Pages - Menu

Pages - Menu

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2013

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 

TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2013


PERMOHONAN SECARA ONLINE  KEMASUKAN MURID 
KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4
DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH,
KPM  BAGI TAHUN 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita baik untuk ibu bapa dan murid Tahun 6.

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh, KPM Bagi Sesi 2013 akan dibuka pada 15 September 2012 dan tarikh tutup permohonan pada 31 Oktober 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012.

Murid Tahun 6 atau Darjah 6 yang sedang menduduki UPSR 2012,  dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. 

Mereka yang berminat untuk ke KISAS di Klang, atau ke SMAP Labu di Negeri Sembilan atau ke SMAP Kajang, sila ambil maklum terhadap sebarang pengumuman yang dilakukan di laman web KPM. Permohonan dilakukan secara online.

Aliran SBP

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

PROSEDUR KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 1 (SATU)

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP

        1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan
            Satu (1) melalui laman web KPM  http://www.moe.gov.my

        2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.

        3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar
            Sekolah pemohon.

        4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP
            mengikut pilihan murid. 
  
       5. Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP  dan   80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

TERKINI: 15/9/2012

Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya. 

 Sila ke Website Aplikasi Pangkalan Data Murid di sini. atau terus ke Aplikasi Permohonan ke Sekolah Kawalan KPM 2012 di sini

 Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 

 SYARAT PEMILIHAN  MURID TINGKATAN SATU (1) SBP

         1. Warganegara Malaysia

         2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).


         3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
             dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.


         4. Aktif dalam kokurikulum.


 KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU
 
 (1) SBP

          1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 25 hari
           setelah keputusan UPSR diumumkan.


          2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
                   · Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia  www.moe.gov.my
                   · Kaunter BPSBPSK
                   · Talian hotline BPSBPSK
                   · Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

          3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.


          4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:


                   · Warganegara Malaysia.
                   · Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
                      badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau
                      penyakit berjangkit.
                   · Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan
                      menerima aliran yang ditetapkan.
                   · Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah
                      Berasrama Penuh yang berkaitan.


 PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 1 - 3  YANG
 DITAWARKAN DI SBP 

SEKOLAH
SEKOLAH BERASRAMA PENUH TERAWAL (PREMIER)

SEKOLAH MENENGAH SAINS (SMS)  
SEKOLAH AGAMA PERSEKUTUAN (SMAP)

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI (SBPI)
PENILAIAN MENENGAH
RENDAH
(PMR)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah 
  • Geografi
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah 
  • Geografi
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup
  • Bahasa Arab
MATA PELAJARAN WAJIB
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • Pendidikan Sivik & Kenegaraan 
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • Pendidikan Sivik & Kenegaraan 
  • Pendidikan Muzik
MATA PELAJARAN TAMBAHAN (BAHASA ANTARABANGSA)
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Per

PROSEDUR KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 4 (EMPAT)

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE Tingkatan empat (4) SBP

        1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan
            Empat (4) melalui laman web KPM  http://www.moe.gov.my
        2. Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
        3. Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada pengetua sekolah asal
            Masing-masing
.

 
 SYARAT PEMILIHAN  MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP

         1. Warganegara Malaysia
         2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
         3. Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
                  · Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata
                     pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa
                     Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
                  · Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
                  · Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.

         4. Aktif dalam kokurikulum.

 KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID  TINGKATAN EMPAT (4) SBP

         1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari
             setelah keputusan PMR diumumkan.
         2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
                  · Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia  http://www.moe.gov.my/
                  · Kaunter BPSBPSK
                  · Talian hotline BPSBPSK
                  · Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

        3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
        4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
                  · Warganegara Malaysia.
                  · Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
                     badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau
                     penyakit berjangkit.
                  · Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan
                     menerima aliran yang ditetapkan.
                  · Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah
                     Berasrama Penuh yang berkaitan.


  PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 DAN 5 YANG DITAWARKAN DI SBP

BIL
JENIS ALIRAN
PAKEJ MATA PELAJARAN
 1
 SAINS TULEN
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Moral
  • (+1) Elektif

2
 SAINS TULEN AGAMA
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Sejarah
  • Bahasa Arab Tinggi
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah

3
 SAINS TEKNIKAL
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Moral

4
 AGAMA IKHTISAS
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Sejarah
  • Bahasa Arab Tinggi
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
 5 SAINS SOSIAL
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Sains
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Sejarah
  • (+1) Elektif
 MATAPELAJARAN ELEKTIF
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Teknologi Maklumat
  • Prinsip Perakaunan
  • Tassawur Islam
  • EST
  • Bahasa Cina/Perancis

SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

BIL
NEGERI
NAMA SEKOLAH
 ALAMAT
TELEFON/FAKS
 1 PerlisSMS Tuanku Syed Putra  Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000 Kangar, PerlisTel: 04-9760433 Faks: 04-9760199
 2 Kedah SM Sultan Abdul Halim  06009 Jitra, KedahTel: 04-7143209 Faks: 04-7143215
 3 KedahSMS Pokok Sena  06400 Pokok Sena, KedahTel: 04-7823733 Faks: 04-7825275
 4 KedahSMS Sultan Mohamad Jiwa  Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani, KedahTel: 04-4212797 Faks: 04-4214877
 5 KedahSMS Kubang Pasu  Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, KedahTel: 04-9257855 Faks: 04-9257844
 6 KedahSBPI Kubang Pasu  Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam, KedahTel: 04-9222701 Faks: 04-9222707
 7 P.PinangSMS Tun Syed Sheh Shahabudin  Jalan Damai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau PinangTel: 04-5305636 Faks: 04-5380853
 8 P.PinangSMS Kepala Batas  Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau PinangTel: 04-5751592 Faks: 04-5754145
 9 PerakSMS Raja Tun Azlan Shah  Jalan Taman Tasik, 34009 Taiping, PerakTel: 05-8083020 Faks: 05-8062576
 10 PerakSMS Tuanku Abdul Rahman  Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, PerakTel: 05-5457733 Faks: 05-5467000
 11 PerakThe Malay College  Jalan Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, PerakTel: 05-7761400 Faks: 05-7764500
 12 PerakSMS Teluk Intan  36000 Teluk Intan, PerakTel: 05-6411711 Faks: 05-6411155
 13 PerakSBPI Gopeng  Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, PerakTel: 05-3597688 Faks: 05-3591788
 14 PerakSMS Bagan Datoh  36100, Bagan Datoh, PerakTel: 05-6466331 Faks: 05-6466332
 15 PerakSMS Tapah Jalan Kampung Pahang, 35000, Tapah, PerakTel: 05-4018745 Faks: 05-4018749
 16 WP Kuala LumpurSMS Selangor Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala LumpurTel: 03-91316093 Faks: 03-91300346
 17 WP Kuala LumpurSMS Seri Puteri Jalan Kolam Ayer, 51200 Kuala LumpurTel: 03-40411715 Faks: 03-40449614
 18 WP Kuala LumpurSMS Alam Shah Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala LumpurTel: 03-91315014 Faks: 03-91318119
 19 WP PutrajayaSekolah Sultan Alam Shah Parcel G, Presint 1, 62520 PutrajayaTel: 03-88883763 Faks: 03-88883614
 20 WP LabuanSMS Labuan Peti Surat No. 82206, 87032 WP LabuanTel: 087-461525 Faks: 087-462835
 21 SelangorKolej Islam Sultan Alam Shah Peti surat 64, 41906 Klang, selangorTel: 03-33711658 Faks: 03-33721148
 22 SelangorSekolah Seri Puteri, Cyberjaya Persiaran Tasik, 63000 Cyberjaya, SelangorTel: 03-83192414 Faks: 03-83193937
 23 SelangorSMAP Kajang Batu 13, Jalan Cheras, 43000 Kajang, SelangorTel: 03-87362324 Faks: 03-87360502
 24 SelangorSMS Kuala Selangor Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor, SelangorTel: 03-32893052 Faks: 03-32896631
 25 SelangorSMS Hulu selangor Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, SelangorTel: 03-60753838 Faks: 03-60751416
 26 SelangorSBPI Rawang Bandar tasik Puteri, 48020 Rawang, SelangorTel: 03-60928192 Faks: 03-60917309
 27 SelangorSBPI Sabak Bernam 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, SelangorTel: 03-32138348 Faks: 03-32138346
 28 SelangorSBPI Gombak Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, SelangorTel: 03-61863050 Faks: 03-61858472
 29 Selangor SMS Banting Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra, 42700, Banting, SelangorTel: 03-31201597
Faks: 03-31201623
 30 Negeri SembilanSekolah Dato' Abdul Razak Sungai Gadut, 71450 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-6770806 Faks: 6781790
 31 Negeri SembilanKolej Tunku Kurshiah Jalan Tunku Khurshiah, 70400 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-7625351 Faks: 7619906
 32 Negeri SembilanSMS Tuanku Jaafar 72000, Kuala Pilah, Negeri SembilanTel: 06-4811304 Faks: 06-4817137
 33 Negeri SembilanSMAP Labu Km 11, Jalan Labu, 71900 Labu, Negeri SembilanTel: 06-7912245 Faks: 06-7912198
 34 Negeri SembilanSMS Seremban Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-7630388 Faks: 06-7622885
 35 Negeri SembilanSBPI Jempol 72200 Batu Kikir, Negeri SembilanTel: 06-4985978 Faks: 06-4984167
 36 Negeri SembilanSMS Rembau Pilin, 71300 Rembau, Negeri SembilanTel: 06-6970037 Faks: 06-6970041
 37 MelakaSMS Muzaffar Syah Ayer Keroh, 75450 MelakaTel: 06-2320833 Faks: 06-2321780
 38 MelakaSBPI Selandar Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, MelakaTel: 07-7997754 Faks: 07-7997754
 39 JohorSekolah Tun Fatimah Jalan Tun Abdul Razak, 80000, Johor Bharu, JohorTel: 07-2364706 Faks: 07-2376961
 40 JohorSMS Johor Km 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, JohorTel: 07-7722458 Faks: 07-7723786
 41 JohorSMS Muar Tanjung Agas, 84009 Muar, JohorTel: 06-9523181 Faks: 06-9536693
 42 JohorSMS Kota Tinggi Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, JohorTel: 07-8222475 Faks: 07-8222477
 43 JohorSMS Sultan Iskandar  Km 4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, JohorTel: 07-7997754 Faks: 07-7997754
 44 JohorSMS Sembrong  Jalan Padang Tembak, Bandar T6, 86000, Kluang, JohorTel: 07-7892528
Faks: 07-7892523
 45 JohorSMS Batu Pahat KM. 8, Jalan Tanjung Laboh, 83000, Batu Pahat, JohorTel: 07-4288961
Faks: 07-4288964
 46 PahangSMS Sultan Haji Ahmad Shah Km 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, PahangTel: 09-5381223 Faks: 09-5384407
 47 PahangSMS Tengku Abdullah Km 6, Jalan Lipis, 27600 Raub, PahangTel: 09-3551600 Faks: 09-3553511
 48 PahangSekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Jalan batu Balik, 26600 Pekan, PahangTel: 09-4224616 Faks: 09-4225453
 49 PahangSBPI Temerloh Kerdau, 28010 Temerloh, PahangTel: 09-2847889 Faks: 09-2847460
 50 PahangSBPI Pekan Pulau serai, 26600 Pekan, PahangTel: 09-4101010 Faks: 09-4101030
 51 PahangSBPI Kuantan Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, PahangTel: 09-5733994 Faks: 09-5736993
 52 PahangSMAP Bentong Mempaga, 28600, Karak, PahangTel: 019-9314116
Faks:
 53 TerengganuSMS Sultan Mahmud 21300, Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6664214 Faks: 09-6664644
 54 TerengganuSMS Dungun 23000, Dungun, Terengganu Tel: 09-8422550 Faks: 09-8485389
 55 TerengganuSMS Kuala Terengganu Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6311402 Faks: 09-6266729
 56 TerengganuSBPI Batu Rakit 21020, Kuala Terengganu, TerengganuTel: 09-6693769 Faks: 09-6695712
 57 Terengganu SMS Hulu Terengganu 21700, Kuala Berang, Hulu Terengganu Tel: 09-6811226
Faks: 09-6811227
 58 Terengganu SMS Setiu Air Sejuk, 22100, Setiu, TerengganuTel: 09-6095003
Faks: 09-6095005
 59 KelantanSMS Tengku Muhammad Faris Petra 16100, Pengkalan Chepa, KelantanTel: 09-7738277 Faks: 09-7739139
 60 KelantanSMS Machang 18500, Machang, KelantanTel: 09-7878455 Faks: 09-7878830
 61 KelantanSMS Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, KelantanTel: 09-7860031 Faks: 09-7867315
 62 SabahSMS Sabah Beg Berkunci No.116, 88999, Kota Kinabalu, SabahTel: 088-246268 Faks: 088-247540
 63 SabahSMS Lahad Datu Beg Berkunci No. 18, 91108 Lahad Datu, SabahTel: 089-884905 Faks: 089-884930
 64 SarawakSMS Miri Jalan Bakam, 98000 Miri, SarawakTel: 085-421371 Faks: 085-411050
 65 SarawakSMS Kuching Jalan Batu Kawa Off Jalan Matang, 93050 Kuching, SarawakTel: 082-642544 Faks: 082-642710

ANALISIS SBP MENGIKUT KATEGORI

 Sekolah Berasrama Penuh Premier
9

 Sekolah Menengah Sains (SMS)

41

 Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)

3

 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

12

JUMLAH

65 




Maklumat Lanjut Sila hubungi:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASARAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN ,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000, Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8321 7400
Faks 03 8321 7403/ 7402.

Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 
Emel : kpkpm@moe.gov.my

Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.
 
Fax: 03-8321 7401 / 7402 / 7403
Artikel Manual



MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMAPENUH (SBP) 
DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012



43 comments:

  1. assalammualaikum, saya arap cikgu boleh balaz persoalan say jikalau tidak keberatan.
    saya mengalami masalah membuat permohonan baru. stakat ini saya anya dapat membuat satu sahaja permohonan walhal kawan saya dapat buat 2 permohonan. boleh terangkan kepada saya?

    ReplyDelete
  2. WAalaikumussalam Aishah
    cuba aplly online lagi waktu orang tak ramai guna aplikasi berkenaan.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.cikgu, boleh sye tanya? laman web mane yg kite boleh buat permohonan kemasukan asrama penuh?

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam Anon;
    siapa nama ye?
    link klik http://parents.sekolahmalaysia.com/
    saya dah sertakan di artikel di atas.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu. Saya Ain dan nak tanya cikgu, adakah satu salinan lagi yang saya kena serahkan kepada pengetua SBP tingkatan 1 boleh dihantar melalui POS..

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu. Kalau nak pilih 2 atau 3 SBP macam mana?

    Puan Maria.
    Kuantan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.
    Cikgu, saya bersekolah di sekolah rendah agama swasta (darjah 6) dan kakak saya bersekolah di sekolah menengah agama yayasan negeri(Tingkatan 3). Bolehkah kami memohon sekolah SBP (tingkatan 1 & 4) terutamanya SMAP Labu / SMAP Kajang / KISAS kerana kami berminat untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang agama?. Mohon cikgu reply mesej saya ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Saya nak bertanya, SBPI dengan SMAP aliran yang sama ke? Sekiranya berbeza dari segi apa?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Saya nak tanya, apa perbezaan SBPI dengan SMAP? Bagaimana kurikulum kedua2 sekolah ini?

    Tk.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.....
    Sekiranya pelajar MRSM yang ingin membuat permohonan ke SBPI di tingkatan 4...bagaimana caranya....kerana nama pljr tersebut tidak didaftar dalam APDM seperti sekolah2 lain....tqvm........

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum cikgu..
    saya ingin bertanya sedikit mengenai salinan borang maklumat..
    saya sudah siap mengisi borang online..
    perlukah saya menghantar salinan borang maklumat saya kepada pihak sakolah saya kini dan sbp yang saya mohon?

    ReplyDelete
  12. Salam, saya parent n nak tanyer, berapa sbp yang boleh kita apply di borang permohonan on line? Sebab saya cuba nak mohon sbp lain pending ..menunggu pengesahan guru, apa maksud tu ye? Harap dapat bantu, terima kasih

    ReplyDelete
  13. Salam. Nak tanya siktit ye. Saya form3 sekolah biasa & bukan aliran agama. Saya tak ambil subjek bahasa arab. Jadi, boleh ke saya mohon untuk SBPI atau SMAP?

    ReplyDelete
  14. Saya teringin nak masuk smap atau sbpi masa form 4 tapi tak ambil bahasa arab sekarang. Apa yang perlu saya lakukan? :/

    ReplyDelete
  15. Salam. Nak tanya siktit ye. Saya form3 sekolah biasa & bukan aliran agama. Saya tak ambil subjek bahasa arab. Jadi, boleh ke saya mohon untuk SBPI atau SMAP?

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum cikgu...pelajar yang kurang dalam koko atau sukan susah tak nak dapat...klu susah ,xnak hantarlah..

    ReplyDelete
  17. apa dokumen yg diperlukan untuk menyokong permohonan?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.cikgu. Lepas salinan maklumat permohonan diserahkan kepada pengetua sekolah. Permohonan tu akak di cop ke? Lepas tu, permohonan tu sekolah simpan or kite kena pos pada sekolah yg kite mohon?

    ReplyDelete
  19. waalaikumussalam Kak Anonymous,
    salinan maklumat permohonan hendaklah akak berikan kepada pihak sekolah berasarama penuh yang akak pohonkan untuk anak akak. Akak boleh poskan ke sekolah berkenaan.

    Manakala satu salinan lagi, berikan kepada Guru Besar tempat anak akak belajar sekarang.

    Harap dapat membantu.maaf lamabat menjawab komen akak di atas fator kesihatan saya.

    ReplyDelete
  20. 1 salinan perlu disahkan oleh Guru Besar tempat sekolah anak akak sekarang. Selepas disahkan, Guru Besar akan serahkannya kepada PPD @ JPN yang berkenaan.

    ReplyDelete
  21. Asslm Cikgu.. nak tanye bole ke kite memohon SBP di negeri lain ? ini adelah kerana sekrg saye bersklh di johor tetapi akan berpindah ke KL pada thn depan. Jadi, bole ker apply SBP yg ade di KL?

    ReplyDelete
  22. Ya cikgu, I nak Tanya apa bezanya smap and sbpi.. Kalau saya warga cina tak boleh masuk ke? And kalau kokurikulum saya tak aktif memang tak Ada peluang utk dipilih mask ke? Harap cikgu dapat membalas. Trimakasih

    ReplyDelete
  23. assalammualaikum cikgu , saya nak mohon sekolah sains , tapi saya tak berapa nak aktif dlam kokurikulum , mempunyai jawatan pengawas sekolah , sekolah saya ialah kategori sekolah luar bandar , saya juga berada dalam Kelas Rancangan Khas , trial pmr pula saya mendapat B dalam Sains .
    agak-2 boleh diterima tak kalau memohon ?
    harap cikgu dapat jawab :))

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum..cikgu sy hrp sgt ckgu bls..psl brg utk msuk ting.1 susah sgt sy nk jmpa.klau bleh sy nk thu nk cri dekat mne sbb sy dh cri dh dkt www.moe.gov.my tpi x jumpa..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.cikgu sy hrp cikgu bleh bls..mcm ni sy skrg drjh 6 sy nk cri borang nk msuk asrama penuh tpi bila sy cri mmg x ad..tpi kwn2 sy ad.diaorg cri senang sahaja..sy dh layari laman web www.moe.gov.my tpi sy x jumpa..sy nk tnya cikgu sy nk cri borang tu kat mana??

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,
    Mintak tuan dapat beri tunjuk ajar kepada saya kerana saya ada beberape soalan :
    1. Sekiranya anak saya tamat bersekolah di sekolah persendirian dan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, adakah beliau layak untuk memohon ke SBP.

    2. Jika tidak layak, saya assume beliau hanya layak ke sekolah menengah yang berhampiran sahaja la kan?

    3. Bagaimana cara untuk memohon ke seolah menengah biasa, contohnya Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bangi? Saya difahamkan ianya melalui isi borang secara manual. Bagaimana caranya yer.?

    4. Bolehkah anak saya apply untuk ke sekolah berprestasi tinggi seperti SMK Jalan 4, Bangi? Kalau boleh, bagaimana caranya? Saya dengar ianya melalui online, tapi bagaimana caranya yer..?

    Sekian soalan saya buat masa ni, saya amat berterima kasih jika tuan dapat membantu saya dalam perkara ini.

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum cikgu, kalau permohonan untuk masuk SMS mana?

    ReplyDelete
  28. slam. . . mane ye nk isi borang???
    saya nk masuk SMKANI

    ReplyDelete
  29. assalamuailakum..saya nak tanya tarikh tamat hantar borang permohonan kepada SBP yang dimohon bile ye? sebab saya baru hntr borang itu pada 30 oktober..adakah borang itu akan diterima sekiranya lambat sampai pada pihak yang tertentu?

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum..saya nak tanya adakah borang kemasukan saya masih diterima sekiranya borang itu sampai pada pihak atasan selepas tarikh 31 oktober?Hal ini kerana saya baru shj menghantar borang itu kemasukan ke SBP pada 30 oktober kemungkinan akan tiba lewat pada pihak atasan..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum...saya baru menyemak permohonan anak kesekolah asrama penuh. statusnya masih menunggu pengesahan pengetua. Salinan telah lama diberikan kepada sekolah anak.
    kenapa pengetua masih belum buat pengesahan?

    ReplyDelete
  32. NUR HASYIMAH NADHIRAH BINTE LELASRIMonday, November 19, 2012 at 4:36:00 PM GMT+8

    saya nk masuk smk sri gading tpi saya nk disahkan masuk asrama penuh di smk sri gading kerana saya minat.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum, sblm ini anak saya ada memohon online ke SBP yg tlh ditutup pd 31 Oct lalu..anak saya hanya memohon 1 permohonan sahaja ke sek Muzaffar Syah yg memerlukan kelayakan 5A...tapi keputusan yg keluar hari ini tdk seperti yg dijangka hanya mendapat 3A1B1C..adakah anak saya akan ditawarkan ke sekolah lain seperti sekolah2 kawalan? sedangkan saya tiada memohonnya sblm ini...bagaimana anak saya ingin memohon ke sekolah berasrama dan adakah anak saya layak?

    ReplyDelete
  34. Maafkan sye ,sye hndk brtanye tntg anak saya.ank sye trlmbt untuk buat permohonan ,ktenye slps upsr prmohonan untuk ke sbp sdh ditutup bleh ke sye memohon juge walaupun kaunter sdh ditutup?

    ReplyDelete
  35. anak saya memperolehi 4A 1B dalam UPSR 2012. Berdasarkan keterangan di atas, keputusan B anak saya adalah dalam matapelajaran Sains. Adakah permohonan anak saya akan diberi pertimbangan

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum..saya nak tanya adik lelaki sy baru lepas mengambil UPSR dan mendapat 4a 1b.Soalan saya,bagaimana caranya mahu mengisi borang untuk kemasukan ke sekolah agama 2013? Harap sangat dapat membantu.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaiikum...saya Erie
    Alhamdulillah syukur, anak saya (perempuan) mendapat tawaran ke SMKA dan Sek.Men.Sains utk form 1 2013...timbul sedikit keresahan utk memilih yang mana satu yang terbaik utk anak2...minta nasihat dan pandangan...terima kasih ..

    ReplyDelete
  38. A'KUM..

    ANAK SY DPT 7A 1b DLM PPERIKSAAN PMR TETAPI ANAK SY TIDAK SEMPT MENDAFTAR MASUK SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE TINGKATAN 4 PADA TAHUN LALU. ADA CARA LAIN KE YG MEMBOLEHKAN ANAK SY MENDAFTAR MASUK?

    SHAM.

    ReplyDelete
  39. Cikgu Kaunseling Ma,may I ask a question? When will the confirmation letter will be pos?
    THANK FOR HELPING ME SIR :)

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum. Saya bekas pelajar sktbi ampang. Saya dpt 4a 1b untuk upsr. Alhamdulillah. Saya ada mohon sbpi gombak sebelum upsr haritu tapi sayang sangat..... Alamat tak isi dengan teratur... Tertunggang langgang lepas tu ada tercicir hahaha, yela sepatutnya tak boleh on tapi on curi curi pula hehehe padah nya ni lah. Hahaha ni saya nak tumpang tanya, bila boleh dapat tahu keputusan er

    ReplyDelete
  41. Salam cikgu...anak sy bersekolah sjkc..tapi mengambil subj bhs melayu sk n bkn bm sjkc..adakah dia layak utk memohon sek aliran agama spt kisas..smap labu utk thn 2014..yg pasti mrsm ulu albab..dia layak...sbb saya tau sbp tidak layaj utk murid sjkc wlpn mendapat 5 a je atas.

    ReplyDelete
  42. Salam cikgu,adakah pelajar yang tidak berkemampuan akn diberkan bantuan kewangan jika layak,,,dan bgaimnkah cara utk mdpt bantuan trsbut,adakah secra auto mreka kesan
    dan brikan bantuan trhadap plajar atau perlu memohon...harap balas

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen