Salam Takziah Khairrunisa Azman, Pegawai Psikologi, Hospital Sultan Ismail, Johor meninggal dunia bersama suami dan meninggalkan 2 anak yatim piatu
Pada 10 Mei 2020, satu kemalangan maut di Lebuhraya PLUS, Johor, telah berlaku pada kira-kira pukul 11 malam. Ia telah meragut nyawa Khairrunisa Azman, 34, seorang Pegawai Psikologi, Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu, Johor dan suaminya Herry Mohd Ali, 43. Namun dua anak lelaki mereka terselamat.
Untuk menampung kos pembelajaran mereka, maka di buka Dana Anak Yatim Khairunisa untuk tuan/puan sama-sama membantu.
Derma di https://yayasanhidayah.my/anakyatim.
Dear all,
Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai psikologi HSI yg juga pelajar Master Kaunseling MPPB Khairrunisa Binti Azman telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Senai tadi. Arwah dan suami meninggal di tempat kejadian manakala dua orang anak mereka selamat dan berada di Hospital Kulai.
Mohon doakan untuk arwah dan suami, serta anak2 mereka yang terselamat.
Innalillahi wainna ilaihirojiun..Allahummaghfirlaha warhamha wa'fiha wa'fu'anha, Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.
Semoga Allah permudahkan urusan terakhir Allahyarhamah sekeluarga.. Amiinn..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen