Assalamualaikum,
kaunseling di internet boleh dijalankan melalui e mel, chatting, atau ala forum seperti yang saya akan cuba lakukan di dalam site ini.
Terdapat beberapa limitasi bagi kaunseling yang saya akan lakukan ini berbanding sesi kaunseling individu secara bersemuka. Harap anda dapat fahami dan gunakan perkhidmatan ini sebaiknya dengan memahami limitasi tersebut. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil ingatan:
1) Tiada kontrak formal antara klien dan kaunselor. Setiap siri sesi kaunseling harus bermula dan berakhir dengan kontrak, aitu persetujuan antara kaunselor dengan klien. Persetujuan ini meliputi, persetujuan klien untuk menjalani sesi, kesediaan kaunselor untuk menjalankan sesi. Bersama persetujuan itu termasuk, masa, tempat, tempoh sesi, bayaran dan juga isu yang akan diperbincangkan.
Dalam site ini, saya bersetuju untuk menjalankan sesi kaunseling kepada rakan yang post di sini secara percuma – dengan persetujuan terhad. Seandainya saya terikat dengan kerja di dunia betul, atau terlalu banyak posting serentak, saudara yang meletakkan post janganlah merasa kecewa atau marah kerana lambat respond. Kontrak kita belum bermula dan saya tidak bertanggungjawab ke atas semua pembaca. (nanti saya ceritakan mengenai seorang klien yang marah kerana menganggap bahawa kontrak kaunseling telah bermula) Saya juga boleh menamatkan sesi kaunseling pada masa yang difikirkan perlul, atau atas limitasi kapasiti saya sendiri.
Seandainya pada bila bila masa, saudara merasakan ingin menghentikan kaunseling, saudara boleh berbuat sedemikian dengan tidak lagi menyambung reply, atau dengan memberitahu niat untuk berhenti. Saudara juga berhak untuk meminta supaya saya memadamkan semua post saudara. Walau bagaimana pun, saya menyimpan hak untuk menyimpan respon saya kepada saudara dengan menceritakan secara ringkas dan umum (yang tidak mendedahkan butir peribadi) Ini adalah untuk tujuan pembelajaran bagi pembaca lain.
2) Kerahsiaan tidak terjamin di dalam sesi kaunseling secara forum ini. Untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan peribadi anda, pastikan anda mengikut langkah-langkah ini.
Anda boleh gunakan username biasa anda untuk memberi komen atau bertanya soalan, tetapi, seandainya anda inginkan sesi kaunseling, cari dahulu username baru yang tidak anda gunakan untuk tujuan lain. Ini supaya tidak dikaitkan username tersebut dengan identiti anda.
Jangan dedahkan butir peribadi seperti nama sebenar, alamat, tempat kerja dan lain-lain. Anda boleh ceritakan masalah secara peribadi dengan tidak mendedahkan identiti unik anda. Contohnya umur: antara 30 – 35 tahun, berumahtangga antara 3 – 7 tahun, bekerja profesional dengan pendapatan antara xx – xx, menjadi guru di sekolah di luar bandar etc… jangan risau, saya akan membantu mengaburkan identiti unik anda sebelum saya postkan reply anda. (Disclaimer: seandainya saya terlepas pandang, saya tidak boleh bertanggungjawab ke atas sebarang kompromi identiti yang anda dedahkan. Oleh yang demikian, berhati-hati mendedahkan identiti unik anda.) Walau bagaimanapun, tidak perlulah anda mengelirukan identiti sehingga tidak dapat dijalankan kauseling yang tulin. Contoh pengelilruan yang merosakkan kaunselling adalah mengubah jantina, umur, pendapatan, masalah dll. Cukup sekadar menceritakan secara umum dan persekitaran untuk mengelakkan identiti unik diketahui. Masalah yang dihadapi sendiri tidak perlu dikaburkan kerana bagi setiap masalah yang anda ceritakan ada seribu lagi individu lain yang menghadapi masalah yang sama.
3) Keberkesanan dari kaunseling ala forum ini sangat terhad berbanding dengan sesi kaunseling individu secara bersemuka. Oleh yang demikian, jika anda mempunyai masalah yang berat yagn tidak mampu ditanggung sendiri, dan tidak dapt diringankan melaui sesi kaunseling disini, saya menasihatkan agar anda mendaptkan sesi kaunseling individu bersemuka dari profesyenal yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda. Saya tidak berani berjanji, tetapi akan usahakan untuk mendaptkan senarai kaunselor bertauliah yang berdekatan. Tolong ingat bahawa bukanlah tanggungjawab utama bagi profesional tersebut untuk membantu anda, tetapi tanggungjawab adalah diatas diri anda sendiri untuk berikhtiar mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Akhir kata, jangan risau. kaunseling cuma salah satu dari cara untuk membantu diri kita. Terdapat banyak lagi jalan lain untuk kita berikhtiar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti hidup, dan yang paling utama dan pertama adalah berserah kepada Allah dengan tawakkal seorang hamba – bukan mana-mana kaunselor atau proses kaunseling yang dapat membantu kita tetapi pertolongan dari Allah yang membantu kita, sama ada dalam bentuk kaunseling atau jalan yang lain.
Semoga kita semua di dalam banutan dan pemerhatian Allah sentiasa
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen