Pages - Menu

Pages - Menu

Petua Kejayaan Pelajar terbaik STPM Terengganu 2011

Petua Kejayaan Pelajar terbaik STPM Terengganu 2011


BESUT — Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini.



Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.

Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.

SUMBER BERNAMA DAN KOSMO DI SINI




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen