Tiada Mood? Kenapa Cenggitu Erk?
DOA KETENANGAN JIWA...SEMOGA MOOD PARA PELAJAR AKAN KEMBALI PULIH..
RATA-RATA murid yang ditemui menyatakan masalah besar yang mereka hadapi ialah tiada “mood” untuk belajar. Gejala ini menyebabkan mereka kerap berasa mengantuk, kurang bertenaga, malas, tidak berkeyakinan dan selalu sahaja dalam keadaan bimbang. Sebenarnya, itulah kesan dan ciri-ciri murid yang tiada “mood” untuk belajar.
“Mood” boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang berkaitan rapat dengan keperibadian yang melibatkan gaya hidup seseorang individu. Ia meliputi pelbagai aspek kehidupan yang secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi jiwa, pemikiran dan tindakan seseorang itu.
Antara faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi mood seseorang ialah seperti berikut:-
- Kesihatan:
Badan yang sihat mampu memberi tenaga untuk berfikir dan bertindak. Fakor luaran ini termasuklah keseimbangan dalam amalan pemakanan, persekitaran belajar yang baik, dan peruntukan masa rehat yang mencukupi.
Penjagaan kesihatan yang bertujuan untuk menghindari sebarang jangkitan penyakit adalah penting untuk memastikan proses pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. Kekerapan menghadapi penyakit seperti pening kepala, demam dan sebagainya boleh mengganggu mood murid untuk belajar.
Makanlah makanan yang seimbang agar badan kita mendapat zat yang diperlukan untuk menjadi lebih aktif yang mampu menangani segala bentuk kemurungan perasaan. - Perancangan:
Perancangan bolehlah dikaitkan dengan persiapan untuk belajar yang meliputi kelengkapan belajar, jadual belajar dan strategi dan teknik belajar. Kerap ali faktor ini memerangkap murid kerana ramai yang tidak mempunyai kemahiran perancangan yang spesifik.
Dalam hal ini jika seseorang murid itu mampu menyusun jadual belajar, mengetahui teknik belajar yang betul, mempunyai bahan pelajaran yang mencukupi serta membuat semua tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan, sudah pasti murid akan sentiasa bergerak untuk belajar tanpa berasa jemu atau bosan. - Daya penggerak:
Daya penggerak adalah faktor dalaman yang terhasil daripada faktor luaran seperti amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Matlamat hidup, cita-cita, bimbingan dan dorong dalam pembelajaran mampu melonjakkan semangat dan motivasi diri.
Dalam hal ini jika seseorang murid berada dalam kalangan rakan-rakan yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, sudah tentulah murid itu akan terpengaruh dengan gaya hidup dan tindakan seperti ini yang mampu sekali gus bergerak dengan penuh semangat untuk mencapai kejayaan. - Rasa keinginan untuk belajar akan bertambah jika murid-murid sentiasa berdamping dengan mereka. Ini disebabkan setiap perbualan dan tindakan adalah terarah kepada soal pembelajaran tanpa terlalu banyak mempersoalkan perkara-perkara yang remeh temeh atau yang hanya tertumpukan kepada hiburan semata-mata yang akhirnya melekakan tanggungjawab kita sebagai seorang murid.
Keseronokan ini mampu menghilangkan rasa letih dan bimbang, malah ia akan memberi tenaga untuk terus belajar tanpa rasa jemu.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen