Pages - Menu

Pages - Menu

Terima Kasih Cikgu Hari Guru 2010

Terima Kasih Cikgu Hari Guru 2010

 

Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.

Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu saya. Selamat hari guru kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia, terutama kepada kawan-kawan semua,samada kawan-kawan cikgu di alam realiti dan di alam maya ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin memberi kad di atas kepada semua kawan-kawan pendidik  seperti Sis Liza, Sis Nura, Kak Werdah, Puan Meriam, Sis White Rose, Sis Athirah, Puan Kartini, Anakkhas, Kak Da, Kak Shima, Sis Achik, Kak NZA, Sis Syasir, Sis Shafida, sis Ros Illyun, Sis Zultie, Cikgu adham, Sis Ibuaiman, Bro Damainx, Cikgu Humairi dan semua kawan-kawan pendidik terutama pada link myraudhatulukhuwah ini, klik sini.


SMS  Hari Guru yang Bermadah Indah


Beberapa SMS yang diterima, cukup bermadah indah. Terima kasih kawan-kawan atas ingatan.. OK,jom kita tengok madah indah kawan-kawan saya ini:

  • Yang menghafaz itu guru sejarah, yang cakap berbunga itu guru sastera, teratur ayatnya guru BM, sihat orangnya guru PJ, sopan orangnya guru Sivik, warak orangnya guru PI, pelik orangnya guru PS, tak pernah marah guru kaunseling, smart orangnya guru BI, banyak klaimnya guru SBT, relex orangnya guru pool, yang suka meniru tu guru, power cakapnya GB. Guru Pembina Negara Bangsa... Selamat Hari Guru



  • Guru... dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru - Selamat Hari Guru



  • Guru umpama NTV7 kerana "CERIA SELALU...", Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana "MENJADI INSPIRASI HIDUPKU..." yang pasti guru juga bagaikan NT9 kerana "DEKAT DI HATI" dan yang paling penting guru juga bagaikan ASTRO kerana "MACAM-MACAM ADA" oleh itu "SELAMAT HARI GURU"




  • "Amanah Yang Diberi, Kami Tak Persiakan. Apa Yang Kami Janji, Tunai tetap kami tunaikan. Guru Pembina Negara Bangsa. Selamat Hari Guru.



  • Ada juga ucapan, "Terima kasih atas ingatan ini".


Ingatan Beharga


Bagi saya, Yang paling berkesan di jiwa saya apabila mendapat SMS daripada seorang anak gadis yang kini telah berjaya bangkit dari trauma. Gadis ini  telah melalui pemergian allahyarham ayah dalam tragedi menyayat hati semasa bakal menduduki SPM. Trauma yang dialaminya bukan sedikit. sebagai anak sulong dan ibu pula tidak bekerja, membuatkan gadis ini perlu dibantu.

Sesiapa yang pernah menghadapi situasi seseorang yang trauma kehilangan individu tersayang dalam sebuah tragedi, pasti akan tahu perit getir bagi membantu individu berkenaan tidak "patah Hati".

Walaupun ringkas dari gadis ini, "Terima kasih cikgu atas ........, " ia sukar digambarkan dengan kata-kata...Gembira di hati ini apabila mengetahui gadis ini sudah berjaya menempatkan diri dalam pengajian yang lebih tinggi. Bersyukur kerana dia telah menjadi pemudi tiang negara.

Ringkas SMS gadis ini namun bermakna bagi saya.

PUISI: GURU OH GURU

Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

23 comments:

  1. salam..

    Guru adalah pendidik,tanpa mereka siapalah kita,selamat hari guru.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari Guru..
    Jasa guru sentiasa dikenang sepanjang hayat..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Selamat hari Guru..

    Moga Allah anugerahkan cikgu keberkatan dan kesihatan yang berpanjangan dalam menjalankan tugas seharian.

    ReplyDelete
  4. salam ummu..hehe singgah lagi..jangan marah ya..salah ejaan..guru BM..bukan sm..typing error..

    ReplyDelete
  5. salam ummu..tersentuh hati makcik membaca nukilan ummu..bagus sekali n3 kali ni dgn kata2 yg menyentuh hati..ummu dah pasti seorang guru...guru sm sebab bijak menggunakan bahasa2 indah..selamat hari guru ummu..

    ReplyDelete
  6. Salam Ummu.

    Semoga ummu sihat di sana.

    Selamat Hari Guru juga buat ummu. Kak tak pasti rupa-rupanya ummu juga seorang guru.. Meremang bulu roma membaca ingatan berharga ummu.Mudah2an Allah memberkatimu. Syukur kepadaNya kerana kejayaannya itu.

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam .takpe makcik.
    biasalah saya pun selalu juga tersalah taip.:)

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam kak werdah.amin.alhamdulillah, saya sihat kak.
    maaf saya semakin jarang berkesempatan ke rumah akak.

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam,alhamdulillah makcik.
    terima kasih makcik.Moga Allah berkati makcik jua.
    Makcik tentu lagi kaya dengan pengalaman;
    pelbagai ragam anak didik dan pasti keletah mereka
    tetap di ingatan kita.

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam Saudara Abd Razak
    amin ya rabbal alamin
    terima kasih atas doa.:)

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam Bro mazru
    ya, tanpa cikgu,siapalah kita,kan..

    ReplyDelete
  12. Salam..
    Guru ibarat air yg mengatasi kemaraan api
    manis senyuman mengatasi pahitnya hempedu
    senda gurau mengatasi kedukaan kalbu
    keimanan mengatasi ketandusan jiwa...

    "Selamat Buat Semua Guru"

    ReplyDelete
  13. salam kak mas...

    SELAMAT HARI GURU...

    sy pun bnyk dpt sms di kawan2, smpai penuh inbox...

    bgus akak ni, rajin tulis smula sms tu ek...

    ReplyDelete
  14. salam...
    ummu..
    seronoknyrrr...
    ramai mghargai...guru2

    ReplyDelete
  15. terima kasih ummu...
    selamat hari guru untuk ummu masyitah juga... :)

    ReplyDelete
  16. waalaikumussalam Dmx.alhamdulillah moga Allah berkati pengorbanan guru2 yang ikhlas ini.Teringat sesi pagi tadi di IKIM.fm tentang pengorbanan seorang guru wanita hamil yang sanggup berpisah dengan suami dan anak di semenanjung demi khidmat bakti pada anak murid di Sabah sana...

    ReplyDelete
  17. waalaikumussalam Rose.Alhamdulillah bila angin rajin datang.. Rose.

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam Sis shaniza
    Terima kasih jua atas kata2 puitis di atas.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen