KONSEP PROGRAM

  • Memberi ruang kepada pelajar untukmempelajari aspek-aspek berkaitan dengan bidang ilmu yang disediakan dalam konteks yang berbeza dari persekitaran sekolah harian.
  • Memupuk minat pelajar untuk lebih mencintai bidang penyelidikan.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman menjalankan penyelidikan di dalam makmal yang berteknologi tinggi.
  • Pelaksanaan kem akan dilaksanakan oleh ahli pengurusan Makmal Tindakan Halal Kolej GENIUS Insan bersama pegawai dari IHRAM dan dibantu oleh Fasilitator yang dilantik dari kalangan pelajar USIM yang dipilih mengikut bidang kepakaran.

PENGISIAN PROGRAM

Pengisian adalah berdasarkan tema yang telah ditentukan dan merangkumi aktiviti seperti berikut :
  1. Pembelajaran tema sains dan teknologi dengan penghayatan melalui ayat-ayat atau surah-surah terpilih.
  2. Memahami, mentafsir dan mengaplikasi ilmu al-Quran dan as Sunnah dalam bidang sains dan teknologi.
  3. Aplikasi kerangka kefahaman perkembangan ilmu dan teknologi semasa.
  4. Pengkayaan peribadi dan sahsiah pelajar melalui penerapan kemahiran komunikasi, sosial, kepimpinan dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
  5. Aktiviti penerokaan kendiri, lawatan ilmiah, penyelidikan dan tugasan projek.

MODUL YANG DITAWARKAN

ModulJumlah Kelas
Halal2
Kimia1
Fizikal1
Mikrobiologi2