Pages - Menu

Pages - Menu

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011

Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak ini dan selamat sejahtera semua.

Kepada para pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR pada 2010, myraudhatulukhuwah ingin memaklumkan jika pelajar berminat mengambil aliran teknikal dan vokasional, di Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada 2011, bahawa permohonan masih dibuka.

Sila layari website http://esptv.moe.gov.my bagi membuat permohonan secara online.

Pelajar boleh mendapat bantuan Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah anda.

Di sini, myraudhatulukhuwah muatnaik sebahagian makluman tersebut untuk kemudahan pemilik blog ini membuat rujukan.

Permohonan Kemasukan ke sekolah Teknik/  Vokasional 2011


Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Syarat-syarat Umum:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.

  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.

  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).

  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran

  • Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

  • Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.

Rayuan Kemasukan:

  • Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

Kemudahan Asrama:

  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Muat Turun Borang

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:


  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2011 belum dimaklumkan lagi.

Muat Turun Dokumen Panduan

Update pada 3 Disember 2010.


Oleh kerana ada pertanyaan, tentang bilakah keputusan akan keluar.  keputusan ke Sekolah Menengah Teknik Sesi 2011 telah diketahui.


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 telah dibuka bermula 01 Disember 2010 (Rabu) melalui laman webKementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik sini, untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih

30 comments:

  1. saya harap dapat masuk sekolah menengah teknik kuala kangsar

    ReplyDelete
  2. adik Nur,Nur dah isi borang permohonan?
    kalau tidak faham Nur boleh meminta bantuan
    guru bimbingan dan kaunseling di sekolah Nur.

    ReplyDelete
  3. terima kasih ummu...kongsi ni dgn akak.
    akak ada anak form 3...nanti nak bagitau dia minat tak.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kembalai kak mazz
    sudi meninggalkan jejak di teratak Ummu
    salam ukhuwah ya kak

    ReplyDelete
  5. salam,,
    saya sudah isi borang kemasukan ke smt kuala kangsar,tapi tidak dapat.boleh mohon lagi atau tidak ?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Farah,sila buat rayuan ke sekolah yang berkenaan.

    ReplyDelete
  7. slm.. sye x dpt msok skola yg sye mohon..
    boleh mohon sekali lagi kew??
    untuk mohon skola teknik , kita kene
    letak kputusan trial pmr or kputusan pmr yg betul????

    ReplyDelete
  8. adakah semua borang rayuan sama tak kira sekolah ape yang kita pilih?

    ReplyDelete
  9. ya,borang rayuan adalah selaras.

    Rayuan Kemasukan:

    Pemohon boleh membuat semakan terus melalui online di

    Semakan Tawaran Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011

    Borang Rayuan Ke Sekolah Vokasional dan Teknik 2011


    Borang Rayuan Ke Sekolah Vokasional dan Teknik

    Harap maklumat ini membantu

    ReplyDelete
  10. Ada,Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan.

    Borang Rayuan Kemasukan ke SMV/SMT 2011

    Semasa memohon (Tarikh permohonan telah ditutup), keputusan trial diisi dalam borang permohonan.

    ReplyDelete
  11. Maklumat lanjut;

    Panduan Kemasukan ke Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2011.

    Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

    * Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.

    Rayuan Kemasukan:

    * Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

    Kemudahan Asrama:

    * Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

    Muat Turun Borang

    * Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:
    o Borang Kemasukan
    o Borang Rayuan Kemasukan ke SMV/SMT 2011
    * Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

    Muat Turun Dokumen Panduan

    * Panduan Kemasukan
    * Kursus-kursus yang ditawarkan di SMV/SMT 2011
    * Senarai Sekolah

    Untuk semua maklumat di atas, sila klik sini.

    ReplyDelete
  12. saya mohon sekolah teknik dalam borang tapi mcm mana nak tahu keputusannya...???

    ReplyDelete
  13. adakah rayuan untuk ke sekolah vokasional akan diterima jika saya menghantar borang rayuan yang dicetak dari internet,sebab jika ingin ke sekolah vokasional rayuan perlu di buat di sekolahnya sendiri.saya harap akak dapat bantu.

    ReplyDelete
  14. saya membuat permohonan memasuki sekolah vokasional..saya membuat permohonan melalui fax pada 29/12/2010..adakah permohonan saya ini diluluskan..

    ReplyDelete
  15. Syazana, sila hubungi sekolah yang adik pohon.
    hubungi sekolah berkenaan melalui telefon.
    atau jika dekat, terus ke pejabat sekolah berkenaan
    bertanyakan keputusan permohonan adik

    ReplyDelete
  16. bolehkah saya memohon ......jika tarikh permohonan telah di tutup...

    ReplyDelete
  17. saya bercadang untuk menghantar anak sya ke sek. teknik.................bolehkah saya memohon walaupun tarikh telah ditutup.

    ReplyDelete
  18. puan che norhashimah
    terima kasih atas pertanyaan puan,bagaimanapun saya tidak mengetahuinya
    cadangan saya, oleh kerana permohonan ke sekolah teknik telah ditutup,
    sila puan hubungi sekolah teknik berdekatan tempat puan
    bagi mengetahui masih dibuka atau tidak rayuan untuk anak puan

    ReplyDelete
  19. permohonan ke sekolah teknik untuk 2011 telah ditutup.
    adakah anda ada memohon sekolah ini semasa Oktober atau November 2010?
    jika ada, sila hubungi sekolah yang anda pohon.
    p/s; jika di sekolah semasa anda ada ditawarkan aliran teknikal,apa salahnya belajar di sekolah anda sekarang?

    ReplyDelete
  20. ingint ahu adakah sm vokasional akan mengambil pelajar lagi pada pemilihan kedua pd tkh 11/1/2011 selepas kemasukan pertama pada 5/1/2011. saya sudah buat rayuan sampai kini belum ada jawapan. tolong saya begitu amat berminat utrk memasuki sekolah tersebut

    ReplyDelete
  21. kalau buat rayuan melalui online boleh???? tapi macam mana cara nya...????

    ReplyDelete
  22. Anak saudara ada mohon sekolah teknik tapi permohonannya tidak berjaya, rayuan juga telah di buat dan dihantar ke smtkk, bilakah akan diketahui status permohonan rayuan itu. Terima kasih

    ReplyDelete
  23. sy dah buat rayuan untuk kemasukan ke STTJ....dah dpat...tp sy x pergi sbb ade msalah tertentu...masih boleh ker sy uat pemohonan lg????

    ReplyDelete
  24. harap la rayuan untuk ke masukan ke SMV Kajang itu dilulusakan

    ReplyDelete
  25. anda sudah hubungi sekolah tersebut ke?

    ReplyDelete
  26. askum , sye nk bertnye cm ne nk memohon sekolah teknik.. sye dh saerch link kt ats tetapi tidk boley.. boley kah memohon kerana sye belum amek PMR lg.. mcm mne nk memohon ?

    ReplyDelete
  27. salam , saya nak tanya , permohonan sekolah teknik 2012 bila keluar ? harap boleh bantu .

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen