Pages - Menu

Pages - Menu

Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM

Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pelbagai Kerjaya di Malaysia ditawarkan seiring dengan pembangunan ekonomi yang rancak. Apabila tamat saja belajar di sekolah, ramai pelajar mula tercari-cari bidang kerjaya yang sesuai untuk mereka.



 Jika anda salah seorang yang sedang menghadapi dilema memilih kerjaya, apa kata anda mempertimbangkan kerjaya jururawat sebagai pekerjaan anda?


Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan dan bekerjasama dengan pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet. 

 Jururawat sering bertindak sebagai peguam bela pesakit. Itu sebahagian dari tugas umum seorang jururawat.

Para pembaca blog cikgukaunseling yang dihormati. Marilah kita insafi setiap permulaan pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan, biarlah segalanya kerana ALLAH. Samada sebagai petani moden, peladang jaya, nelayan, doktor, polis, tentera, guru, peniaga, usahawan, juruterbang dan sebagainya. 

Maka, begitu jua sebelum memasuki alam pembelajaran bidang kejururawatan, ikhlaskan hati semata mata kerana ALLAH SWT.

Dalam kitab karangan yang bernama Matan Arbain, Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan niat sebagai yang pertama iaitu:

'Dari Amirul Mukminin Umar Al Khatab R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:- Bahawasanya amalan amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Sebelum memulakan langkah pertama, sematkan di dalam diri bahawa pemilihan bidang ini semata mata kerana ALLAH, dan galakan kedua orang tua sebagai asbabnya. 




 


Dirikanlah solat hajat, dan Bersolat istikharah dahulu untuk mendapat keyakinan dari ALLAH bahawa bidang ini yang bersesuaian dengan masa depan adik dan yang terbaik untuk akhirat dan agamamu. InsyaALLAH, jika kita meletakkan ALLAH sebagai yang paling utama, segala urusan kita akan dipermudahkan dunia dan akhirat.

Sebelum memulakan pengajian, sedikit pesanan saya titipkan buat pembaca budiman;

1) Ikhlaskan niat kerana ALLAH
2) Beristikharah sebelum membuat keputusan
3) Ikutilah pengajian Ilmu Islam sebagai asas tambahan ilmu dalam kehidupan.
4) Bersabarlah dan berteguhlah atas setiap cabaran yang diberikan kerana seusngguhnya, ALLAH sedang menyayangi mu ^_^




Pengenalan Kerjaya Jururawat Secara Umum

Bidang kejururawatan ini luas dan dapat dibahagikan kepada empat bidang asas seperti yang diamalkan di negara ini, meliputi:
 
Jururawat kesihatan 
Jururawat perubatan 
Jururawat masyarakat 
Jururawat akademik
 
 Bagi yang berpengalaman dan berkelayakan, mereka akan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Contohnya Ketua jururawat, Penyelia jururawat dan Ketua penyelia jururawat 
 

CARA MOHON JURURAWAT

A.   Mengisi Borang SPA8 ( Kementerian Kesihatan Malaysia)

Isi borang SPA8 yang boleh diperolehi daripada Jabatan Tenaga Rakyat di Wisma Persekutuan yang berhampiran dengan anda. Atau isi borang SPA8i di http://www.spa.gov.my 


kat situ macam-macam jawatan pun ada..untuk yang tidak tahu..
jika minta melalui SPA,kita kerja under Goverment.

bagi yang ingin memohon dalam bidang separa perubatan seperti Jururawat,pegawai farmasi,penolong pegawai perubatan boleh juga memohon disitu.

Rasanya lebih senang.
Borang SPA tu, satu saluran untuk jadi jururawat atau jururawat masyarakat/pergigian/etc di mana-mana institusi kesihatan kelolaan Kementerian Kesihatan (contohnya... hospital awam, klinik ibu dan anak awam, klinik desa, dll.). 


Jika anda belum ada diploma kejururawatan, jangan buang masa apply Jururawat U29... apply yang pelatih dahulu.


Lepas hantar... berdoa...

Mohon juga jika iklan dalam akhbar (selalunya hospital swasta) untuk meninggikan peluang anda untuk diambil (dan mungkin ditaja) untuk menjadi jururawat pelajar.

dibawah adalah deskripsi latihan Jururawat 



Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan:3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)
Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan:

i)Warganegara Malaysia
ii)Umur:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii)Kelayakan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv)Keutamaan:
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

baca lagi disini

nak isi borang,boleh masuk sini


itu untuk jururawat.untuk jawatan-jawatan lain,boleh lihat deskripsi tugas kemudian boleh isi borang dengan cara yang sama





 B. Instituti Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)

B. 1   Universiti Teknologi Mara 

 Program ditawarkan di Fakulti Sains Kesihatan bertempat di Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya dengan syarat kelayakan untuk mengikuti kursus terbuka untuk pelajar dari aliran sastera / sains dengan syarat utama kepujian Bahasa Melayu (BM), Matematik dan salah satu daripada matapelajaran samada Biologi atau Sains Teras (AM) dengan lulus Bahasa Inggeris (BI) 

B.2  Universiti Malaya

Program ditawarkan di bawah Fakulti Perubatan dan Pusat Perubatan dengan syarat kelayakan program kepujian BM, Matematik, BI dan kepada aliran sastera wajib mendapat kepujian Sains Teras (AM) dan bagi aliran sains sekurang-kurangnya lulus salah satu daripada subjek sains berikut iaitu Biologi / Kimia / Fizik.

CONTOH IKLAN KERJAYA JURURAWAT DAN SEPARA PERUBATAN LAIN DI UM:

Iklan Program Diploma
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengikuti latihan berikut:

Nama Program
:
DIPLOMA KEJURURAWATAN
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
DIPLOMA RADIOGRAFI
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengikuti latihan berikut:

Nama Program

DIPLOMA KEJURURAWATAN
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
DIPLOMA RADIOGRAFI


Umur Berumur 18 hingga 30 tahun

Jantina Lelaki dan perempuan

Taraf Perkahwinan
:Bujang sahaja

Tempat Pengajian
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tajaan
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tempoh Program
:
3 Tahun (Sepenuh Masa)

Kelayakan Akademik :
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan satu mata pelajaran lain, SERTA 

Bagi Program (1) memperolehi kepujian bagi mata pelajaran Sains Teras ATAU lulus dalam dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik
Bagi Program (2) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
(d) Bagi Program (3) memperolehi kepujian dalam 2 mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)

Taraf Kesihatan
:
Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Ikatan perjanjian

Calon-calon yang berjaya menamatkan program dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 5 tahun. 


Cara Permohonan : 

Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my atau melalui laman web i http://www.ummc.edu.my.

PERHATIAN  :

 Sila ambil perhatian biasanya permohonan dibuka selepas keputusan SPM Diumumkan. Sekarang belum buka lagi.

Hanya calon yang di senarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.


sumber: www.ummc.edu.my

B.3   Universiti Kebangsaan Malaysia  

Program ditawarkan di Fakulti Perubatan Kampus Cheras di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dengan syarat kelayakan kepujian BM dan sekurang-kurangnya lulus Matematik dan BI. Manakala bagi pelajar aliran sastera diwajibkan mendapat kepujian dalam Sains Teras dan bagi pelajar aliran sains pula perlu lulus salah satu subjek sains berikut iaitu Biologi / Fizik / Kimia

B.4   Universiti Sains Malaysia

 Menawarkan program diploma sepenuh masa dan ditawarkan di Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan. Syarat kelayakan kepujian BM dan sekurang-kurangnya lulus Matematik dan BI. Pelajar aliran sastera diwajibkan mendapat kepujian dalam Sains Teras dan bagi pelajar aliran sains pula perlu lulus salah satu subjek sains samada Biologi / Fizik / Kimia  

 Petikan dari berita Harian 2009:

"Di Hospital Universiti Sains Malaysia contohnya, kehadiran jururawat lelaki di wad perubatan dan surgeri, unit kecemasan, dewan bedah menambahkan warna-warni suasana perawatan di hospital. 

Mereka menunjukkan mutu kerja yang baik dan tidak sedikitpun menampakkan kejanggalan sama ada dari segi perawakan, perwatakan atau mutu perkhidmatan. 

Dengan tidak menafikan sumbangan yang selama ini ditaburkan wanita dalam memartabatkan profesion kejururawatan negara, menjadi jururawat lelaki adalah suatu yang harus dipandang mulia bagi mereka yang memikirkan tanggungjawab bahawa pesakit lelaki lebih aula dijaga dan dirawat oleh jururawat lelaki. 

Ruang dan peluang memang terbuka luas bagi mereka yang mencarinya. Di negara ini, pendidikan dalam bidang kejururawatan tidak hanya terhad kepada tempat di institusi pengajian tinggi awam. 

Institusi swasta juga banyak membuka tempat kerana menyedari keperluan yang meningkat dalam kerjaya itu.

Bagi ibu bapa yang anak lelaki menunjukkan minat dalam bidang perawatan, kerjaya sebagai jururawat harus diletakkan dalam senarai pilihan. Tambahan pula, dengan peluang melanjutkan pengajian yang sentiasa terbuka, mereka yang berminat seharusnya disokong untuk terus melanjutkan lagi pengajian dalam bidang kejururawatan, bukan saja ke peringkat diploma atau ijazah bahkan sehingga ke peringkat sarjana, malah doktor falsafah (PhD)."



Sementara itu, terdapat juga IPTA yang memperkenalkan kursus kejururawatan di peringkat sarjana muda. Antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ini, calon perlulah mempunyai kelayakan Diploma Kejururawatan.


Bagi kelayakan peringkat sarjana muda antaranya di UNIMAS dan USM calon lepasan STPM boleh memohon dengan syarat lulus STPM aliran sains serta mendapat purata nilai gred kumulatif  3.5. Sementara UPM mengambil calon-calon yang memiliki diploma yang bersesuaian atau yang berkhidmat sebagai jururawat atau pembantu perubatan. Demikian juga, calon juga perlu lulus SPM, memiliki Sijil atau Diploma Kejururawatan serta pengalaman kerja dalam bidang kesihatan. Pengalaman kerja setahun bagi pemegang diploma dan lima tahun bagi pemegang sijil. 


Selain itu, kolej-kolej kejururawatan di HUSM, HUKM, PPUM, IJN dan swasta akan mengiklankan pengambilan diploma jururawat di dalam surat khabar sekitar bulan September.

Iklan ini akan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan The Sun. Di samping itu, anda disarankan membeli surat khabar Mingguan Malaysia, Berita Minggu pada setiap hari Ahad dan The Star pada setiap hari Sabtu. Pada masa yang sama juga, kita bolehlah mendapatkan borang SPA 8 di Jabatan Tenaga Manusia atau JTM, ataupun dengan mengisi borang secara online  
RAHSIA DAPAT KERJA JURURAWAT


Mari Saya Bocorkan Rahsia Sebenar Bagaimana Anda atau Sesiapa Sahaja Boleh Mula Bekerja Sebagai JURURAWAT Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel!”
 
(Tak kiralah anda nak jadi JURURAWAT Kerajaan atau Swasta...)

“Rahsia ini adalah panduan sebenar yang ditulis oleh seorang
penjawat awam dalam Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri! 100% dijamin, inilah panduan kerjaya Jururawat yang
terbaik di Malaysia!” 


Boleh dikatakan, hari demi hari, makin banyak hospital kerajaan yang dibina bagi menampung jumlah pesakit yang kian ramai mengikut pertambahan penduduk di Malaysia. Bayangkan di sesebuah hospital, amat ramai jururawat yang diperlukan bagi memberi rawatan. Berbeza dengan profesion lain, yang hanya diperlukan sejumlah kecil di sesebuah hospital.

Salam hormat pembaca yang budiman,

    Saban hari, banyak persoalan yang sering menjadi tanda tanya buat mereka yang ingin mula menceburi sesuatu bidang kerjaya. Ada antara pelajar yang mendapat bimbingan kerjaya daripada guru, ibu bapa, adik-beradik dan tak kurang juga daripada sahabat handai sendiri. Mereka biasanya tidak memahami cara sebenar untuk memilih aliran atau jurusan yang sesuai untuk dirinya.

    Tidak kurang juga, ada pelajar yang langsung tidak mendapat bimbingan keluarga atau guru dan berada dalam dilema untuk memilih jurusan atau kerjaya yang sesuai. Dan yang lebih parahnya, ramai juga tidak faham dan tidak tahu-menahu CARA SEBENAR MEMOHON sesuatu pengajian dan MAKLUMAT  TERKINI YANG LENGKAP!

    Oleh itu, menjadi satu perkara yang penting bagi pelajar untuk mengenalpasti bidang yang mereka minati serta CARA PERMOHONAN dan MAKLUMAT TERKINI mengenai bidang kerjaya yang dipohon nanti. Pelajar harus berfikir panjang dan membuat keputusan yang betul agar mereka tidak menyesal pada kemudian hari.

    Sebagai contoh yang paling mendapat permintaan sekarang ialah kerjaya Jururawat. Walaupun anda rasa anda telah lulus dengan cemerlang, tapi adakah anda rasa yang anda akan layak dan berjaya daripada ratusan ribu yang memohon menjadi Jururawat sedangkan anda tidak membuat sebarang persediaan??

    Sudah tentu persaingan amat sengit untuk anda merebut hanya satu tempat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Tak percaya??



Namun, disebabkan bilangan calon lepasan SPM adalah terlalu ramai dan kuota untuk kerjaya JURURAWAT yang ditawarkan amat terhad, maka kebarangkalian calon untuk berjaya dalam permohonan kerjaya JURURAWAT adalah amat tipis.

Jadi, jangan biarkan orang lain mengambil hak anda. Anda sebenarnya mempunyai kelayakan untuk mengikuti apa jenis kerjaya! Usahalah untuk buat persediaan sekarang!


Adakah anda begini??
Renungkanlah....


Anda seringkali berasa keliru tentang masa depan pembelajaran anda untuk tahun 2013 ini?
Bagaimana cara memohon kerjaya JURURAWAT ini?
Apakah cara untuk melakukan persediaan bidang kerjaya?
Adakah minat anda pada sesuatu jurusan atau kerjaya itu bertepatan dengan keupayaan anda di dalam bidang akademik?
Anda tercari-cari panduan untuk kerjaya JURURAWAT yang TERKINI tetapi masih tidak menjumpainya....
Sentiasa tidak berjaya dalam permohonan kerjaya?
Anda tak tahu bagaimana nak membuat permohonan kerjaya JURURAWAT?
Anda tak tahu bagaimana prosedur pemilihan dijalankan?
Anda tak faham cara untuk memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk menceburi kerjaya yang anda idam-idamkan??
Anda tercari-cari siapa yang patut ditanya mengenai maklumat kerjaya 24 jam sehari?
Dan pelbagai lagi masalah yang terlampau banyak..


Dan bermacam-macam persoalan lagi yang akan timbul, antaranya..


Apakah kerjaya JURURAWAT ini sebenarnya, anda kurang faham?
Bagaimana anda hendak mula menjadi seorang JURURAWAT ini?
Anda tiada idea, apa yang boleh anda buat persediaan sekarang?
Bagaimana untuk anda ketahui kerjaya ini amat menyeronokkan?
Bagaimana untuk menarik penemuduga untuk memilih anda untuk layak?
Bolehkah anda bersaing dengan orang ramai lain yang turut memohon?
Anda bukan lulusan kerajaan, boleh ke anda memohon JURURAWAT ini?



Bagaimana, bagaimana, dan bagaimana nak jadi JURURAWAT ini?? 
 














48 comments:

  1. Slm..sy azima..nk tye ad x jururawat yg tdkk mmrlukn lulus mt kpjian..sbb mt sy D..Yg len sy ok..

    ReplyDelete
  2. eyra said...

    thanks for the info :D

    March 10, 2013 at 8:16 PM
    Delete

    terima kasih juga kepada eyra sudi datang meninggalkan komen di blog ini. :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous said...

    Slm..sy azima..nk tye ad x jururawat yg tdkk mmrlukn lulus mt kpjian..sbb mt sy D..Yg len sy ok..

    April 14, 2013 at 9:28 PM

    waalaikumussalam azima
    setahu saya bidang ini memerlukan kredit dlam matah mod.

    cuba anda lihat kursus nursing di PICOMS under Pusrawi?

    ReplyDelete
  4. salam saya zie .. saya nak tnya klau kta gagal bi dlm spm adakah masi mempunyi pluang utk mnjdi jururawat.. jika tidak adakah saya wajib mengulangi krtas bi itu smula ..

    ReplyDelete
  5. wslm Zie, elok ambil semula BI bagi dapat sekurangnya C

    ReplyDelete
  6. salam,,sy minat kerjaye jururawat nii,,dan spm baru-baru nii,sy mendapat 8kredit,adekah sy layak mohon utk kerjaya nii? dan sy keliru perlukah kerjaye ini mermelukan basic bio,atau fizik?? mcm mane klau sy takde basic tuu,,sy msihh layak mohon ke?

    ReplyDelete
  7. wslm, Abdullah juliana
    anda layak mohon nursing wpun xde bio, fizik @ kimia aalkan sains asas mesti sekurangnya B ATAU C Bergantung kpd institusi mana yang anda mohon.

    antara kolej swasta yg tawarkan course nursing ialah PICOMS.

    ReplyDelete
  8. salam saya nk tanya kalau bi saya D tak cukup lepas syarat ke.....

    ReplyDelete
  9. wslm utk ke kkm, tak lepas. utk kolej swasta sperti PICOMS-Pusrawi lepas . better ulang paper bi, dptkan credit bi, lagi baik.

    ReplyDelete
  10. salam... saye minat kerjaya jururawat ni.. adakah saye dpt jadi jururawat sekiranya paper bio,fizik dan kimia
    D.. tapi saye xde sains asas... jdi perlukh saye ulang sekurang-kurangnya bio kredit

    ReplyDelete
  11. salam... saye minat kerjaya jururawat ni.. adakah saye dpt jadi jururawat sekiranya paper bio,fizik dan kimia
    D.. tapi saye xde sains asas... jdi perlukh saye ulang sekurang-kurangnya bio kredit

    ReplyDelete
  12. salam... saye minat kerjaya jururawat ni.. adakah saye dpt jadi jururawat sekiranya paper bio,fizik dan kimia
    D.. tapi saye xde sains asas... jdi perlukh saye ulang sekurang-kurangnya bio kredit

    ReplyDelete
  13. atas nasib lah. sy IV buln 5 ary tuh. BI sy D tp sy lulus IV tuh. tp sy dpt 4 A . english je D. xsalah mencuba. TP MAKESURE MATH N SC credit.

    ReplyDelete
  14. asalam , tumpang tanya , adakah boleh kalau nk jdi jururawat tanpa ambil sains tulen , hanya sains asa sahaja ?

    ReplyDelete
  15. salam....saye minat dalam bidang kejururawatan ,,tapi maybe bukan rezeki saye ....
    tahun mac 2012 saye pernah dipanggil spa tuk temuduga bagi jawatan jururawat masyarakat ,,hampa...hanya jadi calon simpanan ,,tempoh simpanan pun dah tamat....sekarang still lagi menunggu..tak tahu sampai bile ..masih ade harapan x ???
    saye x puas hati sebab kenape orang yang ade family latarbelakang jururawat kerajaan di utamakan tuk mengikuti latihan selama 3 tahun...dah terbukti orang-2 kat tempat tinggal saye ,,semua yang ade sejarah jururawat atau masih lagi berkhidmat sebagai jururawat senang tuk di serap masuk walaupun keputusan x la begitu baik.......memang tak adil
    help me .... tensionnnnn
    my email chikeira@gmail.com

    ReplyDelete
  16. salam.....saye minat dengan kerjaya jururawat ... tapi maybe xde rezeki ....mac 2012 saye pernah di panggil spa untuk temuduga jururawat tapi hampa.....hanya jadi calon simpanan,,tempoh simpanan pon dah tamat...sedih ,,, nak buat macam mane ,, masuh ase harapan lagi tak ???
    yang saye tak puas hati ,,kenapa orang yang ade sejarah keluarga yang berkhidmat sebagai jururawat kerajaan di utamakan ????dah terbukti orang-2 kat tempat tinggal saye ,, ahli keluarga yang jadi jururawat senang je di serap masuk tuk jalani latihan selama 3 tahun ...walaupun result tak la begitu baik ..mesti ke kena ade orang dalam baru berjaye .??tak berkat name nye tu...memang tak adil... macam mane pulak nasib orang-2 macam kami ...
    satu lagi kes ,,jenis yang tak minat dengan jururawat ,,tapi sebuk nak mohon ,then bile dah dapat,,abaikan je,,diaorang anggap kerjaya ni tak la tinggi mane ,,, saye tertekan ...kenape saye tak mkohon kolej swasta ?? memang x la ...sebab saye memang nak berkhidmat dengan kerajaan .... help me ,,, :(
    kalau ade info ,,email saye di
    chikeira@gmail.com
    terima kasih ,,,,tumpang lalu

    ReplyDelete
  17. salam.....saye minat dengan kerjaya jururawat ... tapi maybe xde rezeki ....mac 2012 saye pernah di panggil spa untuk temuduga jururawat tapi hampa.....hanya jadi calon simpanan,,tempoh simpanan pon dah tamat...sedih ,,, nak buat macam mane ,, masuh ase harapan lagi tak ???
    yang saye tak puas hati ,,kenapa orang yang ade sejarah keluarga yang berkhidmat sebagai jururawat kerajaan di utamakan ????dah terbukti orang-2 kat tempat tinggal saye ,, ahli keluarga yang jadi jururawat senang je di serap masuk tuk jalani latihan selama 3 tahun ...walaupun result tak la begitu baik ..mesti ke kena ade orang dalam baru berjaye .??tak berkat name nye tu...memang tak adil... macam mane pulak nasib orang-2 macam kami ...
    satu lagi kes ,,jenis yang tak minat dengan jururawat ,,tapi sebuk nak mohon ,then bile dah dapat,,abaikan je,,diaorang anggap kerjaya ni tak la tinggi mane ,,, saye tertekan ...kenape saye tak mkohon kolej swasta ?? memang x la ...sebab saye memang nak berkhidmat dengan kerajaan .... help me ,,, :(
    kalau ade info ,,email saye di
    chikeira@gmail.com
    terima kasih ,,,,tumpang lalu

    ReplyDelete
  18. salam.....saye minat dengan kerjaya jururawat ... tapi maybe xde rezeki ....mac 2012 saye pernah di panggil spa untuk temuduga jururawat tapi hampa.....hanya jadi calon simpanan,,tempoh simpanan pon dah tamat...sedih ,,, nak buat macam mane ,, masuh ase harapan lagi tak ???
    yang saye tak puas hati ,,kenapa orang yang ade sejarah keluarga yang berkhidmat sebagai jururawat kerajaan di utamakan ????dah terbukti orang-2 kat tempat tinggal saye ,, ahli keluarga yang jadi jururawat senang je di serap masuk tuk jalani latihan selama 3 tahun ...walaupun result tak la begitu baik ..mesti ke kena ade orang dalam baru berjaye .??tak berkat name nye tu...memang tak adil... macam mane pulak nasib orang-2 macam kami ...
    satu lagi kes ,,jenis yang tak minat dengan jururawat ,,tapi sebuk nak mohon ,then bile dah dapat,,abaikan je,,diaorang anggap kerjaya ni tak la tinggi mane ,,, saye tertekan ...kenape saye tak mkohon kolej swasta ?? memang x la ...sebab saye memang nak berkhidmat dengan kerajaan .... help me ,,, :(
    kalau ade info ,,email saye di
    chikeira@gmail.com
    terima kasih ,,,,tumpang lalu

    ReplyDelete
  19. salam.....saye minat dengan kerjaya jururawat ... tapi maybe xde rezeki ....mac 2012 saye pernah di panggil spa untuk temuduga jururawat tapi hampa.....hanya jadi calon simpanan,,tempoh simpanan pon dah tamat...sedih ,,, nak buat macam mane ,, masuh ase harapan lagi tak ???
    yang saye tak puas hati ,,kenapa orang yang ade sejarah keluarga yang berkhidmat sebagai jururawat kerajaan di utamakan ????dah terbukti orang-2 kat tempat tinggal saye ,, ahli keluarga yang jadi jururawat senang je di serap masuk tuk jalani latihan selama 3 tahun ...walaupun result tak la begitu baik ..mesti ke kena ade orang dalam baru berjaye .??tak berkat name nye tu...memang tak adil... macam mane pulak nasib orang-2 macam kami ...
    satu lagi kes ,,jenis yang tak minat dengan jururawat ,,tapi sebuk nak mohon ,then bile dah dapat,,abaikan je,,diaorang anggap kerjaya ni tak la tinggi mane ,,, saye tertekan ...kenape saye tak mkohon kolej swasta ?? memang x la ...sebab saye memang nak berkhidmat dengan kerajaan .... help me ,,, :(
    kalau ade info ,,email saye di
    chikeira@gmail.com
    terima kasih ,,,,tumpang lalu

    ReplyDelete
  20. salam...saya nak tanye dan minta pendapat...adik saya x dpt amik SPM kerana ada masalah yang tidak dapat dielakan...sekrg setakat PMR sahaja kelulusannya...apakah halatuju untuk beliau sambung belajar?..saya ada semak ke Giat MARA..kalau sambung kat situ memang xbole amik Diploma coz tiada SPM...betul ker? perlukah adik saya ambil SPM lagi, sebab katanya tidak berminat lagi...saya jadi buntu utk membantu dia...tolong bagi pendpt yer...tqvm dan syor2 utk die sambung belajar kemana? TQVM AGAIN...

    ReplyDelete
  21. wslam eiyatun, cubalah mohon lagi di spa, persaingan memang sengit dik tapi kalau Allah dah tentukan rezeki kita dapat, akhirnya dapatlah.
    alternatif kedua cubalah adik mohon kursus keujururawatan di PICOMS under Pusrawi Baiyulmal Kuala Lumpur. atau kolej under KPJ HEALTHCARE.
    Kerja kerajaan atau swasta tidak penting dik yg penting kita minat bidang tu dan yg utama ia halal.Akak pernah nampak seorang staf nurse yg kerja di hospital swasta dapat kerja di hospital kerajaan. yg penting adik futher study di kolej yg kursus diiktiraf oleh mqa dan lemabag jururawat

    ReplyDelete
  22. Anonymous Anonymous said...

    asalam , tumpang tanya , adakah boleh kalau nk jdi jururawat tanpa ambil sains tulen , hanya sains asa sahaja ?

    salam tanpa nama;
    kalau tak ambik sains tulen pastikan sains asas anda perlehi B paling kurang,BI, MATH credit. Untuk ke IPTA AWAM AT LEAST 5 KREDIT DGN BI, BM, MATH SAINS SEJARAH BM dapat result cemerlang

    ReplyDelete
  23. salam ramadhan noris mansor
    laluan selepas GIATMARA, pelajar boleh futher study bidang SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA di IKM atau mana2 IPT yang ada SKM Program. kalau ke IKM slepas GiatMara pun tak ape, sebab lepas IKM, boleh ke KKTM. mungkin perjalanan agak panjang tapi jika itu laluan yang meberikan kebahagiaan kpd kita, apa salahnya.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum..
    saya sangatlah berminat dalam kerjaya jururawat ni...tetapi saya masuk aliran prinsip perakaunan...bolehkah saya menjadi jururawat?

    ReplyDelete
  25. Anonymous said...

    Assalamualaikum..
    saya sangatlah berminat dalam kerjaya jururawat ni...tetapi saya masuk aliran prinsip perakaunan...bolehkah saya menjadi jururawat?

    September 1, 2013 at 9:41 PM
    Delete
    waalaikumussalam boleh dgn syarat kredit sains teras,math,bi..

    ReplyDelete
  26. Asalamualaikum ,sy nak tnya ,rmai kata y sy dgr graduan kolej swasta bhgian perubatan susah dpt keje ,c0urse MA,nursing,fisioterapi susah nq dpt keje if kt hosp swasta nq kna ada pgalaman keje 5thun dlm bdang bkaitan ,sy mh0n pjelasan ,,tq ,

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum.. boleh sy tahu tak kerjaya nurse ni kbiasaannya kerja brapa jam shari? dan bolehkah kaum lelaki mnceburi bidang ni? sy lelaki dan brminat utk mnjadi nurse..

    ReplyDelete
  28. kerja utk 2014 bla akan d buka .

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum,saya nak tanya, saya telah membuat semakan spa8, tapi tidak melepasi syarat spa sedangkan akademik saya sesuai dengan syarat.. kenapa ye? mengharapkan penjelasan.. mohon sangat-sangat..

    ReplyDelete
  30. Salam ,Kite dapat surat tawaran pengambilan khas ipt dalam bidang sains patut ke saye pergyy ? dia menggunakan Sijil percubaan SPM .

    ReplyDelete
  31. salam saye dapat tawaran dari unit pengambilan khas ipt ,patut ke saye prgy untuk temuduga ,? dia hanya nakkan sijil percubaan SPM .minta pendapat .

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum, saya minat dalam bidang kejururawatan..jadi saya nak smbung belajar menjadi jururawat masyarakat di SPA... kalau ikut SPM tahun nyhh wajib lulus BM dan SEJ..kalau BM lulus tetapi SEJ gagal dikira tak dapatla sijil SPM tuh..jadii..layak tak untuk smbung belajar untuk menjadi jururawat masyarakat di SPA??

    ReplyDelete
  33. salam..saya lpasan STPM..adakah saya boleh apply nurse dgn kptsan STPM?

    ReplyDelete
  34. salam..saya lepasan STPM..adakah sya boleh apply nurse dgn kptusan STPM?

    ReplyDelete
  35. salam,adakah saya dapat jadi jururawat sekiranya paper bio,kimia,dan fizik, saya mendapat D sahaja?

    ReplyDelete
  36. salam.....umm tumpang tanya..klayakan untk memohon spa8 brapa ye??...sya sdih sngat..spm sya cuma 5 kredit..sya teringin sngat nk jdi jururawat...sya da cuba yg terbaik,tpi nie la yg sy dpt...kalau sya d beri pluang sy gunakn pluang itu sebaik mungkin,,...bnyk twaran kolej sy dpt...tpi sy x berminat dngn swasta,sy ingn brbkti dngn krajaan...

    ReplyDelete
  37. salam, sye ieyka..sye nk tnye nie an.. klau sye x dpt bi crdit still ada hrpn ke nk jdi nurse.. ?

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum, saya nak tanye.kalau result fizik saya je credit, bio dan kimia hanya lulus sahaja. sy ade peluang ke agak2 nya? :)

    ReplyDelete
  39. salam...sya mdpt bi B+..mate B+ ..bm A...rp bio ..fzik..kimia sya dpt gred D je..adkah sya bpeluang memohon jururawat?

    ReplyDelete
  40. DEAR CIKGU KAUNSELING :
    DISINI SAYA INGIN MEMBUAT PEMBETULAN DARI SEGI FAKTA YANG DIBERI DALAM BLOG INI. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, PEGAWAI FARMASI ADALAH KUMPULAN PROFESIONAL DAN UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI SESEORANG ITU PERLU MEMPUNYAI IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI SAMA SEPERTI DOKTOR DAN DOKTOR GIGI. GRED JAWATAN PERMULAAN PEGAWAI FARMASI ADALAH U41. PEGAWAI FARMASI ADALAH BUKANNYA KUMPULAN SEPARA PERUBATAN SEPERTI JURURAWAT DAN MA.PENOLONG PEGAWAI FARMASI/PEMBANTU FARMASI YANG SEBENARNYA DALAM KUMPULAN SEPARA PERUBATAN.HARAP MAKLUM

    ReplyDelete
  41. Dear cikgu kaunseling
    Saya ingin membuat satu pembetulan ye..PEGAWAI FARMASI adalah kumpulan professional bukannnya kumpulan separa perubatan seperti jururawat dan MA. untuk menjadi seorang PEGAWAI FARMASI seseorang itu perlu mempunyai ijazah sarjana muda farmasi. Sepertimana doctor, PEGAWAI FARMASI juga mempunyai pembantu iaitu dikenali sebagai pembantu farmasi/penolobg pegawai farmasi. Pembantu farmasi/penolong pegawai farmasi adalah sebenarnya dalam kumpulan separa perubatan. Harap maklum

    ReplyDelete
  42. Dear cikgu kaunseling
    Saya ingin membuat satu pembetulan ye..PEGAWAI FARMASI adalah kumpulan professional bukannnya kumpulan separa perubatan seperti jururawat dan MA. untuk menjadi seorang PEGAWAI FARMASI seseorang itu perlu mempunyai ijazah sarjana muda farmasi. Sepertimana doctor, PEGAWAI FARMASI juga mempunyai pembantu iaitu dikenali sebagai pembantu farmasi/penolobg pegawai farmasi. Pembantu farmasi/penolong pegawai farmasi adalah sebenarnya dalam kumpulan separa perubatan. Harap maklum

    ReplyDelete
  43. salam...nk tnye ade org kate klu x de sijil darjah khas x leh keje under johor...btoll ke?

    ReplyDelete
  44. kalau nk smbung degree in nursing kat oversea mcm mne erk blh x? teringin jugak...mcm ade kwn sye dy ambik tesl degree under UTM best betol....dh 2 3 kali g oversea tok satu sem tuh..

    ReplyDelete
  45. Anon tqvm atas info anda.
    Mana2 pihak jika hendak menambah fakta sangat dialukan krn kekangan masa saya utk menulis panjang lebar ttg sesuatu skop kerjaya dll.

    ReplyDelete
  46. saya ambik pengajian elektrik masa spm. tkda sains dan bio. cuma phy dgn chemist. boleh ka mohon spa jururawat ni ?

    ReplyDelete
  47. Salam ... Saya nk tnya . saya ni,minat sangat dengan jururawat ... Dari sek,rendah,sehingga menengah,saya selalu,follow persatuan bulan sabit merah dan selalu mengikuti program2 yang,di anjur .. Tetapi,disebalik itu result spm saya tidak memuaskan untuk meminta ...mcm mana ye ?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen