Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA Yayasan FELDA
Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak peneroka FELDA, khususnya para mahasiswa anak-anak peneroka FELDA dari SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2 dan sekitarnya, rebutlah peluang ini sebaik-baiknya. Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA bagaimanapun terbuka kepada pelajar-pelajar
warganegara Malaysia.
BANTUAN PENGAJIAN TINGGI KEPADA PELAJAR-PELAJAR IPTA
Yayasan Felda menawarkan bantuan
kewangan dalam bentuk biasiswa, geran pelajaran dan dermasiswa kepada
pelajar-pelajar warganegara Malaysia
yang mengikuti bidang pengajian sepenuh masa.
Yayasan Felda menawarkan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA.
Kelayakan & Syarat Memohon
1. Warganegara Malaysia dan telah diterima belajar sepenuh masa di
IPTA dalam negara dan tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan
daripada mana-mana agensi atau institusi kewangan.
Semua
bidang di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Keutamaan diberi kepada
pemohon yang mengikuti kursus di bidang professional, teknikal dan pertanian.
Permohonan bagi mereka yang bertukar bidang kursus tidak diberi pertimbangan.
2. Kelulusan akademik telah mencapai kelayakan dan keputusan minima seperti berikut :-
• Ijazah Pertama
- STPM – sekurang-kurangnya mencapai dua subjek dengan gred A dan dua subjek lagi gred B serta lulus Kertas AM.
ATAU
- Lulus peringkat Matrikulasi/Diploma/Keputusan Semester terakhir CGPA (PNGK) melebihi 3.0.
• Ijazah Lanjutan Sarjana Atau Doktor Falsafah
- Lulus Kelas Dua Atas peringkat Ijazah Pertama.
• Pengajian Melalui Kerja Kursus (Course Work)
- Pemohon-pemohon hendaklah mencapai Kelas Dua Atas di peringkat Ijazah
Pertama atau CGPA 3.0 ke atas dalam peperiksaan semester terakhir
peringkat sarjana semasa memajukan permohonan.
3. Pemohon hanya layak menerima sekali sahaja bantuan pelajaran untuk
tahun berkenaan. Sekiranya pemohon berkehendakkan bantuan selanjutnya,
pemohon hendaklah memajukan pemohonan baru dan dikehendaki memenuhi
syarat-syarat minima dan menghadiri temuduga.
SKOP PEMBIAYAAN
i) BIASISWA (UNTUK IJAZAH PERTAMA SAHAJA)
Yuran
pengajian dan elaun sara hidup (RM 400/ sebulan) bagi tempoh pengajian.
ii) GERAN PELAJARAN (UNTUK IJAZAH PERTAMA/
IJAZAH LANJUTAN)
Yuran
pengajian dan elaun sara hidup (RM 300/ sebulan0 bagi tempoh setahun.
Penyambungannya bergantung kepada prestasi pelajar.
DERMASISWA (UNTUK
IJAZAH PERTAMA/ IJAZAH LANJUTAN)
·
Perbelanjaan/penyaraan
untuk membantu pelajar yang membiayai pengajian sendiri meneruskan pengajian
disebabkan pustus punca kewangan kerana kematian penjaga/ kesulitan kewangan
penjaga atau tamat tempoh penajaan oleh penaja yang bukan disebabkan kegagalan
akademik/ melanggar syarat-syarat penajaan di surat perjanjian.
·
Perbelanjaan
menyediakan tesis pada yang tiada menerima sebarang bantuan dari mana-mana
penaja.
·
Amaun
pembiayaan tertakluk kepada keperluan sebenar yang disahkan oleh pihak Fakulti/
Jabatan berkenaan.
CARA MEMOHON:
Permohonan
terbuka sepanjang tahun.
Permohonan
melalui borang yang boleh diperolehi dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti.
Cara Pertama: Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Yayasan Felda .
Cara kedua: Muat turun di website Yayasan Felda. Borang Skim Bantuan Pelajaran Tinggi di sini
Borang
permohonan yang lengkap hendaklah dikemukankan kepada;
Pengurus Besar
Yayasan Felda
Tingkat 2, Blok G
Anjung Felda
Jalan Maktab
54000 Kuala Lumpur
Tel : | +603 26934224 |
Fax : | +603 26931244 |
Emel : | yayasan@felda.net.my |
Waktu pejabat : | Isnin - Jumaat 8.15 pagi - 5.15 petang |
Hanya
calon yang layak dan di senarai pendek akan dihubungi untuk temuduga. Untuk maklumat lanjut Sila layari website rasmi Yayasan Felda http://www.yayasanfelda.net.my atau bertemu dengan Unit HEP bagi mahasiswa.
Kenapa setelah 6 bulan saya hanya mendapat sekali elaun sebanyak Rm 450 sedangkan saya dijanjikan akan mendapat setiap bulan...saya amat memerlukan dan harap pihak tuan dapat menyelesaikan masaalah saya segera
ReplyDelete