Al Fatihah Untuk Allahyarhamah Makcik Yam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun agak terlewat, hampir 3 minggu lebih, namun saya berasa ingin jua mempublish berita ini, sebagai tanda ingatan ukhuwah seorang saudara Muslim kepada Muslim yang lain, yang telah pergi dahulu sebelum kita.
Salah seorang follower blog myraudhatulukhuwah, yang merupakan teman bloggers, Allahyarhamah Makcik Yam, telah kembali ke rahmatullah pada 2 Julai 2011 lalu di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan.
Al Fatihah Untuk Allahyarhamah Makcik Yam,atau Siti Meriam.
Entry blog myraudhatulukhuwah sebelum ini, yang didedikasikan khas untuk perniagaan keluarga allahyarhamah, sila klik sini.
Entry Bro Pie, sila klik sini.
Sesungguhnya, daripada Allah kita datang, dan kepada Allah, kita kan kembali. Al Fatihah.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen