Permohonan Kemasukan Ke IPMa boleh dibuat mulai 06 September 2010 (Permohonan Ke KPM, KKTM dan GMI ditutup pada 04 Oktober 2010)
Syarat - Syarat Kelayakan | |
1. | Kolej Profesional MARA (KPM) |
2. | Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) |
3. | German-Malaysian Institute (GMI) |
Syarat kelayakan untuk kursus di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di laman web kolej/universiti berkenaan. |
Permohonan Dibuka ke IPMa (Institut Pendidikan MARA); Pengambilan Sesi Januari 2011. Rebutlah peluang untuk ini dan Mohonlah secara online di http://online.mara.gov.my/upimonline | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MAKLUMAT AM UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)
Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) diwujudkan untuk menyelaraskan sepenuhnya urusan kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara berpusat. Pengambilan pelajar adalah sebanyak 2 kali setahun di mana permohonan boleh mula dibuat setelah iklan dikeluarkan. Antara tugas utama UPIM adalah seperti yang disenaraikan :‑
PERMOHONAN PILIHAN PROGRAM / INSTITUSI
Permohonan secara on-line hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon mengikut kelayakan dan minat masing-masing.
KRITERIA PEMILIHAN
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
Pemohon yang terpilih akan dihubungi terus oleh IPMa yang dipilih, walaubagaimanapun , bagi pemohon yang tidak menerima apa-apa tawaran selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan bolehlah menganggap permohonan mereka gagal. Tidak ada surat menyurat dibuat mengenainya.
TAJAAN PENGAJIAN
Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM dan IKM, yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun pelatih akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.
KATEGORI PEMOHON
Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑
PERMOHONAN BAGI PROGRAM YANG PERLU TEMUDUGA
Permohonan bagi program yang perlu ditemuduga akan dimaklumkan oleh IPMa yang berkaitan sekiranya layak dan akan dipanggil untuk temuduga. Program yang perlu ditemuduga adalah sepeti berikut:
STATUS PERMOHONAN
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan di laman web UPIM.
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen