Pages - Menu

Pages - Menu

Tawaran Kerjaya Perajurit Muda Jun Julai 2012

Tawaran Kerjaya Perajurit Muda Siri 207/ 2012


PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 207/2012 BAGI NEGERI SABAH, SARAWAK DAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para belia dan beliawanis Malaysia, yang berminat menceburi kerjaya perajurit dalam TLDM, pengambilan perajurit akan diadakan.

Dimaklumkan bahawa pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 207/2012 akan dilakukan bagi negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia-negeri Semenanjung.

Kepada bekas pelajar sekolah lepasan SPM dan berminat menjadi anggota TLDM Peringkat Rendah (Lain-lain Pangkat) Lelakai dan wnaita, kini telah dibuka pengiklanan pengambilan perajurit muda di dalam pelbagai  bidang kepakaran dan cawangan.

Pada 11 Jun 2012 lalu telah pun diadakan temuduga di Sungai Petani, Kedah. Untuk temuduga di Pahang, akan diadakan pada 30 Jun 2012 di SMK Mat Kilau, Kuantan (untuk calon lelaki sahaja)

Bagi calon wanita boleh ke Kota Bharu pada 2 Julai 2012, Isnin di SK Padang Garong 2.

KERJAYA PERAJURIT MUDA : ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT (LLP) :

Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memasuki TLDM (Perajurit Muda TLDM)?
 
1.         Terdapat 4 syarat yang perlu dipenuhi oleh calon yang berminat, iaitu: 

               a.         Syarat Akademik. Memiliki SPM/SPMV/SKM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan 3 mata pelajaran yang lain. 

               b.         Syarat Kesihatan/Fizikal. Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna. Fizikal tubuh badan menepati kriteria berikut:      
     
                       (1)       Lelaki. 
                                  (a)       Tinggi minimum: 1.62m (5 kaki 3 inci).                                  (b)       Berat minimum: 49kg (108 paun).                                  (c)       Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.                                  (d)       Body Mass Index (BMI): 19.0 hingga 26.9. 

                       (2)       Wanita. 
                                  (a)       Tinggi minimum: 1.60m (5 kaki 2 inci).                                  (b)       Berat minimum: 40.5Kg (89.2 paun).                                  (c)       Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 23.0. 
                                  Cara Pengiraan BMI: Berat bahagi Tinggi bahagi Tinggi.                                  Contoh: 50kg÷1.65m÷1.65m = 18.3 

                     c.         Syarat Kewarganegaraan. Calon mestilah warganegara Malaysia. 

                d.         Umur. Calon mestilah berumur 18 tahun hingga 23 tahun. 

2.         Sijil dan Dokumen. Calon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL ke lokasi pemilihan yang diiklankan melalui media massa.

 Sijil dan dokumen tersebut adalah Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada),Sijil Kelahiran Pemohon, Penyata/Sijil PMR/SPM/SPMV/SKM, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain.

3.         Kriteria Tambahan. Calon yang cemerlang dalam bidang sukan akan diberi keutamaan. 

  GAJI DAN ELAUN

GAJI DAN ELAUN ANGGOTA PERINGKAT RENDAH
PANGKAT
PERINGKAT GAJI (RM)
ELAUN KHIDMAT (RM)
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (RM)
SEMENANJUNG
SABAH
SARAWAK
Perajurit  Muda
821.98
65.00
230.00
-
-
Laskar Muda
889.20 - 1590.24
115.00
275.00
435.00
330.00
Laskar Kelas II
961.75 - 1896.47
115.00
275.00
435.00
330.00
Laskar Kelas I
1175.68 - 2551.98
115.00
275.00
435.00
330.00
Laskar Kanan
1234.47 - 2926.12
115.00
275.00
435.00
330.00
Bintara Muda
1514.22 - 3155.03
115.00
275.00
435.00
330.00
Bintara Kanan
1862.44 - 3328.42
115.00
275.00
435.00
330.00
Pegawai Waran II
2046.41 - 3454.52
115.00
300.00
480.00
360.00
Pegawai Waran I
2303.64 - 3619.48
115.00
300.00
480.00
360.00
 

BIDANG KEPAKARAN LAIN-LAIN PANGKAT



PELAUT
1.   PEPERANGAN PARAS PERMUKAAN (PPP)
2.   PEPERANGAN BAWAH PERMUKAAN (SENJATA) (PBS)
3.   PEPERANGAN BAWAH PERMUKAAN (KAWALAN) (PBK)
4.   RADAR PLOTTER (RDP)
5.   HIDROGRAFI (HDI)
6.   PENYELAM RANJAU (PLM)
7.   PENJAHIT (PJT)
8.   PANCARAGAM (PGM)
9.   PASUKAN KHAS LAUT (PASKAL)
10. KOMUNIKASI TAKTIKAL (KMT)
11. KOMUNIKASI RADIO (KMR)
12. JURULATIH JASMANI (PTI)
13. REGULATING RATING (RGR)


BEKALAN DAN URUSETIA

1.   TEKNISYEN STOR LOGISTIK (ST)
2.   TEKNISYEN STOR AM (SA)
3.   KERANI AM (KA)
4.   KERANI GAJI (KG)
5.   BENDARI (BDI)
6.   PETUGAS WISMA PEGAWAI (PWP)

KEJURUTERAAN

1.   TEKNISYEN ELEKTRIK SENJATA DAN KUASA (TLS)
2.   TEKNISYEN ELEKTRIK (RADIO DAN SYSTEM PERSENJATAAN) (TLR)
3.   TEKNISYEN MARIN KUASA GERAK (TMK)
4.   TEKNISYEN MARIN SERIMALA (TMS)
5.   PEMANDU KENDERAAN BERMOTO (PKM)

BAHASA YANG DIGUNAKAN KETIKA TEMUDUGA; 

 Temuduga untuk anggota LLP TLDM dijalankan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya

Maklumat lanjut sila ke pautan dibawah.

 Sila klik di sini bagi mengetahui syarat kelayakan akademik, tarikh temuduga, tempat temuduga dengan lebih lanjut.

 ** Dukacita dimaklumkan bahawa Pemilihan Perajurit Muda (PtM) TLDM bertempat di MSN Bukit Jalil telah dibatalkan kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

  Sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 20713177/6925
Laman Web: www.navy.mil.my

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen