SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) &
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)
IKM / KKTM diwujudkan
dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam
pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat
dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping
mewujudkan bakal-bakal usahawan.
Perlaksanaan latihan dijalankan dengan
cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan
di IKM / KKTM di seluruh negara. IKM yang pertama ditubuhkan adalah
pada tahun 1968 iaitu IKM Melaka yang pada masa itu ditempatkan di Jalan
Hang Tuah, Melaka.
Pada awalnya IKM diwujudkan dengan objektif
berorientasikan sosial iaitu untuk membanteras masalah keciciran di
dalam bidang pendidikan di kalangan remaja dan belia Bumiputera
terutamanya di kawasan luar bandar.
Apabila negara mula mempelbagaikan
sistem ekonominya dari bidang pertanian ke bidang perusahaan dan
perindustrian, keperluan pekerja separuh mahir untuk bekerja di
kilang-kilang yang ditubuhkan mula ketara.
Mulai tahun 70an,
bidang-bidang kemahiran telah diperbanyakkan dan jumlah IKM telah
ditambah. IKM memberi peluang kepada remaja dan belia yang tidak
berpeluang melanjutkan pendidikan, mendapatkan kelulusan dan kemahiran
untuk melayakkan mereka untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat
swasta.
Daripada asalnya dikenali sebagai
"sekolah tukang" iaitu pusat latihan yang melahirkan tukang yang mahir
dalam sesuatu bidang, kini IKM telah berkembang mengikut peredaran
zaman. Selaras dengan perkembangan di dalam dunia pendidikan yang
diterajui oleh perkembangan ekonomi berasaskan teknologi, negara
memerlukan lebih ramai pekerja berpengetahuan atau "knowledge workers".
Di samping itu perkembangan teknologi juga menyebabkan syarikat-syarikat
pembuatan dan perindustrian yang memberi sumbangan besar terhadap
mengadakan peluang-peluang pekerjaan, mengubah keperluan sumber manusia
mereka daripada "tukang pasang" atau "assembly workers" kepada pekerja
berkemahiran tinggi atau highly-skilled workers.
Sehubungan dengan itu,
aliran kemahiran menjadi penting di dalam program pembangunan sumber
manusia dan secara langsung merupakan satu laluan yang selari dengan
aliran akademik dan ini membolehkan lepasan sekolah menengah membuat
pilihan tentang haluan dan bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi.
Hakikat inilah yang menjadi asas utama di dalam pembangunan IKM.
Sehingga awal tahun 90an, kesemua kursus
latihan kemahiran dijalankan di peringkat Sijil bagi Belia Bumiputera
dalam peringkat umur 16-40 tahun. Antara latihan kemahiran yang diadakan
adalah dalam bidang seperti Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Awam,
Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal,
Senibina dan juga Seni dan Rekabentuk.
Kursus di tahap Diploma pula mula
dijalankan pada tahun 1995 apabila IKM Petaling Jaya menjalankan
sepenuhnya program Higher National Diploma dalam bidang Elektronik dan
diploma ini ditauliahkan oleh Edexcel International of United Kingdom.
Ini kemudiannya diikuti oleh program
diploma di dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif, Bangunan,
Elektrik, Elektronik dan Mekanikal secara usahasama dengan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Manakala program diploma dalam bidang
Teknologi Pembuatan dan Membuat Acuan dilaksanakan dengan kerjasama
German Malaysia Institute (GMI).
Peningkatan tahap kursus memerlukan
tenaga pengajar dan pengurusan yang mempunyai kelulusan dan kelayakkan
yang lebih tinggi disamping kemudahan dan alatan latihan yang lebih
canggih yang mencerminkan teknologi yang sebenarnya digunakan dalam
pasaran serta industri.
Ini mencetuskan IKM dinaiktaraf menjadi Kolej
Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) bagi pusat-pusat yang menjalankan program
diploma iaitu di KKTM Pasir Mas, KKTM Petaling Jaya dan KKTM Balik
Pulau.
Dengan ini, KKTM bukan sahaja merupakan
salah satu aliran pilihan secara langsung bagi pelajar-pelajar yang
tamat SPM atau SPM(V) tetapi juga memberi peluang pelatih lepasan IKM
melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma.
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
KKTM PASIR MAS
Tel: 09-7917558 / 09-791655817000 Pasir Mas Kelantan Fak: 09-7917552 |
||
KKTM PETALING JAYA
Tel: 03-77828971No 12, Jln Templer, 46000 Petaling Jaya Selangor Fak: 03-77835379 |
Higher National Diploma in Electrical Engineering
|
|
KKTM BALIK PULAU
Tel: 04-8663670Genting, 11000 Balik Pulau Pulau Pinang Fak: 04-8665741 |
Diploma in Mould Technology
|
|
Diploma in Tool & Die Technology
|
||
Diploma in Manufacturing Technology
|
||
Diploma in Product Design Technology
|
||
Diploma in Mechatronic Technology
|
||
KKTM ALOR GAJAH
Tel: 06-3851104Advanced material processing centre Km 38.4, Jalan Ramuan China Besar, Masjid Tanah, 78300 Alor Gajah Melaka Fak: 06-3851106 http://www.kktmmt.com/amptec1/v1/ |
Diploma Teknologi Pemprosesan Plastik
|
|
Diploma Teknologi Pemprosesan Seramik
|
||
Diploma Teknologi Pemprosesan Polimer Komposit
|
||
KKTM SRI GADING
Tel: 07-4532572Jalan Kluang, Batu 11, Parit Raja, Karung Berkunci 106, 86400 Batu Pahat Johor Fak: 07-4531701 |
Diploma Teknologi Pembinaan
(Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan) |
|
Diploma Teknologi Pembinaan
(Turapan Dan Jalanraya) |
||
Diploma Teknologi Pembinaan
(GeoStruktur) |
||
Diploma Teknologi Pembinaan
(Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan |
||
Diploma Teknologi Pembinaan
(Sistem Termaju) |
||
KKTM KUANTAN
Tel: 09-5366871Km 8, Jalan Gambang, Mukim Kuala Kuantan, 25150 Kuantan Pahang Fak: 09-5366873 |
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju
(Proses & Teknologi) |
Lulus SPM/ SPMV dengan 5 kepujian dalam
|
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju
(Industri Automasi & Robotik) |
||
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju
(Rekabentuk Pembuatan) |
||
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju
(Kualiti & Produktiviti ) |
||
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju
(Pembuatan Automotif) |
||
KKTM BERANANG
Tel: 03-87249284Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban, 43700 Beranang Selangor Fak: 03-87249284 |
Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Elektonic Measurement Control Engineering) |
|
Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Micro-Electronic Engineering) |
||
Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Electronic Robotic & Automation Engineering) |
||
Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Electronic Data Transmision & Networking Engineering) |
||
Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Electronic Embedded System Engineering) |
||
KKTM REMBAU
Tel: 06-6970435/ 0426Batu 8, Kundur Hilir, Pedas, 71300 Rembau Negeri Sembilan Fak: 06-6970590 |
||
KKTM LEDANG
Tel: 06-9756200/6201Serom 4 & 5, Jalan Serom Sg Mati Daerah Muar, Johor Darul Takzim Fak: 09-9756203 |
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering
(Therapeutic Technology) |
SYARAT KEMASUKAN:
LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalamsubjek berikut :
|
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Diagnostic Technology)
|
||
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Radiology & Imaging Technology)
|
||
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Laboratory Technology)
|
||
Diploma in Biomedical Information & Computational Technology
(ICT) |
Sumber; Laman Web KKTM Pasir Mas
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen