Pages - Menu

Pages - Menu

Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013


Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013 




Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 dibuka mulai 24 September 2012, untuk calon PMR 2012.


CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:


     i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

 Klik di sini.
Pastikan anda menggunakan browser INTERNET explorer

                 ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
       
                         Senarai Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Malaysia, klik di sini.

KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

SYARAT MEMOHON

1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.

2. Kesihatan
    i. Sihat tubuh badan
  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

SYARAT KHUSUS MEMOHON SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL

Pendidikan Vokasional

     KATEGORI A
 
     KURSUS 
     Teknologi Mekatronik 
     Penyelenggaraan Pesawat
     Perakaunan
     Pengurusan perniagaan

     PENCAPAIAN MINIMUM 

       Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
 KATEGORI B

     KURSUS:

     Teknologi Elektrik
     Teknologi Elektronik
     Teknologi Automotif
     Sistem Komputer dan Rangkaian
     Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
     Teknologi Pembinaan
     Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
     Pembuatan Peralatan – Mould

     PENCAPAIAN MINIMUM 

     Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup
KATEGORI C
     
      KURSUS:

    
Seni Kulinari
Bakeri dan Konfeksioneri
Fesyen dan Pembuat Pakaian
Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
Kosmetologi
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
Pemesin  Industri
Teknologi Kimpalan
Hotikultur Hiasan
Lanskap
Mekanisasi Pertanian
Agroindustri Tanaman
Agroindustri Ruminan
Agoindustri Poltri
Bioteknologi Pertanian
Agroindustri Herba
Pemprosesan Hasil Pertanian
Akuakultur
Florikultur
Kesetiausahaan  Pentadbiran
Insurans
Perbankan
Pemasaran
Pengurusan Peruncitan
Pelancongan
  
  PENCAPAIAN MINIMUM 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.
 Pendidikan Teknikal

 KURSUS:

Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Awam
Sains Pertanian
Perdagangan

PENCAPAIAN MINIMUM 
 
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup.

Latihan Kemahiran
  KURSUS:


Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

Juruteknik Elektrik
Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan
Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
Pelukis Pelan Kejuruteraan  Mekanikal
Furniture Maker
Jurubina Bangunan
Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan
Pelukis  Pelan Senibina
Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan
Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
Pembantu Penyedia Makanan  / Demi Chef
Jurukecantikan
Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian


PENCAPAIAN MINIMUM 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Kemahiran Hidup.

CARA MEMOHON ONLINE:

Sila Klik di borang permohonan online e-permohonan di sini

Pendidikan Teknik & Vokasional

Pendidikan Teknik dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. 

Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan. Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.
 
Bidang dan kursus yang ditawarkan:

       1. Bidang Teknikal
       2. Bidang Vokasional
       3. Bidang Kemahiran
       4. Kolej Vokasional (Program Rintis)


Pendidikan Teknikal
Bidang Teknikal

Penerangan Bidang

Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR

Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). 

Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau Tingkatan 6

Kursus yang ditawarkan:
  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Elektrik
  3. Kejuruteraan Awam
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian

Pendidikan Vokasional
Kolej Vokasional

Penerangan Bidang Vokasional

Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan).  

Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan pekerja separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. 

Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Kursus  yang ditawarkan:

A. Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

    1. Teknologi Elektrik (Electrical Technology)
    2. Teknologi Elektronik (Electronics Technology)
    3. Teknologi Mekatronik (Mechatronics Technology)

B. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

    1. Pemesinan Industri (Industrial Mechining)
    2. Teknologi Kimpalan (Welding Technology)
    3. Teknologi Automotif  (Automotive Technology)
    4. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara
        ( Air Conditioning  And Refrigeration Technology)
    5. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
    6. Pembuatan Peralatan - Mould

C. Teknologi Kejuruteraan Awam
    1. Teknologi Pembinaan (Construction Technology)

D. Hospitaliti
    1. Seni Kulinari (Culinary Arts)
    2. Bakeri dan Konfeksionari (Bakery and Confectionary)
    3. Fesyen Dan Pembuatan  Pakaian  (Fashion And Dressmaking)
    4. Kosmetologi (Cosmetology)
    5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak (Child Care Services)
    6. Pelancongan (Tourism)

E. Perniagaan
    1. Pengurusan Perniagaan (Business Management)
    2. Kesetiausahaan Pentadbiran (Administrative Secretary)
    3. Perbankan (Banking)
    4. Insuran (Insurance)
    5. Pemasaran (Marketing)
    6. Pengurusan Peruncitan (Retailing Management)
    7. Perakaunan (Accountancy)

F. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    1. Sistem Komputer Dan Rangkaian (Computer System And Networking)
    2. Multimedia Dalam Pengiklanan (Multimedia Advertising)
    3. Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web
        (Database Management System And Web Application)

G. Pertanian

    1. Agroindustri Tanaman (Plants Agro -industry)
    2. Agroindustri  Ternakan Ruminan (Ruminant Agro-industry)
    3. Agroindustri Ternakan Poltri (Poultry Agro-industry)
    4. Mekanisasi Agro (Agro Mechanisation)
    5. Herba (Herb)
    6. Bioteknologi (Biotechnology)
    7. Akuakultur (Aquaculture)
    8. Holtikultur Hiasan (Ornamental Horticulture)
    9. Landskap (Landscape)
    10. Pemprosesan Hasil Pertanian  (Agriculture Products Processing)
    11. Florikultur  (Floriculture)

Pendidikan Vokasional
Latihan Bidang Kemahiran


Penerangan Bidang

Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali)

 Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. 

Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.


Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid.

 Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.


Kursus yang ditawarkan bidang kemahiran:
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  6. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara 
  7. Furniture Maker
  8. Jurubina Bangunan
  9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  10. Jurupaip
  11. Juruteknik Elektrik
  12. Juruteknik Elektronik Industri - Peralatan
  13. Demi Chef
  14. Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  15. Pendandan Rambut
  16. Jurukecantikan
  17. Juruteknik Akuakultur
  18. Pekerja Ladang Pertanian

Pendidikan Asas Vokasional
Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional

BIL.
NAMA SEKOLAH
KURSUS
1.
SMK Arau, Perlis
SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka
Pakaian dan Jahitan
2.
SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang Menservis Motosikal
3.
SMK Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah
SMK Datuk Menteri, Batu Pahat, Johor
Membuat Perabot
4.
SMK Trolak Selatan, Perak Automotif
5.
SMK Sungai Rawang, Sepang, Selangor Tanaman
6.
SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, N.Sembilan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
7.
SMK Bukit Goh, Kuantan, Pahang
SMK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, Kelantan
SMK Beaufort, Sabah
Penyediaan dan Penyajian Makanan
8.
SMK Saujana, Setiu, Terengganu Akuakultur
9.
SMK Belaga, Sarawak Pendawaian Elektrik
10.
SMK Setiawangsa, Kuala Lumpur Hiasan Dalaman
11.
SMK Taman Perumahan Bedaun, WP Labuan Visual dan Animasi



MAKLUMAT TAMBAHAN:

Sila rujuk artikel sebelum ini, Cara Memohon Sekolah Menengah Teknik, Vokasional dan Kolej Vokasional di sini.

SENARAI KOLEJ / SEKOLAH TEKNIK VOKASIONAL Maklumat lanjut klik sini

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5&6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.  


Telefon: 03-8884 5031
Faks: 03-8884 5033
Email: info@bptv.edu.my

Website : http://www.bptv.edu.my/


 Artikel ini telah dipublish pada 24/9/2012.Menjadi entry utama sehingga 29 Disember 2012 bagi memudahkan pelajar merujuk.

BERIKUT IALAH SOALAN-SOALAN YANG SERING DIKEMUKAN DAN JAWAPAN YANG DISEDIAKAN OLEH ADMIN WEBSITE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM TRANSFORMASI PENDIDIKAN VAKASIONAL (TPV)

Bagaimana kaedah memohon?

Kaedah:
1.   Isi borang atas talian. www.moe.gov.my
2.   Isi borang hantar ke SMV/T yang dipohon. 
 


Bilakah keputusan permohonan diketahui? 

 10 hari selepas keputusan PMR diumumkan.(on line)

Bagaimana nak semak keputusan permohonan?
  Secara online. www.moe.gov.my , atau Hubungi sekolah yang dipohon.

 
  Ada 2 borang dalam talian. Isi kedua-dua atau salah satu?
Isi satu sahaja secara online.(Jika ada capaian)  
Jika gagal boleh guna borang, lengkapkan dan hantar ke sekolah yang dipohon untuk diproses.
 
 
Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran. 
 


Kolej Vokasional.
-      Pengajian selama 4 tahun.(Sijil Kolej Vokasional dari Tahap 1 hingga tahap 4)
-      Guna system semester.
-      15 SMV rintis untuk tahun 2012. (rujuk lampiran)
 
 
Bidang Teknikal.
-      Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)

Bidang Vokasional.
-      Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)

Latihan Kemahiran.
-      Pengajian selama 2 tahun
-      Ambil SPM (6 teras) atau SPAK(1+3)
-      Mendapat SKM (tahap 1 hingga tahap 2) atau multi skill (tahap 1)
 
 Dalam 4 Katagori sekolah, semua pilihan sekolah ada mana satu KV, Teknik, Vokasional dan Kemahiran.
- Sekolah yang telah dirintiskan sebagai KV akan menawarkan kursus KV sahaja.
- SMT akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja.          
- MV(selain KV rintis) akan menawarkan kursus bidang Vokasional dan  Latihan Kemahiran.
 
 Bila dapat result PMR sebenar, pemilihan kemasukan bagaimana?

- Bagi kemasukan ke KV, bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran permohonan dan tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan.
- Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga Peperiksaan Malaysia).
 
Adakah Sijil dan Diploma KV diiktiraf oleh MQA atau tidak?
Jawapan :
Sijil Kemahiran Kolej Vokasional diiktiraf oleh MQA dan JPA.
 
Lepasan KV tiada SPM, boleh sambung pengajian ke IPTA/S?
Jawapan :
Boleh. Sambungan Pengajian  mestilah berkaitan dengan sijil Diploma KV yang diperolehi. Pencapaian yang memenuhi syarat kemasukan IPTA/S yang dipohon. (Mou antara KPM dengan mana-mana ILKA/S dan IPTA/S terlibat sedang dipergiatkan untuk menyambut pelajar lepasan KV kelak)
 
 Bagaimana cara untuk saya mengetahui maklumat lanjut tentang  KV/SMV.
Jawapan :
Layari laman web www.bptv.edu.my atau Hubungi sekolah yang berkenaan.
 
 
 
  

11 comments:

  1. sebenarnya klau nak msuk skola teknik dia nak result prcubaan pmr ke pmr betol2??

    ReplyDelete
  2. boleh syer tyer,,klo nk mohon kv 2 kli boleh,,yg berlainan sekolah & bidang..

    ReplyDelete
  3. adakah sudah terlambat bg saya memohon untuk kemasukan teknik dan vokasional saya berminat....keputusan pmr saya 7a 1c...

    ReplyDelete
  4. anonymous february 2012
    dah ditutup dik.
    mereka dah mulakan pengajian dan pembelajaran. tapi adik cubalah telefon sekolah teknik terdekat adik atau dtg terus ke sana utk kepastian lebih lanjut

    ReplyDelete
  5. Tak ada ke tempat sekolah teknik tu yang bedekatan dengan kawasan perumahan ?

    ReplyDelete
  6. salam.. sy nk minta pendapat tntang result percubaan pmr sy.. huurm sedih :'( .. bm-68 math-62 p.islam-80 geo-57 kh-48 sc-45 daaan sej and bi sy gagal :'( .. bi-36 sej-30 .. rse² result nie boleh dpt bidang ap? atau x layak? :'( ..*please reply..

    ReplyDelete
  7. salam.. bole x sy mnta pendpt tntang result prcubaan pmr sy 2013 ? sy dpt bm68 math62 p.islam80 geo57 kh48 sc45 daaan bi dn sej gagal :'( .. bi36 sej30 .. rase² result nie layak x ambil bidang ape²? rase² bidang ap ye? *please reply :'(

    ReplyDelete
  8. Di manakah sekolah teknik yang menawarkan bidang fotografi?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum , Saya Nak Tanye , berapa sekolah vokasional yang menawarkan Bidang ICT??? yang berkaitan dengan coding , atau pengatucaraan computer , programming ?

    ReplyDelete
  10. Jika anak saya sudah mohon kolej vokasiol di pd dan dye mengambil bidang permesinan,boleh tak kalau dye ingin menukar bidang dari permesinan ke bakeri.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen