Pages - Menu

Pages - Menu

Borang Kaunseling Online Murid SMK Arau PKP 2020 Perangi COVID19

Borang Kaunseling Online Murid Arau PKP 2020 Perangi Covid19




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Buat anak-anak SMK Arau.

Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada Mac 2020 lalu.


 Pada Hari Jumaat, 10 April 2020, Perdana Menteri Malaysia,  Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP terpaksa dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 15 April hingga 28 April.

Susulan itu, bagi menyahut saranan YAB PM Malaysia, yang telah meminta KPM supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau ‘ home based learning’ sepanjang tempoh PKP  sehingga sekolah kembali dibuka, maka Unit Bimbingan SMK Arau menyahut seruan ini.

Jemput melayari dan membaca web blog cikgu; http://cgkaunseling.blogspot.com/?m=0.

Boleh Baca web blog tersebut  untuk mendapatkan info berkaitan kerjaya.

Jika nak tanya apa-apa dalam web blog tu ada google form. Boleh isi dan nanti akan personal ke email Cikgu Asma', Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau.

Buat anak-anak SMK Arau. Situasi terkini berkenaan wabak COVID-19 boleh menyebabkan sesetengah individu terkesan dari segi emosi dan psikologi seperti gangguan tidur, bimbang dan pemakanan. 

Jika anak-anak merasa tertekan, anak-anak boleh menghubungi cikgu secara personal. Jangan takut buat aduan dengan cikgu, jika ada merasa tertekan di rumah. Contohnya ada yang merasa takut tinggal di rumah atas sebab  tertentu, atau masalah  lain, sila laporkan dengan cikgu ya.

 Isikan borang online ini ya anak-anak. Kerahsiaan sesi ini inshaAllah terjamin. 

Kaedah 1; Scan QR Code berikut:



Atau klik link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSexgSiTbAwk4jSnSoVuszF5XmVnEMcbOxx_w4ytJHJBFFQuAw/viewform

Cikgu tunggu sesi anak-anak ya.

Sekian. Terima kasih.

Yang Menjalankan Amanah, 

Puan Asma' Bt Ahmad,
Guru Bimbingan Kaunseling,
SMK Arau, Perlis.
(Kaunselor Berdafar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia)
No Pendaftaran Kaunselor Berdaftar ,KB02164 PA05931 .

#staystrong
#kitamestimenang
#kitajagakita
#kitajagasemua
#prayformalaysia
#prayforfrontliners
#prayforworld
#solidaritikaunselor
#pkpfasa3
#prayformalaysia
#prayforbrunei
#prayforindonesia
#prayforcambodia
#prayforasean
#prayforworld
#prayformakkah😢 
#prayformadinah
#kitajagakita
#kitajagasemua
#stayathome
#thankyoufrontliners
#thankyoukkm

(Borang online ini telah disiarkan pada 28 Mac 2020 dan akan menjadi status utama hingga 14 Mei 2020)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen