Pages - Menu

Pages - Menu

Jom Masuk IKBN 2018 Mohon Lalu UPU 2018 Segera

Jom Masuk IKBN 2018 Mohon Lalu UPU 2018 Segera




Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan) IKBN
APA YANG DITAWARKAN DALAM SIJIL TEKNOLOGI HOSPITALITI?
i. Penerangan Kursus:


Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan memasak pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa bermula dari hidangan sarapan pagi, hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut melalui resepi-resepi dan teknik serta kaedah memasak mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri.


ii. Prospek Kerjaya:


Peluang pekerjaan adalah meluas dimana pelajar berpeluang menceburi kerjaya dalam industri perhotelan dan perkhidmatan makanan, di sektor pendidikan - pengajar kolej swasta dan kerajaan ATAU di sektor industri sama ada di darat (keretapi, kabin bas, katering /makanan segera/gerai), laut (persiaran / perkapalan), udara (penerbangan) ATAU usahawan dalam bidang penyediaan makanan.

Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)
 KOD IKBN: SHF 02
Bidang inilah yang banyak anak-anak tanya kat cikgu.
Syarat nak masuk IKBN dalam kursus Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan) ini:
Lulus SPM atau setaraf dah boleh mohon dear. 
So apalagi cepatlah memohon UPU hari ini juga. Mohonlah IKBN ya.
Mohon segera hari ini kerana belian no id
 di BSN akan ditutup esok dear.
klik kat sini untuk nak tau lebih lanjut

SENARAI IKBN YANG MENAWARKAN KURSUS 
Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)

Untuk info lanjut, anda boleh layari website http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hospitaliti.html

SYARAT UMUM PERMOHONAN KE IKBN :


  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 - 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  4. Belum berkahwin @ bujang
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon

MAKLUMAT 
  1. Semua kursus dijalankan mengikut persijilan, tahap dan tempoh latihan seperti dinyatakan dalam ruang SIJIL & TAHAP serta TEMPOH KURSUS
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara 'On-Line' sahaja iaitu melalui lama web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
  3. Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi permohonan 'On-Line' di laman web dengan keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir dari IKBN
  4. Keputusan permohonan ke IKBN boleh disemak melalui laman web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
  5. Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di IKBN
  6. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
  7. Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana IKBN seluruh Malaysia
  8. Pemohon juga dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam tempoh iklan disiarkan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  9. Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN
  10. Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga)
  11. Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan adalah termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu


Maklumat Kemasukan ke ILKBS Sesi Julai 2018



Entry blog cikgu sebelum ini:


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen