Pages - Menu

Pages - Menu

Iktibar dari kisah Ashraf

Iktibar dari kisah Ashraf


Assalamu'alaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera kepada pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini.



Apa khabar kawan-kawan myraudhatulukhuwah? Semoga hari yang ceria ini memberi cahaya baru untuk kehidupan kita,insyaAllah.

Sebahagian luahan hati ibu Ashraf seperti yang tersiar di Harian Metro,

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.


“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.



“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.



Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.


Salam ketabahan untuk Mak Yah. Setiap ibu bapa, ada ujian masing-masing. Berat mata memandang, beraT lagi bahu memikul.

Petikan pandangan Presiden Persatuan Genetik Malaysia merangkap Pakar Perunding Klinikal Sitogenetik, Dr Roziana Ariffin Berkaitan individu transeksual yang pernah tersiar di akhbar Harian Metro beberapa ketika dahulu:

Presiden Persatuan Genetik Malaysia merangkap Pakar Perunding Klinikal Sitogenetik, Dr Roziana Ariffin menegaskan masalah ketidaknormalan kromosom adalah sebahagian daripada jawapan kepada masalah ini.

Selain itu, perkara itu juga membabitkan masalah di peringkat genetik molekul, protein dan epigenetik (perubahan genetik yang diwarisi). Bagaimanapun, beliau juga tidak menolak wujudnya faktor lain seperti hormon, persekitaran dan psikologi yang juga menyumbang ke arah kecelaruan jantina.

Pandangan lanjut beliau sila klik, Empat punca kecelaruan jantina, di sini.

Pandangan blog akuhivpositif,

Peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa alpa. Berita yang sarat dengan emosi dan pengajaran. Aku berpendapat, bila melibatkan isu berkaitan hukum hakam, pihak yang paling layak memberikan pandangan dalam soal ini hanyalah pakar psikologi, pakar perubatan dan pakar agama. Seelok-eloknya mereka yang mempunyai kemahiran dalam ketiga-tiga bidang tersebut sekaligus.


Semakin ramai pengamal perubatan yang di Malaysia yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ketiga-tiga bidang ini. Mereka kebanyakannya bekas pelajar sekolah agama atau tahfiz yang menyambung pelajaran di bidang perubatan. Atau pengamal perubatan yang meningkatkan ilmu di bidang agama selepas menamatkan pengajian.


Info lanjut HIV Researcher, sila kli sini.

Ya, hari ini selain ramai bekas pelajar aliran agama dan juga para huffaz yang mengambil jurusan perubatan. Semoga kekeliruan ini dapat diselesaikan...

Entry myraudhatulukhuwah sebelum ini,

Kecelaruan Identiti, sila klik sini.

Solat Sunat Taubat, klik sini.

Artikel Menarik Berkaitan Islam dan taubat, http://insaaniyyah.blogspot.com/klik sini.

Pandangan Yang Berbahagia Datin Prof Dr Sapora Sipon dalam membantu salah seorang kliennya di akhbar:

Untuk adik berubah dari berorientasi seksual songsang kepada normal, lingkaran kehidupan ini perlu dipecah. Kita lihat lingkaran ini.

Info lanjut, Hati Anak, Trauma Perceraian Ibubapa,Dilema Nafsu Songsang, klik sini,



Baiklah. Mari kita ikuti berita yang tersiar di Berita Harian semalam.

Modul bimbing golongan hadapi krisis identiti dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka modul bimbingan yang dapat membantu golongan yang menghadapi krisis identiti, termasuk mereka yang sudah menukar jantina untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata masyarakat perlu meneliti dan memahami masalah golongan terbabit, bukan sekadar menghukum mereka.

Sambil membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya, beliau berkata masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing.



Mohd Ashraf, 25, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelaki.





Permohonannya menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana ditolak, Isnin lalu.



Mashitah berkata, walaupun belum ada program atau model khusus untuk mendidik dan membimbing golongan ini, namun kes Mohd Ashraf membuka mata banyak pihak termasuk kementeriannya untuk memperkenalkan program khusus untuk membantu golongan ini.


Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang dihubungi semalam, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan yakin jumlah itu sudah bertambah.




Mashitah berkata, masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis, ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100 kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama.

Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah.

“Jadilah kita seperti ulama kedua yang memberi bimbingan kepada mereka yang pernah membuat dosa. Hentikan segera cemuhan, kecaman dan caci maki kepada golongan berkenaan sehingga meletakkan ahli keluarga dalam keadaan serba salah.

“Bagi saya jalan terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina,” katanya ketika dihubungi semalam.



Sementara itu, Harussani yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga menasihatkan masyarakat memahami dan cuba mendidik golongan ini bukannya menyisihkan mereka.

Beliau menasihatkan Mohd Ashraf supaya tidak berputus asa dan bertaubat segera serta menerima hakikat kejadian Allah tidak boleh diubah.

Katanya, penukaran jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya, adalah haram kerana seseorang yang dijadikan Allah sebagai lelaki, tidak akan berubah sifat kelelakiannya, walaupun individu itu berusaha mengubahnya.

Malah, katanya, berdasarkan penyelidikan pada 1985, pakar psikologi dan pakar bedah jantina dalam dan luar negara sependapat bahawa alat kelamin yang dibentuk daripada pembedahan, tidak akan berfungsi.

“Jangan lakukan tindakan yang akhirnya membawa penyesalan, sebaliknya segera bertaubat dan berpakaian mengikut jantina asal serta hentikan pengambilan sebarang hormon yang boleh mengubah fizikal dan emosi mereka,” katanya.

Kes seumpama itu pernah dirujuk ke Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan apabila seorang lelaki menukar jantina pada 1990 dan berjaya mendapat perakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama wanita kerana mahu mengahwini seorang lelaki.

Bagaimanapun, menurut portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan

6 comments:

  1. Assalamualaikum Ummu,

    Akak juga tak berani nak kata apa-apa kepada perkara yang diceritakan. Yerlah kita tak duduk tempat mereka, jadi taklah elokkan kita memberi ulasan yang negatif kepada dia dan keluarganya.

    Cuba cari jalan keluar terbaik. Kita kan ramai alim ulamak dan bijak pandai. Cubalah cari jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  2. semoga ummu sabar & tabah selalu,
    ramai yg ghairah menghukum di luar sana.
    memang mudah utk kita menghukum tetapi adakah kita betul2 telah memperhalusi dan mendalami. adakah kita sekadar memberi pandangan hanya berpuncakan media dan mendengar luahan sebelah pihak Adakah kita telah membuka ruang kepada perbincangan, kaunseling, bimbingan dan didikan serta peluang bertaubat.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam kak ani
    terima kasih banyak akak
    atas eksudian akak meberi komen di blog saya
    walaupun saya jarang dapat tinggalkan koemn di blog akak

    ReplyDelete
  4. amin,sama2 kita saling inga mengingati
    atas kesabaran dan kebenaran, kan saudara
    terima aksih atas penghasilan blog saudara
    yang bagi syaa memberi banyak infomasi.

    ReplyDelete
  5. [...] Baiklah terus kepada berita hari ini. Anak muda yang pernah menggemparkan negara sebelum ini, kini dalam wad ICU. Artikel berkaitan beliau sebelum ini, sila klik, Iktibar dari kisah Ashraf, di sini. [...]

    ReplyDelete
  6. [...] Al Fatihah. Setiap yang bernyawa, pasti akan mati. Cuma masa dan ketikanya sahaja, yang tidak diketahui. Entry Myraudhatulukhuwah sebelum ini,Iktibar dari kisah Ashraf, klik sini. [...]

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen