorang kaunselor, jika menggunakan terapi seni atau art therapy
di dalam sesi kaunseling. Kaunselor hanya menggunakan "art as a tool".
Apa itu art as a tool? Art as a tool iaitu seni sebagai alat medium kepada klien dan kaunselor dalam proses kaunseling.
Jadi...Bagaimana prosesnya?
Prosesnya kaunselor hanya menggalakkan klien untuk menggunakan kaedah
seni di dalam sesi kaunseling. Proses ini digunakan bagi menggalakkan
klien untuk bercerita, memudahkan kaunselor untuk meneroka alam bawah
sedar klien. Setiap klien yang datang adalah berbeza-beza masalah yang
dihadapinya.
Kadang-kadang klien yang datang juga tidak tahu akan punca
sebenar isu sebenar dalam dirinya. Sebagai contoh, apabila klien
melukiskan isu di atas kertas lukisan. Kaunselor meneroka klien
berdasarkan lukisan yang dilaksanakan oleh klien. Lukisan sebagai
panduan kepada klien untuk bercerita.
Terdapat dua jenis kaunseling
a)Kaunseling Kelompok
Trauma akibat mass traumatic yang besar seperti bencanan alam [tsunami, gempa bumi, banjir, tragedy 11 september, kemalnagan bas, kapal terbang], dimana ramai orang ramai terlibat
b)Kaunseling Individu
Trauma secara individu seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, kehilangan anggota badan, penyakit serius, kehilangan pasangan/anggota keluarga atau orang tersayang, rogol, sumbang mahram dan sebagainya
Oleh itu, pelbagai teknik kaunseling digunakan untuk meneroka perasaan, pemikiran dan tingkahlaku klien yang mengalami trauma. Sama ada trauma semasa atau trauma beban atau post taumatic stress disorder. Rawatan perlu dilakukan satu persatu demensi trauma yang dialami. Setiap demensi akan saling berkait (melalui alat ujian)
Justeru itu, kaunselor harus mengetahui jenis-jenis lakaran (garis halus, tebal lorekan kasar, tidak sekata/sekata, zig zag, lurus, putus-putus, dot-dot dan sebagainya), binatang (binatang belaan, binatang ganas), pokok (pokok bunga, pokok menjalar, pokok liar/hutan, rumput), rumah, kenderaan, senjata, peralatan bertukang, barang-barang mainan dan objek persekitaran hidup signifikan dalam hidup client.
bersambung
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen