Pages - Menu

Pages - Menu

JADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 580 AKTA KAUNSELOR 1998

JADUAL UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 580 AKTA KAUNSELOR 1998



Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan amalan kaunselor dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG

oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I PERMULAAN

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kaunselor 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Akta ini tidak terpakai bagi (a) mana-mana profesional kesihatan; atau
(b) mana-mana syarikat, pertubuhan atau pihak berkuasa tempatan yang memberi perkhidmatan jagaan kesihatan seperti hospital, rumah rawatan, hospis, bank darah, hospital psikiatri, pusat jagaan ambulatori, rumah bersalin, pusat haemodialisis, pusat kesihatan mental masyarakat, rumah rawatan psikiatri, klinik perubatan atau pergigian, atau apa- apa kemudahan jagaan kesihatan yang lain.

2. Dalam Akta ini,melainkan jika konteksnya menghendaki Tafsiran. makna yang lain� “Daftar” ertinya Daftar Kaunselor yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 19; “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; Undang-Undang Malaysia AKTA 580 “institusi pendidikan tinggi” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Uni versiti dan Kolej Universiti 1971 atau Akta Institut Teknologi MARA 1976 atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; “Jawatankuasa Penyiasatan” ertinya Jawatankuasa Penyiasatan yang ditubuhkan di bawah perenggan 36(2)foJ; “JawatankuasaTatatertib”ertinyaJawatankuasaTatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 36(2)(b); “kaunselor” ertinya seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain; “kaunselor berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27; “Lembaga” ertinya Lembaga Kaunselor yang ditubuhkan di bawah seksyen 11; “Majlis” ertinya Majlis Penasihat KaunselorMalaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Kaunselor yang dilantik di bawah subseksyen 18(1); “kaunseling” ertinya suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien; “perakuan amalan” ertinya perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) atau 28(3), mengikut mana-mana yang berkenaan; “perakuan pendartaran” ertinya perakuan yangdikeluarkan di bawah subseksyen 26(2) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2); 8 Akta 3O. Akta 173. Akta 555. Kaunselor “perakuan pendaftaran sementara” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2); “pertubuhan” ertinya pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966; “pihak berkuasa tempatan” ertinya pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976; “Presiden” ertinya Presiden Lembaga Kaunselor; “profesional kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, ahli psikologi perubatan dan klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan dan mana-mana orang yang terlibat dalam memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan; “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965.

BAHAGIAN II MAJLIS PENASIHAT KAUNSELOR MALAYSIA

3. Maka adalah ditubuhkan suatu majlis penasihat yang hendaklah dikenali sebagai
“Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia”.



4. Fungsi Majlis adalah (a) untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Akta ini; dan(b) untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga.

5. Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi pengerusi; (b) Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi timbalan pengerusi; (c) Presiden Lembaga atau wakilnya; 9 Akta 13/66. Akta 171. Akla 125, Penubuhan Majlis. Fungsi Majlis. Keanggotaan Majlis. 10 Tempoh jawatan. Pembatalan pelantikan. Undang-Undang Malaysia AKTA 580 (d) Pendaftar, yang hendaklah menjadi setiausaha; dan (e) tidak lebih daripada dua puluh lima orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri daripada kategori yang berikut: (i) sektor awam; (ii) pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion kaunseling dan diluluskan oleh Menteri; (iii) wakil institusi pendidikan tinggi; (iv) pertubuhan bukan kerajaan yang memberikan perkhidmatan kaunseling; dan (v) individu yang, disebabkan oleh pengetahuan dan pengalaman mereka, pada pendapat Menteri akan dapat membantu Majlis. (2) Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Majlis melainkan jika dia ialah warganegara Malaysia.

6. Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(e), melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatan atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula.

7. Menteri hendaklah membatalkan pelantikan seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 5(l)(e)� (a) jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Majlis atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Majlis; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan� (i) sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; Kaunselor (iii) suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda; (c) jika dia menjadi bankrap; atau (d) jika dia didapati tak sempurna akal atau selainnya tak berupaya menjalankan kewajipannya.

8. Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(e) hendaklah terhenti daripada menjadi seorang anggota � (a) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi Majlis; (b) jika pelantikannya dibatalkan; (c) apabila dia mati; atau (d) jika dia meletakkan jawatannya.

9. Seseorang anggota Majlis yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan 5(1)(e) boleh meletakkan jawatan sebagai seorang anggota Majlis pada bila-bila masa dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada Menteri.
10. (1) Majlishendaklahbermesyuaratsekurang-kurangnya dua kali setiap tahun. (2) Pada sesuatu mesyuarat Majlis lima belas orang anggota hendaklah membentuk kuorum.

BAHAGIAN III LEMBAGA KAUNSELOR

11. Maka adalah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang hendaklah dikenali sebagai “Lembaga Kaunselor” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini, 11 Keterhentian keanggotaan. Peletakan jawatan. Mesyuarat Majlis. Penubuhan Lembaga.

12 Fungsi Lembaga. Undang-Undang Malaysia AKTA 580 boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai-janjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut. 12. Fungsi Lembaga adalah� (a) menyelia pemberian perkhidmatan kaunseling; (b) menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di Malaysia; (c) mengawalselia latihan kaunselor dan menentukan jenis dan tahap kaunseling yang akan diadakan di Malaysia; (d) menentukan kelayakan yang melayakkan seseorang untuk didaftarkan di bawah Akta ini; (e) menentukan standard program latihan kaunseling; (f) membuat syor kepada Kerajaan berhubungan dengan standard perkhidmatan kaunseling; (g) mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan; (h) mengawalselia fee yang boleh dikenakan oleh kaunselor berdaftar bagi perkhidmatan kaunselingnya; (i) melantik anggota-anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatan- kuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion kaunseling; (j) mengawalselia tatakelakuan profesion kaunseling, termasuklah menetapkan kod etika bagi profesion kaunseling; dan (k) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya dengan berkesan. Kaunselor

13. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Presiden, yang hendaklah dilantik daripada kalangan kaunselor berdaftar; (b) seorang wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat; (c) seorang wakil Kementerian Pendidikan; (d) seorang wakil Kementerian Kesihatan; (e) seorang wakil Jabatan Kemajuan Islam; (f) seorang wakil Jabatan Perkhidmatan Awarn; (g) seorang wakil Kementerian Dalam Negeri; (h) tiga orang wakil institusi pendidikan tinggi; dan (i) enam orang kaunselor berdaftar. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah dilantik oleh Menteri bagi tempoh tidak melebihi dua tahun dan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Ketua Setiausaha Kementerian yang ber- tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, sebagai pengerusi; (b) sembilan orang yang mewakili pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion kaunseling; dan (c) seorang yang mewakili institusi pendidikan tinggi. (3) Peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga. (4) Pendaftar hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Lembaga. (5) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, meminda Jadual Pertama melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. 13 Keanggotaan Lembaga.

14 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. Akta 198. Pengkhidmat awam. Akia 574. Penyata, laporan, akaun dan maklumat. Penjalanan prosiding sivil. Pelantikan dan kewajipan Pendaftar, Undang-Undang Malaysia AKTA 580 14. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pengkhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.

15. Tiap-tiap anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya dan tiap-tiap pegawai, pengkhidmat atau ejen Lembaga, semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, pegawai, pengkhidmat atau ejen Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

16. (1) Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktiviti-aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. 17. Lembaga boleh melantik seorang peguambela dan peguamcara untuk memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding sivil bagi pihaknya.

BAHAGIAN IV PENDAFTARAN KAUNSELOR DAN PERAKUAN AMALAN

18. (1) Lembaga hendaklah melantik seorang Pendaftar Kaunselor yang hendaklah di bawah arahan dan penyeliaan am Lembaga. Kaunselor (2) Pendaftar hendaklah� (a) menandatangani semua perakuan pendaftaran dan perakuan pendaftaran sementara; (b) merekodkan semua catatan yang dikehendaki dibuat dalam Daftar; (c) mengeluarkan dari Daftar nama dan butir-butir lain kaunselor berdaftar yang namanya telah diperintahkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa Tatatertib supaya dikeluarkan; dan (d) menjalankan apa-apa kewajipan lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya dijalankan olehnya atau sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga bagi maksud-maksud Akta ini.

19. (1) Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang disebut Daftar Kaunselor. (2) Daftar hendaklah disimpan dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahan sebagaimana yang ditetapkan. (3) Daftar hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh orang ramai mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan. (4) Pendaftar boleh, dengan mendapat kelulusan Lembaga terlebih dahulu, membuat pindaan kepada Daftar bagi maksud membetulkan apa-apa kesalahan atau mengemaskinikan apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya; dan hendaklah menyiarkan dalam Warta nama dan alamat kaunselor berdaftar yang terlibat dengan pindaan- pindaan sedemikian.

20. (1) Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa seseorang kaunselor berdaftar� (a) sudah mati; (b) sudah menjadi tak berupaya melaksanakan kewajipan profesionalnya sebagai kaunselor akibat kelemahan fizikal atau mental; 15 Daftar Kaunselor. Pengeluaran dari Daftar kerana kematian, dsb. 16 Kemasukan semula. Kaunselor hendaklah didaftarkan. Undang-Undang Malaysia AKTA 580 (c) tidak membaharui perakuan pendaftaran sementaranya atau perakuan amalannya dalam masa empat tahun dari tarikh habis tempohnya, memerintahkan Pendaftar mengeluarkan nama dan butir- butir berhubungan dengan kaunselor berdaftar itu dari Daftar. (2) Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama tiap-tiap orang yang dikeluarkan dari Daftar di bawah subseksyen (1).

21. (1) Lembaga hendaklah, atas permohonan mana-mana orang yang namanya telah dikeluarkan atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 20(l)(c), rnemasukkan namanya semula dalam Daftar. (2) Tiap-tiap permohonan bagi kemasukan semula hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan disertakan dengan fee yang ditetapkan. (3) Lembaga hendaklah, atas permohonan mana-mana orang yang telah dimasukkan semula di bawah subseksyen (1), mengeluarkan kepadanya suatu perakuan amalan di bawah subseksyen 27(4) atau 28(3) seolah-olah permohonan sedemikian telah dibuat di bawah subseksyen 27(2) atau subseksyen 28(1), mengikut mana-mana yang berkenaan.

22. (1) Tiada seorang pun boleh� (a) mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor; (b) menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau Kaunselor (c) menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar, melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

23. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan prosiding tatatertib di bawah Bahagian VI dan tidak berhak untuk mendapatkan dalam mana- mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan bagi perkhidmatan kaunselingnya.

24. (1) Seseorang hendaklah didaftarkan sebagai kaunselor jika dia memuaskan hati Lembaga bahawa dia seorang warganegara Malaysia atau seorang pemastautin tetap Malaysia, berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun, adalah orang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai kaunselor dan memegang mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. (2) Jika seseorang memegang apa-apa kelayakan yang tidak dinyatakan dalam Jadual Kedua tetapi Lembaga berpuas hati bahawa kelayakan itu adalah tidak kurang daripada atau yang bersamaan dengan kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual itu, Lembaga boleh meluluskan pendaftaran orang itu sebagai kaunselor jika dia memuaskan hati Lembaga bahawa dia seorang warganegara Malaysia atau seorang pemastautin tetap Malaysia, berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun dan adalah orang yang layak dan sesuai untuk didaftarkan sebagai kaunselor. 17 Perakuan amalan dikehendaki. Kelayakan pendaftaran. 18 Permohonan pendaftaran. Pendaftaran. Pendaftaran sementara. Undang-Undang Malaysia AKTA 580 (3) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, meminda Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

25. Suatu permohonan bagi pendaftaran sebagai kaunselor hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

26. (1) Apabila diterima suatu permohonan di bawah seksyen 25, Lembaga- hendaklah menimbangkan permohonan itu. (2) Jika Lembaga memutuskan untuk mendaftarkan pemohon, ia hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya memasukkan nama dan butir-butir pemohon dalam Daftar dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohpn. (3) Presiden hendaklah menandatangani tiap-tiap catatan yang dibuat dalam Daftar. (4) Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama dan alamat tiap-tiap orang yang nama dan butir-butirnya telah dicatatkan dalam Daftar di bawah subseksyen (2). (5) Jika Lembaga enggan mendaftarkan pemohon, Pendaftar hendaklah dengan segera menyampaikan suatu notis mengenai keengganan Lembaga kepada pemohon. (6) Seseorang pemohon yang terkilan dengan keengganan Lembaga untuk mendaftarkannya boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis tentang keengganan itu disampaikan kepadanya. (7) Keputusan Menteri adalah muktamad.

27. (1) Mana-mana orang yang bukan warganegara Malaysia dan bukan juga pemastautin tetap Malaysia yang berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor di Malaysia boleh memohon dalam borang yang ditetapkan bagi pendaftaran sementara. Kaunselor 19 (2) Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu permohonan bagi perakuan amalan dan fee yang ditetapkan. (3) Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh membenarkan pemohon didaftarkan sementara jika Lembaga berpuas hati bahawa� (a) dia didaftarkan atau dilesenkan sebagai kaunselor, atau selainnya dibenarkan oleh undang-undang untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor, dalam negara di mana dia biasanya menjalankan amalan sebagai kaunselor; (b) dia memiliki kepakaran kaunseling; dan (c) kehadiran fizikalnya dikehendaki di Malaysia selama tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar bagi maksud mengadakan perkhidmatan kaunseling atau dia ialah wakil pemastautin bagi komponen asing suatu usaha sama bagi maksud-maksud itu. (4) Jika Lembaga membenarkan seseorang pemohon didaftarkan sementara, ia hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan pendaftaran sementara dan suatu perakuan amalan. (5) Jika Lembaga enggan mendaftarkan pemohon, Pendaftar hendaklah dengan segera menyampaikan suatu notis mengenai keengganan Lembaga kepada pemohon. (6) Seseorang pemohon yang terkilan dengan keengganan Lembaga untuk mendaftarkannya boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis tentang keengganan itu disampaikan kepadanya, (7) Keputusan Menteri adalah muktamad. (8) Sesuatu perakuan pendaftaran sementara dan sesuatu perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) hendaklah sah selama tempoh dua belas bulan dari tarikh perakuan-perakuan itu dikeluarkan. 20 Perakuan amalan dwitahunan. Undang-Undang Malaysia AKTA 580 (9) Sesuatu perakuan pendaftaran sementara dan sesuatu perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) boleh dibaharui apabila permohonan dibuat kepada Lembaga dalam borang yang ditetapkan tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh perakuan-perakuan itu habis tempoh. (10) Tiap-tiap permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (9) hendaklah disertakan dengan fee yang ditetapkan dan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

28. (1) Seseorang kaunselor yang didaftarkan di bawah seksyen 26 dan berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor hendaklah membuat suatu permohonan, dalam borang yang ditetapkan, dalam tempoh satu bulan dari tarikh perakuan pendaftaran itu dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen 26(4), bagi suatu perakuan amalan dwitahunan. (2) Tiap-tiap permohonan bagi perakuan amalan dwitahunan hendaklah disertakan dengan fee yang ditetapkan dan hendaklah mengandungi� (a) alamat tempat utama, dan tempat-tempat lain, di mana kaunselor berdaftar itu berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor; (b) alamat kaunselor berdaftar itu bagi surat- menyurat. (3) Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan amalan dwitahunan kepada pemohon yang membenarkan pemohon menjalankan amalan sebagai kaunselor di tempat-tempat yang dinyatakan dalam perakuan itu dalam tempoh dua tahun yang baginya perakuan amalan dwitahunan itu dikeluarkan. (4) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini, seseorang kaunselor berdaftar yang telah membuat suatu permohonan di bawah subseksyen (1) boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor tanpa perakuan Kaunselor amalan dwitahunan mulai dari hari permohonannya di bawah subseksyen itu diterima oleh Lembaga sehingga hari perakuan amalan dwitahunan itu dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2), dan, bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah disifatkan telah mempunyai suatu perakuan amalan dwitahunan dalam tempoh itu. (5) Sesuatu perakuan amalan dwitahunan boleh dibaharui apabila permohonan dibuat kepada Lembaga dalam borang yang ditetapkan tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh perakuan itu habis tempoh. (6) Sesuatu permohonan yang dibuat lewat daripada tempoh yang disebut dalam subseksyen (5) tidak boleh dibenarkan melainkan jika fee tambahan yang ditetapkan sudah dibayar. (7) Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai bagi sesuatu permohonan bagi pembaharuan suatu perakuan amalan dwitahunan sebagaimana ia terpakai bagi suatu permohonan baru.

29. (1) Tiap-tiap kaunselor berdaftar hendaklah mempamerkan, di bahagian yang mudah dilihat di premis yang dia menjalankan amalan sebagai kaunselor, suatu salinan perakuan pendaftarannya atau perakuan pendaftaran sementaranya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan amalannya. (2) Jika seseorang kaunselor berdaftar menjalankan amalan sebagai kaunselor di lebih daripada satu premis, dia hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan amalan, dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di setiap premis itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan. 21 Perakuan hendaklah dipamerkan. 22 Perubahan, atau lambahan, tempat amalan. Undang-Undang Malaysia AKTA 580 (4) Mana-mana orang yang mempamerkan, atau membenarkan untuk dipamerkan, di mana-mana premis, suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara atau suatu perakuan amalan, atau suatu salinan mana-mana perakuan itu, yang mengandungi nama atau gambarnya pada bila-bila masa, sedangkan namanya tidak ada dalam Daftar atau dia tidak memegang suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara yang sah, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau suatu perakuan amalan adalah melakukan suatu kesalahan.

30. (1) Jika� (a) terdapat perubahan alamat premis yang dinyatakan dalam perakuan amalan di mana seseorang orang berdaftar menjalankan amalan sebagai kaunselor; atau (b) seseorang orang berdaftar yang menjalankan amalan sebagai kaunselor di mana-mana premis sebagai tambahan kepada premis yang dinyatakan dalam perakuan amalannya, dia hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari perubahan atau tambahan sedemikian, memberitahu Pendaftar secara bertulis tentang perubahan atau tambahan itu. (2) Tiap-tiap pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan� (a) butir-butir mengenai perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara, mengikut mana- mana yang berkenaan; dan (b) perakuan amalan, kaunselor berdaftar itu. (3) Pendaftar boleh menghendaki kaunselor berdaftar mengemukakan apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkannya perlu tentang premis yang disebut dalam subseksyen (!) dan orang berdaftar itu hendaklah mematuhi kehendak itu. Kaunselor (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (I), (2) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan. (5) Pendaftar hendaklah mengendorskan alamat baru atau alamat premis baru yang kaunselor berdaftar itu menjalankan amalan sebagai kaunselor pada perakuan amalan kaunselor berdaftar itu dan mengembalikan perakuan itu kepada kaunselor berdaftar itu.

31. (1) Tiap-tiap kaunselor berdaftar hendaklah memberitahu Pendaftar tentang apa-apa pertukaran alamatnya bagi surat menyurat dalam masa empat belas hari dari pertukaran itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

32. (1) Seseorang kaunselor berdaftar yang perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementaranya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hilang hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pendaftar tentang kehilangan itu. (2) Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dan fee yang ditetapkan dibayar oleh kaunselor berdaftar, mengeluarkan kepada kaunselor berdaftar itu suatu perakuan pendaftaran pendua atau perakuan pendaftaran sementara pendua, mengikut mana-mana yang berkenaan.

BAHAGIAN V PERTUBUHAN PERBADANAN MENJALANKAN AMALAN SEBAGAI KAUNSELOR

33. (1) Tiada pertubuhan perbadanan boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika lembaga pengarahnya terdiri daripada� (a) keseluruhannya orang perseorangan yang merupakan kaunselor berdaftar; atau (b) sebilangan besarnya orang perseorangan yang merupakan kaunselor berdaftar, dan orang perseorangan lain yang berada dalam profesion yang ada hubungan dengan profesion kaunseling dan diluluskan oleh Lembaga. 23 Pemberitahuan mengenai pertukaran alamat. Perakuan pendua. Komposisi pertubuhan perbadanan yang boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor. 24 Pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor. Pemberitahuan mengenai perubahan komposisi dan pertukaran alamat. Undang-Undang Malaysia AKTA 580 (2) Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

34. Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor� (a) boleh menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam mana-mana bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan bahawa pertubuhan perbadanan itu ialah suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor; (b) boleh menggunakan atau mempamerkan apa- apa papan tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa pertubuhan perbadanan itu ialah suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor; dan (c) berhak mendapat dalam mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan bagi perkhidmatan kaunseling profesionalnya, selagi ia mematuhi subseksyen 33(1).

35. (1) Sesuatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amaian sebagai kaunselor hendaklah memberitahu Lembaga� (a) tentang apa-apa perubahan dalam komposisi lembaga pengarahnya dalam suatu laporan yang mengandungi butir-butir lengkap tentang perubahan itu, dalam masa tiga puluh hari dari perubahan itu; dan (b) tentang apa-apa perubahan alamat yang dia menjalankan amalannya sebagai kaunselor, dalam masa empat belas hari dari perubahan itu. (2) Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. Kaunselor

BAHAGIAN VI PROSIDING TATATERTIB

36. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua kaunselor berdaftar dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua kaunselor itu mengikut Akta ini. (2) Bagi maksud Bahagian ini maka hendaklah ditubuhkan� (a) suatu Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri daripada tiga orang anggota Lembaga untuk menyiasat sesuatu aduan yang dibuat terhadap seseorang kaunselor berdaftar; dan (b) suatu Jawatankuasa Tatatertib yang terdiri daripada lima orang anggota Lembaga, yang bukan anggota Jawatankuasa Penyiasatan, untuk menjalankan siasatan mengenai sesuatu aduan yang dirujukkan kepadanya oleh Jawatankuasa Penyiasatan.

37. (1) Tiap-tiap aduan terhadap mana-mana kaunselor berdaftar hendaklah dialamatkan kepada Pendaftar yang hendaklah dengan serta-merta merujukkan aduan itu kepada Jawatankuasa Penyiasatan. (2) Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah menyiasat tiap- tiap aduan dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan laporannya tentang aduan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib. (3) Tiap-tiap laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah� (a) menyatakan sama ada terdapat alasan yang mencukupi untuk mengambil prosiding tatatertib terhadap seseorang kaunselor berdaftar; dan (b) disertakan dengan apa-apa keterangan sebagaimana yang diperoleh oleh Jawatankuasa Penyiasatan bagi menyokong pernyataan itu. 25 Jawalankuasa Penyiasatan dan Tatatertib. Kewajipan Jawatankuasa Penyiasatan. 26 Siasatan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Penggantungan amalan sementara menanti penyiasatan selesai. Hukuman tatatertib. Undang-Undang Malaysia AKTA 580

38. (1) Jika laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyiasatan menyatakan bahawa terdapat alasan yang mencukupi untuk mengambil prosiding tatatertib terhadap seseorang kaunselor berdaftar, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menjalankan siasatan tentang kes itu. (2) Seseorang kaunselor berdaftar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Tatatertib. (3) Kaunselor berdaftar yang terhadapnya prosiding tatatertib telah diambil hendaklah diberitahu oleh Pendaftar melalui pos berdaftar tentang keputusan Jawatankuasa Tatatertib dengan seberapa segera yang mungkin selepas keputusan itu dibuat.

39. (1) Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, menggantung perakuan amalan seseorang kaunselor berdaftar selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan sementara menanti selesainya penyiasatan oleh Jawatankuasa Penyiasatan dan siasatan oleh Jawatankuasa Tatatertib. (2) Tiada kaunselor berdaftar boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor dalam tempoh penggantungan di bawah subseksyen (1). (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan.

40. (1) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, apabila berpuas hati bahawa� (a) telah dibuktikan terhadap kaunselor berdaftar, atau kaunselor berdaftar telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan� (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketakjujuran atau keburukan akhlak; Kaunselor 27 (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; (iii) suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda; (b) jika pendaftaran kaunselor berdaftar diperoleh melalui fraud atau salah nyataan; atau (c) kaunselor berdaftar menjadi bankrap, memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu dikeluarkan dari Daftar; (2) Jawatankuasa Tatatertib boleh, apabila berpuas hati bahawa� (a) kaunselor berdaftar telah menawarkan atau menerima suatu komisen yang pada pendapat Jawatankuasa Tatatertib ialah suatu komisen haram; atau (b) kaunselor berdaftar telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mengenakan mana-mana satu atau mana-mana kombinasi hukuman tatatertib yang berikut: (aa) memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu dikeluarkan dari Daftar; (bb) memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu digantung dari Daftar bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun; (cc) memerintahkan pengenaan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit; (dd) memerintahkan supaya kaunselor berdaftar itu dicela. 28 Pemulangan perakuan selepas pengeluaran dari Daftar. Rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatalertib. Penyiaran nama orang yang dikeluarkan dari Daflar. Undang-Undang Malaysia AKTA 580

41. (1) Seseorang orang berdaftar hendaklah memulangkan kepada Lembaga perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementaranya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan amalannya dalam masa dua puluh satu hari selepas diberitahu di bawah subseksyen 38(3) tentang keputusan Jawatankuasa Tatatertib di bawah seksyen 40 untuk mengeluarkan namanya dari Daftar. (2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

42. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib terhadapnya di bawah seksyen 40 boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu. (2) Menteri boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Jawatankuasa Tatatertib. (3) Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.

43. Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama tiap-tiap kaunselor berdaftar yang namanya telah dikeluarkan dari Daftar� (a) apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 42(1), jika kaunselor berdaftar itu tidak membuat rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib; atau (b) selepas keputusan Menteri yang mengesahkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib, jika kaunselor berdaftar membuat rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan. Kaunselor

BAHAGIAN VII KESALAHAN DAN PENALTI

44. Mana-mana orang yang� (a) memperoleh atau menyebabkan pemerolehan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan� (i) dengan membuat atau menyebabkan dibuat; atau (ii) dengan mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan, suatu akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau fraud; (b) memalsukan, mengubah atau melancungkan sesuatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan; (c) menggunakan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan yang dipalsukan, diubah atau dilancungkan; (d) menyamar sebagai seorang orang berdaftar atau seorang pengarah suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor; (e) membeli atau secara fraud memperoleh suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan; atau (/) menjual, menyerahhakkan atau memindahkan suatu perakuan pendaftaran, perakuan pendaftaran sementara atau perakuan amalan, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan� (aa) boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan (bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 29 Kesalahan. 30 Penalti am. Kesalahan olch pertubuhan perbadanan. Pemulaan dan penjalanan pendakwaan. Undang-Undang Malaysia AKTA 580

45. Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh apabila disabitkan� (a) didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan (b) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan”

46. Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau seseorang yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hai-ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian� (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan� (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

47. Pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan atau dijalankan kecuali dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya. Kaunselor

BAHAGIAN VIII PELBAGAI

48. (1) Presiden Lembaga atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya boleh, bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, pada bila-bila masa yang munasabah dan apabila dikemukakan perakuan pemberikuasaannya memasuki, memeriksa dan meneliti mana-mana premis atau mana-mana kawasan termasuklah mana-mana bangunan atau binaan di atasnya yang dimiliki atau digunakan, sama ada secara kekal atau selainnya, atau sama ada didaftarkan atau tidak didaftarkan untuk digunakan, oleh kaunselor berdaftar. (2) Pada menjalankan sesuatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1), Presiden atau seseorang pegawai yang diberikuasa olehnya boleh� (a) memasuki mana-mana kawasan atau premis; (b) meneliti apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau artikel lain sebagaimana yang difikirkannya periu; dan (c) mengalihkan dan menahan apa-apa buku, daftar, dokumen, bahan atau artikel lain. (3) Seseorang pegawai boleh bagi maksud seksyen ini meminta bilamasa perlu bantuan polis dalam pelaksanaan kewajipannya.

49. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) menetapkan cara untuk memohon perakuan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah diberikan oleh pemohon, cara pemerakuan, fee yang kena dibayar baginya, syarat atau sekatan yang akan dikenakan dan bentuk atau bentuk-bentuk perakuan; (b) mengawalselia penyimpanan Daftar dan akaun, rekod, laporan dan dokumen dan menetapkan bentuk dan kandungannya; 31 Kuasa untuk masuk, memeriksa, meneliti, menyita, dsb. Peraturan- peraturan. 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 580 (c) menetapkan pengurusan harta Lembaga dan pengauditan akaunnya; (d) menetapkan tatacara bagi pemilihan atau pelantikan anggota jawatankuasa Majlis atau Lembaga; (e) menetapkan kehendak-kehendak yang hendaklah dipatuhi oleh Lembaga bagi mengguna khidmat penasihat undang-undang dan saraan yang hendaklah dibayar kepadanya; (f) menetapkan tatacara bagi penyiasatan aduan dan siasatan tatatertib; (g) menetapkan tatacara bagi rayuan; (h) menetapkan perkara-perkara yang berkenaan dengannya fee dan caj kena dibayar di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, amaun fee, dan orang yang kena membayarnya; (i) menetapkan borang yang hendaklah digunakan dalam membuat permohonan di bawah Akta ini; dan (j) apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau dinyatakan atau yang perlu atau suaimanfaat untuk ditetapkan atau dinyatakan untuk menguatkuasakan Akta ini. (2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh� (a) memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran mana- mana peruntukan peraturan-peraturan adalah suatu kesalahan; (b) mengadakan peruntukan bagi kesalahan sedemikian dihukum dengan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; (c) dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan ke suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini. Kaunselor (3) Walau apa pun perenggan (2)(c), tiada seorang pun boleh dikenakan atau bertanggungan atas apa-apa penalti berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan sebelum tarikh peraturan-peraturan itu disiarkan dalam Warta.

JADUAL PERTAMA

[Subseksyen 13(3)]

1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Presiden.
(2) Notis bertulis sekurang-kurangnya empat belas hari hendaklah diberikan kepada anggota-anggota.
(3) Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga dan semasa ketiadaannya anggota-anggota Lembaga hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
(4) Kuorum Lembaga ialah tujuh orang.
(5) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak mendapat satu undi.
(6) Jika atas suatu persoalan yang kena ditentukan oleh Lembaga terdapat persamaan undi, Presiden, atau jika Presiden tidak hadir, anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah mempunyai undi pemutus.

2. Anggota-anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri.

3. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidaklah berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fee yang ditentukan oleh Lembaga.

4. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. 33 Mesyuarat. Elaun. Lembaga boleh mengundang orang laln menghadiri mesyuarat Minit. 34 Melerai biasa, Pendedahan kep�ntingan. Undang-Undang Malaysia AKTA 580
(2) Minit yang dibuat tentang mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

5. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai biasa yang mengandungi apa-apa peranti yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2) Meterai biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan Presiden atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis dan hendaklah disahkan oleh Presiden atau pegawai yang diberi kuasa sedemikian.
(3) Semua suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai biasa itu, yang disahkan oleh salah seorang daripada orang yang dinyatakan dalam subperenggan (1), hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sahnya.
(4) Walau apa pun subperenggan (3), apa-apa dokumen atau suratcara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki dimeterai boleh mengikut cara yang serupa disempurnakan oleh Lembaga; dan apa-apa dokumen atau suratcara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana anggota Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu.
(5) Meterai biasa Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. 6. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah tnendedahkan fakta dan jcnis kepentingannya itu kepada Lembaga, dan pendedahan itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus padanya oleh Presiden, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Kaunselor 1. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa� (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa- apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran peruntukan-peruntukan perenggan 6 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau luar aturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

8. (1) Wang yang diterima oleh Lembaga sama ada daripada fee yang kena dibayar di bawah Akta ini atau sumber lain hendaklah digunakan oleh Lembaga� (a) pertama sekali untuk membiayai perbelanjaan pendaftaran dan perbelanjaan lain bagi pentadbiran Akta ini termasuklah apa-apa perbelanjaan Lembaga yang boleh dibenarkan di bawah Akta ini; dan (b) selepas itu bagi penggalakan dan pemajuan profesion kaunseling. (2) Wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam apa-apa sekuriti amanah sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Menteri.

9. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan.

10. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan prosedurnya sendiri.

JADUAL KEDUA

[Subseksyen 24(1)]

SENARAI KELAYAKAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN

Negara yang Nama institutsi yang Perihal memberikan memberikan kelayakan kelayakan kelayakan Malaysia Universiti Malaya Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Kcbangsaan Diploma Psikologi Malaysia (Kaunseling)

35 Kesahan perbualan dan prosiding. Pcnggunaan wang. Anggola hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga. Prosedur.

36 Negara yang memberikan kelayakan Undang-Undang Malaysia AKTA 580

Nama Institusi yang Perihal memberikan kelayakan kelayakan
Sarjana Sastera (Psikologi Kaunseling) Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Rundingcara) Universiti Putra Bacelor Malaysia Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Master Sains Universiti Teknologi Sarjana Pendidikan Malaysia (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Islam Sarjana Pendidikan Antarabangsa (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Sains Sarjana Muda Malaysia Pendidikan dengan Kepujian Sarjana Pendidikan Doktor Falsafah (Pendidikan)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen