Pages - Menu

Pages - Menu

Biasiswa MARA Young Talent Programme Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016 (MyTP)

 Biasiswa MARA Young Talent Programme Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016 (MyTP) 







Permohonan Biasiswa MARA Young Talent Programme Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016 (MyTP) 





Permohonan Program Pelajar Cemerlang MARA Lepasan SPM 2016 (MyTP) telah dibuka bermula pada  21 Mac 2017 jam 5.00 petang hingga 26 Mac 2017, jam 10.00 malam. 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG MARA LEPASAN SPM 2016 MARA YOUNG TALENT PROGRAMME (MyTP)

MARA sebagai sosio-economic engineering agency di 

bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah 

(KKLW) sentiasa komited melahirkan usahawan 

berkaliber, pemimpin korporat, profesional dan modal 

insan kompeten bertaraf dunia yang berintegriti.




MARA Young Talent Programme (MyTP) adalah khusus 

kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2016 yang 

memiliki sahsiah diri terpuji dan jati diri yang tinggi 

sebagai peneraju modal insan ke arah menjayakan 

agenda transformasi negara di masa hadapan.



 Keutamaan diberikan kepada pemohon dalam kalangan 

keluarga berpendapatan rendah di Luar Bandar dan 

Bandar (B40 & M40) tertakluk kepada Dasar dan Syarat

 semasa MARA.


MAKLUMAT PERMOHONAN


  • Mempunyai sikap diri yang positif.


  • Memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan.


  • Pemohon yang memenuhi syarat yang  

  • ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri 

  • MARA Student Assessment Centre (MSAC).




Lulus semua peringkat saringan yang ditetapkan semasa menjalani penilaian di MSAC.



Semakan panggilan untuk menghadiri MSAC boleh 

disemak dari semasa ke semasa dalam laman web 

MARA.



Keputusan adalah muktamad. Pelajar hendaklah 

menerima tawaran kursus dan tempat pengajian 

yang ditentukan oleh MARA.



Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.

CARA MEMOHON:



Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian 


(online) di laman web MARA 





mulai 21 Mac 2017 jam 2.00 petang hingga 26 Mac



2017 jam 10.00 malam.






SYARAT UMUM

·               Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa 

berketurunan Melayu / Bumiputera dan Warganegara 


Malaysia.



·               Ibu, bapa dan penjaga serta pelajar tidak 

disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan 

undang-undang MARA.



·               Pemohon tidak menerima bantuan kewangan 

dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi 

untuk pengajian pada peringkat yang sama.


·               Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak 

mengidap penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV 

dan sebagainya.



·               MARA berhak untuk membuat sebarang pindaan dasar tajaan dari semasa ke semasa.



SYARAT KHUSUS


Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 pada kali pertama.


Memenuhi syarat kelayakan khusus program seperti yang diiklankan.


INFO LANJUT:

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-

Telefon    : 03-2613 2043 / 32108 / 32065 / 32098

Email      : postspm@mara.gov.my


Facebook    : PostspmMARA


Waktu Urusan   : Isnin hingga Khamis

(9.00 pagi – 1.00 tengah hari,

 2.00 petang – 4.30 petang)

Jumaat

(9.00 pagi – 12.15 tengah hari,

 2.45 petang – 4.30 petang)


Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am


(Cuti)

Sila layari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my bagi membuat permohonan dan mendapatkan info berkaitan.


MARA Teruskan Program Pelajar Cemerlang SPM 2016

Program Pelajar Cemerlang SPM 2016 atau MARA Young Talent Programme (MyTP) diteruskan tahun ini dalam usaha melahirkan modal insan yang memiliki sahsiah jati diri tinggi dan terpuji.

MyTP adalah penjenamaan semula Program Skim Pelajar Cemerlang SPM yang ditawarkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) setiap tahun.

Mara berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar cemerlang megikuti pengajian di peringkat persediaan dan diploma sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.



#MARA
 #51TahunMARA 
#MyTP
 #BanggaBersamaMARA
 #MenjunjungAmanahRakyat

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen