Penundaan Tarikh Permohonan Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2017 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Atas Talian
Seperti yang telah disiarkan di akbar tempatan pada 12 Mac 2017, permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2017 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Atas Talian adalah pda 20 Mac 2017.
Permohanan kemasukan ke program tersebut telah ditunda kepada 23 Mac 2017 (2.00 Petang) hingga 30 Mac 2017 (11.59 Malam).
Permohonan boleh dilakukan pada tarikh tersebut di URL https://pismp.moe.gov.my
:pushpin:Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1. KETERANGAN PROGRAM
1.1 Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
1.1.2 Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun.
2.3 Sihat tubuh badan.
2.4 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang
Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
2.5 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan ii. Sejarah.
2.6 Lulus Bahasa Inggeris.
2.7 Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
2.8 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Bagaimanakah Cara Memohon PISMP
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my
https://pismp.moe.gov.my
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.
6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak
Siapakah Yang Tidak Layak Memohon?
1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Bilakah Permohonan PISMP 2017 akan dibuka?
Buat masa ini, permohonan PISMP 2017 DITUNDA, Anda dinasihatkan sentiasa merujuk website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Dari semasa ke semasa.
INFO TAMBAHAN KERJAYA PERGURUAN
Ciri-ciri Bidang Tugas Guru
- Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan.
- Memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.
- Memahami mata pelajaran pengkhususan.
- Mengetahui secara umum kandungan kurikulum semua mata pelajaran.
- Menyedari kepentingan penilaian dan cara mengendali penilaian.
- Mengetahui kebolehan dan pengalaman guru berkaitan mata pelajaran dan aspek yang berkaitan.
- Mengetahui keperluan alat bantu mengajar, peralatan dan bahan untuk mata pelajaran tertentu dan cara menggunakannya.
- Mengetahui kemudahan-kemudahan yang ada dan berusaha meningkatkannya.
- Berupaya mengadakan latihan dalaman bagi meningkatkan profesionalisme guru dan kakitangan di sekolah.
- Mengetahui pendekatan dan strategi pengajaran terkini dan berupaya menyampaikannya kepada guru-guru
Akauntabiliti Keguruan
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.
Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan.
Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar
1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknikyang berkesan.
2. Mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.
3. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan sebagainya.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah.
5. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Akauntabiliti Guru Terhadap Diri
- Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
- Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa.
- Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
- Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
- Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik.
- Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang.
Akauntabiliti Guru Terhadap Bangsa dan Negara
- Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara.
- Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
- Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.
- Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
Akauntabiliti Guru Terhadap Tugas dan Kerja
- Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar.
- Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar.
- Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah.
- Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
- Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen