Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010
Peristiwa ini sudah berlalu lama tetapi ia dimuatnaik di sini sebagai perkongsian kisah kejayaan insan-insan cemerlang, yang datang dari luar bandar dan juga Orang Kelainan Upaya.
Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010
Majlis tersebut juga turut memberi anugerah kepada calon kategori luar bandar terbaik dan calon pelajar istimewa mengikut kategori masing-masing.
Syivero Patrick yang bekerja sambilan sebagai tukang rumah
untuk
menampung perbelanjaan persekolahannya untuk
membantu bapanya Patrick
Jimmy & ibunya Lompah Kinson yang hanya bersawah.
Calon dari SMK Kota Marudu, Sabah, Syivero Patrick diumumkan sebagai pelajar terbaik kategori luar bandar.
Petikan daripada Beita Harian melaporkan:
Tukang rumah cemerlang STPM
Kesibukan memenuhi jadual pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang padat tidak melemahkan semangat Syivero Patrick, gigih bekerja sambilan sebagai tukang rumah bagi mengumpul duit membeli keperluan persekolahan dan membayar yuran peperiksaan.
Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu, Sabah, bercita-cita menjadi akauntan atau pendidik mencatat Gred A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta B+ bagi Sejarah.
“Lazimnya saya melakukan kerja sebagai tukang rumah dan membantu ibu bapa bertani ketika hujung minggu atau cuti persekolahan kerana saya berazam bekerja keras bagi mengubah nasib keluarga supaya keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, di sini.
Walaupun mereka yang diceritakan di bawah ini tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya, mereka ini mampu membuktikan bahawa kecacatan dan kekurangan diri bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan.
Contohnya Hazwani Ibarahim dari SMK Tun Sharifah Rodziah, Kedah (pelajar istimewa cemerlang kategori sengau).
Turut diberi anugerah atas kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2010 ialah penerima anugerah pelajar istimewa cemerlang kategori Spastik, Low Hong Ping; Ahmad Syakirin Johari bagi kategori Rabun; Mohd Rifaat Hussin bagi kategori Buta; dan Chong kai Zhen bagi kategori Pekak.
Mohd Rifaat Hussin (Cemerlang Kategori Buta) bersama sijil STPM Braille
Penerima Anugerah Pelajar Istimewa Cemerlang (Kategori Spastik), Low
Hong Ping dari SMK St John di sini, pula berkata antara dugaan getir
dihadapinya ialah apabila terlantar dua bulan di hospital akibat radang
paru-paru, menjelang STPM 2010.
“Selepas sembuh, saya tidak berputus asa mengejar semula pelajaran yang tertinggal kerana tidak mengambil tuisyen,” katanya yang mendapat A bagi subjek Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta A- Pengajian Am dan Matematik S.
“Selepas sembuh, saya tidak berputus asa mengejar semula pelajaran yang tertinggal kerana tidak mengambil tuisyen,” katanya yang mendapat A bagi subjek Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta A- Pengajian Am dan Matematik S.
Rakan sekolahnya, Mohd Rifaat Hussin, yang cacat penglihatan sejak berusia 15 tahun pula memperoleh 2A, 2A- dan 1B-, sekali gus merangkul anugerah Pelajar Istimewa Cemerlang (Kategori Buta).
Terima kasih kepada penulis blog Kembara Hidup,di sini, di atas perkongsian pengalaman beliau ini.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen