Pages - Menu

Pages - Menu

Permohonan Matrikulasi 2011/2012 dilanjutkan

Tarikh tutup mohon matrikulasi 2011/2012 dilanjutkan

07/10/2010 6:29pm
KUALA LUMPUR 7 Okt. – Tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 telah dilanjutkan dari 10 Oktober kepada 30 November ini, menurut Kementerian Pelajaran.

Kenyataan kementerian itu hari ini menyatakan bahawa semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang baru di http://apps.emoe.gov.my/permohonan-matrikulasi.

Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) pula boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6 bagi permohonan melalui internet.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844036/4040 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja) untuk sebarang maklumat lanjut. – Bernama

Entry ini hanya baru dapat di masukkan pada hari ini berikutan gangguan talian untuk saya log in ke blog saya sendiri...Diharap calon SPM 2010 mengambil peluang ini semaksimum mungkin. Bersama ini saya sertakan entry blog  ini yang berkaitan Matrikulasi KPM.

3) Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen