Jelajah Kolej Vokasional 1 Malaysia dilancar
Pelajar aliran Kolej Vokasional akan mengikuti kursus selama lapan
semester (empat tahun), meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus
akademik serta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Empat
setaraf diploma daripada Kementerian Sumber Manusia.
Jelajah Kolej Vokasional 1 Malaysia dilancar
KUALA TERENGGANU - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini giat mempromosi Program
Jelajah Kolej Vokasional 1Malaysia kepada umum bagi kemasukan pelajar
sesi pertama bermula tahun depan.
Urusetia program jelajah tersebut, Mohd Yunus Yusof berkata usaha itu
diharap mampu membuka dan mengikis tanggapan segelintir minda rakyat
yang menganggap aliran vokasional sebagai pendidikan kelas kedua.
"Program jelajah bermula semalam melibatkan sebanyak 21 buah sekolah
dari seluruh Semenanjung dengan penyertaan 164 peserta dari kalangan
guru, staf dan pelajar dari sekolah aliran tersebut di seluruh negara.
"Buat masa ini, ia melibatkan laluan negeri Johor, Pahang, Terengganu,
Perak dan Negeri Sembilan dimana kita memberi tumpuan dan penekanan
kepada daerah pedalaman," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama rombongan konvoi di sini hari ini.
Rombongan tersebut kemudiannya mengedarkan risalah kepada masyarakat
awam di sekitar Perpustakaan Awam Terengganu, Pusat Dagangan Terengganu,
Pasaraya Giant dan Pasaraya Mydin sebelum bertolak ke destinasi
seterusnya ke Tanah Merah, Kelantan pada hari yang sama.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju semua sekolah aliran vokasional di
negara ini dinaiktaraf kepada kolej vokasional menjelang tahun 2013 bagi
memastikan bekalan tenaga kerja teknikal berkemahiran tinggi di negara
ini mencukupi.
"Kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif agar mencapai
standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja selain pengenalan
beberapa kursus baru antaranya kursus penerbangan bagi menarik minat
pelajar," katanya.
Pelajar aliran Kolej Vokasional akan mengikuti kursus selama lapan
semester (empat tahun), meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus
akademik serta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Empat
setaraf diploma daripada Kementerian Sumber Manusia.
Pada masa ini, terdapat 78 sekolah vokasional seluruh negara akan dinaik taraf secara berperingkat.- Bernama
SUMBER; SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen