Bakul Istimewa; Kraftangan Ibu
Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.
Kraftangan yang dihasilkan oleh ibu kami. Ibu belajar membuat produk kraf ini daripada sebuah program pembangunan desa di Felda kami ini. Melihat saya tercangak-cangak mencari hasil krafnya, ibu segera mengumpulkannya dan diberinya kepada saya.
Sebelum ini saya lihat ada banyak. Rupanya ibu sudah beri pada jiran yang akan mengadakan kenduri kahwin. Terima kasih ibu sebab tahu hobi anakmu ini yang suka mengambil gambar. :).
Ibu membuat kraf ini apabila ada tempahan dari jiran dan kawan-kawan kami. Baru-baru ini, kawan adik pun menempah bakul hantaran untuk majlis perkahwinannya dari kraf seumpama ini. Selain itu, ibu juga membuat bakul kecil.
Jika kita menghadiri majlis kenduri perkahwinan, sesetengah keluarga masih mengamalkan tradisi buah tangan telur ayam kampung kepada tetamu yang hadir. Kraftangan ini Ibu hasilkan kerana hobi dan mengisi masa lapangnya. Katanya, sekuarangnya ada kerja yang dapat ibu buat. Maklum,anak-anak pun sudah 'lepas' belaka.
Alhamdulillah, bagi saya kemahiran kraftangan seumpama ini adalah ilmu kemahiran hidup yang dapat membantu ekonomi sara hidup penduduk setempat.
Apabila kita tebat dengan pelbagai kemahiran hidup, pasti duania ini tidak kita terasa sempit. Sungguh luas rezeki halal yang Allah berikan untuk para hambaNya.
p/s: Kalau ada yang berminat nak buat tempahan kraf ini,silalah beritau ya. :)
cantik dan kemas... lady pernah belajar juga cara buat bakul ni tapi skrg dah lupa hehe
ReplyDeletewahh.cantik la ummu bakul yg ibu ummu wat tu.
ReplyDeleteterisi gak masa ibu kan,anak2 da besar.
salam ummu
ReplyDeletemakin cantik blog ni
canti2 bakul-bakul ni juga
salam ummu..rajinnya emak ummu n pandai pula tu membuat kraf tangan..makcik memang tak pandai langsung kerja2 berseni ni..hehe..cantik bakul kecil2 n..
ReplyDeleteSalam..:)
ReplyDeleteHebat ibu sis..:)
Pekerjaan yang murni
salam kak mas...
ReplyDeletewah, cantik2 & kreatif laa ibu akak buat...
sy penah belajar buat, pastu malas nak buat trus jdi lupe...
ade kawan sy buat sendiri bekas telur 6 bulan sblum dia kawin...dia buat 2000 bekas...
tekun sungguh org yg kreatif ni kan...
menarik, kalo sorang yg kreatif mmg sy percaya selain ni pun dia bleh buat kan..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteKemahiran merupakan anugerah Allah kpd seseorg. Tak semua org boleh buat kerja2 seni terutama kraftangan.. Kalau saya dh jadi keras tangan la, walaupun saya adalah guru kemahiran hidup!
bakul tu dibuat dari kertas suratkhabar kan? hehe...
ReplyDeletecantiknya! pandai ibu buat bakul tu
ReplyDeletep/s: jemput ambil 'gorgeous blogger award' kat blog sy ye :)
Ya, Sya. habis dah akhbar lama kat rumah ni ibu ambil. Hu hu
ReplyDeleteTerima kasih sis nadia, nanti saya ambil ya.:)
ReplyDeletewaalaikumussalam White Rose
ReplyDeleteYa Allah,rajinnya kawan Rose tu..
kalau akak,memang tak terbuat lah.keras tangan hi hi
Waalaikumussalam sis shaniza
ReplyDeleteBetul tu sis.Dulu masa sekolah,untuk menyiapkan projek PMR,saya sampai menangis
sebab memang saya tak tahu untuk menjahit.
waalaikumussalam Bro,beginlah rutin hidup di desa. Ilmu tebat diri sebegini membolehkan mereka mencari sesuap rezeki halal.
ReplyDeletebetul,Maiyah.lagipun ibu memang minat dalam bidang ini.Mungkin persekitaran ibu dibesarkan begitu.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Bro Zul.alhamdulillah.beginilah kehidupan di desa, bro.
ReplyDeletewaalaikumussalam Makcik Yam. Emak memang suka bab kerja tangan ni makcik.Lagipun dari kecil, mak dah diajar kemahiran seumpama ini.Tapi,saya tak reti buat semua ni.:)
ReplyDeleteOK juga tu Lady dah pernah buat. Saya buat asyik tak jadi je. hu hu.:)
ReplyDeletebetul Sis Ashra.anak2 dah besar,inilah masanya untukk membuat perkara yang disukainya.Terima kasih singgah sini, sis.:)
ReplyDeletebuat daripada suratkabo ke rotan ni... nampak menarik.
ReplyDeleteDaripada surat khabar, Bro. Rotan susah nak cari sekarang ni.
ReplyDeleteseronokkan bila pndai mmbuat sesuatu kraftangan...nak2 dpt tempahan. lagi rasa bangga sbb hasil kita di hargai dan di minati.
ReplyDeletek.zue pndai gulungkan kertasnya aje...x tahan bau cat.
Betul kak Zue,saya pun tak tahan bau cat. tapi lama-lama bila dah biaa tolong ibu, saya dah biasa.
ReplyDeleteSalam Ummu,
ReplyDeletekreatif, comel dan cantik. rajin ibu ummu buat kraftangan ye.
waalaikumussalam Eyta. Hobi ibu pada amsa lapang, Eyta, kita anak2 sokong je lah kan.:)
ReplyDeleteTQ Ummu kerana sudi datang meninggalkan bicara di blog saya..
ReplyDeletecantik bakul2 nih. Kalau rajin,byk cara boleh cari pendapatan..Buat dari kertas kan..? guna cat apa yer..?
Betul tu sis, ia memang diperbuat dari kertas surat khabar.
ReplyDeleteIbu cat guna calet je.