Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Beberapa fakta mengenai haid yang harus diketahui:
Pendidikan Seks, Beberapa fakta mengenai haid yang harus diketahui:
Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami perempuan akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan.
Proses haid bermula dari umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun)
Purata tempoh kitaran haid biasa bagi wanita ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari.
Ketika datang haid, perempuan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma (kitaran haid) pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan.
Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.
Jumlah purata darah dan tisu yang hilang sewaktu kedatangan haid ialah 70 mililiter. Wanita berusia kurang dari 35 tahun kehilangan darah lebih banyak berbanding berusia 35 tahun ke atas. Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang ketika haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.
Wanita mengalami simptom atau gejala tidak selesa dalam tempoh haid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada abdomen serta tekanan perasaan. Keadaan teruk atau sebaliknya apabila gejala datang haid berbeza-beza di kalangan perempuan.
Segelintir mengalami ovulasi menyebabkan ‘senggugut mittelschmerz’ (istilah Jerman bererti ‘sakit tengah’) selama beberapa jam. Pertukaran mengejut hormon menyebabkan pendarahan ringan tengah-kitaran bagi sesetengah wanita. Telur yang tidak disenyawakan akhirnya lerai atau larut.
Panjang tempoh kitaran haid berbeza antara sesetengah wanita iaitu fasa antara 10 hari, ada 14 hari hingga 16 hari.
Tempoh paling subur (masa kemungkinan kehamilan berlaku disebabkan hubungan kelamin) merangkumi tempoh masa lima hari sebelum ovulasi sehingga satu hingga dua hari selepas ovulasi. Dalam kitaran purata 28 hari dengan 14 hari fasa luteal, bersamaan minggu kedua dan permulaan minggu ketiga kitaran haid.
Bukan semua pendarahan dianggap haid dan ini boleh mengelirukan ketika pengiraan tempoh subur mereka. Jika wanita ingin hamil, tempoh paling subur berlaku antara 19 dan 10 hari sebelum jangkaan haid. Pengawalan hormon tidak normal mendorong kepada gangguan dalam kitaran haid.
Pendarahan yang banyak atau jumlah melebihi 80 militer (hipermenorrhea atau menorrhagia) adalah tidak normal. Pendarahan sangat sedikit (kurang daripada 10 militer) pula dikenali sebagai hipomenorrhea.
Pendarahan tidak normal memerlukan perhatian perubatan; ia mungkin menunjukkan ketidakseimbangan hormon, fibroid pada uterus atau masalah lain.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen