Cara Mohon Skim Bantuan Persekolahan YPM
Skim Bantuan Persekolahan YPM
Pengenalan
Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekali gus (one-off) mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana.
Skim ini juga berperanan dalam
membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi
akademik mereka
Kelayakan dan Syarat Memohon :
- Bumiputera warganegara Malaysia;
- Sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
- Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak;
- Permohonan dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh YPM.Kadar Bantuan :Penyaluran dan Agihan
Bantuan disalurkan kepada pelajar dalam bentuk kiriman wang atau wang pos atau seperti mana yang diputuskan oleh Pengurusan YPM. Agihan bantuan kepada pelajar terpilih adalah secara ‘one-off’.Permohonan
Permohonan bantuan SBP boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:- YPM/BANT/BR-01;Pind08 - Borang Permohonan Skim Bantuan Pendidikan YPM
- YPM/BANT/BR-02;Pind08 - Senarai Semak Permohonan
- YPM/BANT/BR-03;Pind08 - Surat Akuan Pengesahan Pendapatan
Permohonan terbuka sepanjang tahun. Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen - dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :Seksyen Dana Pendidikan Rendah & Menengah
Yayasan Pelajaran MARA,No 26B, Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur.
Pegawai : Pn. Che Embun Binti Bakar, Pn. Aida Suzana Binti Ahmad
No Tel : 03 - 2691 3719
No. Faks : 03 - 2691 3721Website; http://www.ypm.org.my/Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.BORANG PERMOHONAN; klik di sini MUAT TURUN BORANG PERMOHONANSENARAI SEMAK PERMOHONAN KLIK DI SINISURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN KLIK DI SINI
Salam terima kasih cikgu
ReplyDelete