Permohonan Program Sijil Harta Tanah INSPEN Lepasan SPM
(Artikel ini telah disiarkan pada 7 Septmber 2012 dan akan menjadi entry awal hingga 5pm 13/9/2012)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita gembira kepada lepasan SPM 2011, yang berminat menceburi bidang Penilaian Harta Tanah, anda dipelawa memohon melanjutkan pengajian ke INSPEN.
Bagi saya, peluang untuk para pelajar sekarang melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam semakin meluas. Jadi Cepat ya. Bagi lepasan SPM yang berminat, boleh mohon sekarang. Tarikh tutup pada 19 September 2012.
Oh iya entry entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA atau ke IPTS di blog ini, adalah secara percuma dan tiada bayaran daripada mana-mana pihak. Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan dalam bidang pendidikan sebenarnya.

Jadi, para lepasan SPM yang belum mendapat tawaran ke mana-mana IPT, apakata anda mohon INSPEN?
Berminat dengan Pendidikan Harta Tanah? Inilah peluangnya. INSTITUT PENILAIAN NEGARA, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia (INSPEN), menawarkan kursus di peringkat sijil, terbuka kepada Lepasan SPM, iaitu;
• Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
• Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
SPHT adalah program pertama seumpamanya yang dijalankan di Malaysia.
Kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan
bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja.
SPGT merupakan program kedua yang dijalankan oleh INSPEN. Program SPGT
bertujuan untuk mengeluarkan graduan bagi mengisi kekurangan tenaga
separa profesional yang terlatih dalam bidang pengurusan harta tanah
sama ada di sektor awam atau swasta. Seperti SPHT, kandungan program ini
juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja.
Semua kurikulum program sijil ini telah:
- Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
- Diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) dan Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM).
- Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebagai setaraf dengan Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dengan itu, lulusan SPHT INSPEN yang menjawat jawatan Pembantu Penilaian Gred W17 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia menikmati tangga gaji permulaan pada peringkat P1T9.
- Diiktiraf oleh University of Western Sydney (UWS), Australia. Dengan itu, lulusan SPHT INSPEN layak menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam Bachelor of Business and Commerce (Property) di UWS mengikut merit yang ditetapkan.
- Diiktiraf oleh Queensland University of Technology (QUT), Australia. Dengan itu, lulusan SPHT INSPEN layak menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam Bachelor of Urban Development di QUT mengikut merit yang ditetapkan.
Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke INSPEN Sesi November 2012 Untuk Lepasan SPM Kini telah diBuka. Tunggu apa lagi?
Pusat Latihan
INSPEN merupakan sebuah institusi yang mengendalikan latihan dalam
perkhidmatan. INSPEN merupakan satu-satunya pusat latihan yang
menawarkan latihan di dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta di
Malaysia. Latihan ditawarkan kepada semua pihak yamg terlibat di dalam
bidang penilaian dan perkhidmatan harta sama ada dari sektor awan
mahupun swasta.
Pada 2 November 2001, Bahagian Latihan telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia International Organisation For Standardization daripada SIRIM Berhad untuk pensijilan MS ISO 9001:2000. Tarikh sijil sedia ada sah sehingga 1 November 2010.
Dasar Kualiti Pusat Latihan ialah :
INSPEN akan memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, sesuai dengan kehendak pelanggan, dan menepati keperluan industri harta tanah dengan memberi penekanan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan.
Objektif Kualiti Pusat Latihan ialah :
Mengendalikan semua Program Latihan yang dirancang setiap tahun.
Mengedar Buku Program Latihan Tahunan kepada pelanggan sebelum 31 Januari tahun berkenaan.
Memastikan purata pencapaian objektif setiap program latihan mencapai sekurang-kurangnya 75%.
Memastikan purata pencapaian prestasi pensyarah mencapai sekurang-kurangnya 70%.
Pengenalan – Pusat Akademik

Kuasa
bagi INSPEN menjalankan program pendidikan termaktub dalam Akta
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 (pindaan 1999). Seksyen
4(i)(bc) Akta tersebut telah memperluaskan skop fungsi Ketua Pengarah
Penilaian untuk meliputi perkhidmatan pendidikan. Justeru itu, bagi
menjalankan program pendidikan ini, INSPEN telah berdaftar sebagai
sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan mengikut
peruntukan seksyen 79, Akta Pendidikan 1996, pada 21 Ogos 2003 dengan
No. Pendaftaran B/IPTK/II [034]. Maka, Pusat Akademik telah diwujudkan
yang merangkumi dua cabang utama iaitu pengurusan akademik dan hal-ehwal
pelajar.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sila terjah laman web rasmi INSTITUT PENILAIAN NEGARA untuk melihat syarat-syarat kursus ini, atau juga terus ke SINI.
Permohonan secara dalam talian (online) di laman sesawang Inspen
SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN:
Institut Penilaian Negara
Institut Penilaian Negara 5 Persiaran Institusi
43000 Kajang, Malaysia
03-8925-9377
|
ckgu kaunseling, inspen ni lepas belajar terus dapat kerja macam spa ke?
ReplyDeleteNur,
ReplyDeletekena apply kerja selepas tamat belajar di INSPENS.
ckgu. . . . saya nk masuk SMKANI
ReplyDeletemane ye laman web nye???
Cikgu, INSPEN ni tak mcm INSTEP PETRONAS ke? Lepas tamat belajar akan dijamin pekerjaan.
ReplyDelete